bab 1

Romance Series 5867

Manusia. Manusia selalu inginkan kerjaya. Inginkan kemahuannya. Inginkan kebebasan. Inginkan cinta. Cinta sejati yang bukan kaleng kaleng. Walaupun kita tahu setiap perjalanan percintaan akan ditimpa musibah, namun cinta itu kuat apabila dalam seseorang itu mempercayai cintanya dengan sepenuh hati.

Begitu dengan aku. Aku mahu juga. Mahu cintaku kekal ke akhirat dan membimbing ku hingga ke Syurga. Namun setiap dugaan takkan pernah tiada di dalam sesuatu.. Percintaan. Kau milik aku. Jangan nak rampas baby aku!

-

"Ira, nanti cari suami elok tau? Jangan macam mak. Cari suami ikut muka tapi perangai macam beruk. Penangih dadah. Gigolo. Ingat pesan mak ni, Ira. Jaga Dik Eda dengan baby Ara eh? Ira sebagai kakak, tanggungjawab dia besar jadi tolong jaga amanat mak ni eh? Terima kasih sayang,"

Ucapan terakhir daripada arwah ibunya membuatkan dia teringat semula. Matanya mula memenuhi air jernih. Dimana hilangnya arah. Dimana perginya nikmat. Hanya datang kesengsaraan.

Sudah 5 tahun pemergian arwah ibunya tetapi masih berlegar pesanan ibunya. Rindunya pada ibunya. Dulu selalu dibelai dan menjaga adiknya tetapi kini, hanya dia yang membelai adiknya dan menjaganya.

Keluh mula terhembus. Mata yang berair dikesat perlahan. Gambar arwah ibunya dannya di perhati. Susah mendapat ibu begini. Baik, murni, cantik, comel dan berhati ibu. Tidak pernah menamparnya dan memukul dan lagi lah memarahnya. Hanya teguran dan pesanan sahaja.

Ya Allah.. Mampukah aku menjalani ujian ini?

"Kak Ira! Oh kak!"

Terus matanya sedar dengan kawasan sekeliling dan menepat ke wajah adik keduanya kian remaja yang tercenyum lebarr. Air mata yang jatuh dikesat cepat. Terus gambar lama itu di simpan ke dalam kocek.

"Ya, Dik?"

"Kenapa Kak Ira menangis? Rindu arwah mak ke?"

Kelu. Hanya jujur sahaja. Tidak perlu berdalih. Terus kepala mengangguk perlahan. Tirai air mata turun semula. Pantas tubuhnya dipeluk erat oleh adiknya.

Qaira memeluk jua adiknya. Qaieda Fateeha, adik yang paling manja dan baik. Namun sejak kebelakangan ni, kian remaja, dia selalu ambil berat pada baby Ara dan Qaira. Baby Ara ataupun Qiara Fateeha, budak comel berusia 6 tahun lagi. Walaupun dulu merindui ibunya, sekarang sudah tabah. Dia tersenyum apabila keluarganya memahami dan menolongnya.

-..-

"Nice, here RM 3K"

"Thanks, Mika. Kalau nak lagi, call je"

Mika terus keluar dari bilik hotel lima bintang itu. Selepas puas melayan dan memuaskan nafsu serakah kaum hawa yang lemah, dia terus meninggalkan gadis itu. Tetapi apa prinsipnya.

'Layan perempuan sampai lemah'

Pelik? Hemp! Baginya dia tidak kesah. Gadis kampung? settle! Gadis bandar? settle! Gadis miskin? settle juga!

Perempuan. Kalau dilayan dengan layanan perfect dan istimewa memang takkan menolak. Ada juga yang jual mahal tapi baginya mana susah. Ayat manis. Cair. Layan dan ragut diorang punya kemaruahan itu.

Karl Mikael. Lelaki yang suka perempuan dan jangan lupa. Anak Tan Sri, anak saudara Jutawan dan juga sepupu kepada datuk. Itulah senjata kedua untuk perempuan atau pelacur. :)

Keluarganya langsung tidak tahu aktiviti malamnya. Dia tahu keluarganya kuat agama tetapi baginya apa gunanya kuat agama kalau kakaknya mengandung luar nikah kerana berzina dengan bekas teman lelakinya. Tapi dapat juga kahwin dengan lelaki lain. Dan juga dari situ dia mengikut perangai kakaknya walaupun kakaknya bertaubat nasuha sepenuhnya tetapi dia tetap berjudi, berzina, ambil makhota bernilai setiap wanita dan minum arak. Dia juga suka ambil hutang orang.

Kahwin? Hemp! Walaupun usianya 27 tahun, dia tetap tiada pengganti tetapi khabarnya dia bercinta dengan anak datuk iaitu Nicholie Suprema. Thailand mixed Itali.

Biar orang nak kata. Holika (Mika + Holie) tetap di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience