bab 14

Romance Series 5867

Qaira mengilap pinggan dan mangkuk yang dicuci oleh Mika sebentar tadi. Mika pula sibuk menolong isterinya yang sarat mengandung. Tinggal beberapa bulan lagi, baby coming soon! Kadangkala mereka bergaduh juga tetapi yang cari pasal dulu adalah Qaira kerana tidak dapat keinginan nya. Biasalah orang mengandung. Kena manjakan, cari yang diorang mengidam dan paling terukss sekali kadangkala Mika akan tidur di bilik tetamu kerana Qaira kata sempit. Punyalah katil bersaiz King, takkan sempit? Tetapi bagi Mika tidak mengapa. Cakap jelah apa-apa, arahan dituruti!

"Hurmm.. Abang,"

Dah mula lah time mengidam dia tu. Mika dengan rela hati memandang isterinya.

"Ya.. Ayang,"

"Nak Spaghetti Cabonara boleh?"

Qaira membuat wajah comel dengan kelip-kelip mata. Ini kelemahan bagi Mika. Mika terus mengangguk. Qaira dengan terujanya memeluk suaminya dengan erat.

"Sayang abang. Muah-muah! Ayang nak pergi atas kejap!"

Qaira melangkah laju ke bilik. Nampak sangat nak biarkan suaminya kesunyian lagi. Mika tersenyum lebar melihat karenah isterinya. Kadangkala ada tanda awal kemerajukkan iaitu, halau tidur luar, tak berbual, tak dipeluk dan paling yang selalu tahunya.. Muka masam. Masam tu mengalah orang berkerut. Punyalah kerutan berapa cm.

Baru sahaja selesai mencuci pinggan mangkuk, bunyi loceng pintu bergema. Terus langkah Mika yang ingin ke tangga terbantut. Pintu itu dibuka luas. Kemudiannya terlopong besar.

Empat orang gadis. Atina.. Dan dilihatnya budak alim. Mika berkerut dahi.

"Atina, what are you doing here? Kau tahukan aku dah larang kau?"

Walaupun mata tak menunjukkan kemarahan membangkit tapi suara itu seperti mahu membunuh mereka semua.

"Qaira. Where are she!?"

Seketika kemudian, ketawa bergema di rumah itu. Nasib baiklah si isterinya sudah tidur. Kepenatan kot.

"Kau nak cari dia? Kenapa? Kau baru menyesal apa benda kau dah buat?"

"Aku nak jumpa dia!"

"Nope!"

"Hei, setan! Apa kau buat kat Qaira eh? Kau memang memainkan perasaan orang eh!?"

"Aku--"

Dush! Tumbukan dari Zeenat mengena ke arah Mika hingga dia terjelepok jatuh. Atina pula menyambungnya. Dengan tendangan yang maksimum, terus kaki berkasut tumit tinggi itu mengena ke arah perut dan kemaluan Mika. Mika mengaduh kesakitan.

Dan pada masa yang sama, Qaira terjaga dari tidur akibat riuhan di bawah. Siapa itu? Terus dia bangun dengan berhati-hati. Kandungannya makin lama-makin membesar jadi kena perlahankan pergerakannya.

"Nat! Tina!"

Terus dia berlari ke arah suaminya yang kesakitan akibat tendangan dan pukulan dari kaum hawa. Nampak kan yang perempuan itu kuat ertinya.

"Ya Allah, abang,"

"Abang!?" serentak sama sekali suara Zeenat dan Atina. Apa yang dilihatnya Qaira mengangkat suaminya dari lantai dan memapah suaminya ke sofa. Mika memengang perutnya dan pipinya yang bercalar akibat kasut tumit tinggi. Dan paling yang menarik perhatian iaitu perut Qaira sudah berisi. Adakah Qaira mengandung? Semua soalan itu spekulasi dari Zeenat dan Atina.

"Ira.. Apa.. Hem! Apa semua ni!?" kata Zeenat.

"Korang jemputlah masuk. Biar aku beritahu semuanya,"

Qaeda dan Qiara terlebih dulu masuk. Qaira tersenyum melihat mereka datang terlebih awal dahulu. Kemudian dia bangun dan membancuh air teh. Beberapa minit selepas itu, air teh ditatang dengan penuh berhati-hati lalu diletakkan ke meja. Selesai semua kerja, dia mengambil first aid dan duduk di sebelah suaminya yang kepedihan. Selepas selesai merawat luka dari suaminya, kotak first aid diletakkan di sebelahnya.

"Akak.. Apa yang berlaku sebenarnya?" Qaeda mula menanya soalan. Mujurlah Qaeda sudah besar dan faham situasi ini kecuali Qiara yang termangu sahaja.

"Sebenarnya... Kami dah kahwin,"

Zeenat yang minum air teh tersedak mendengar kata dari Qaira. Terus tisu yang didalam begnya diambil dan dilap. Eish! Adab tiada!

Atina terlopong. Benarkah apa yang dia dengar?

"Kitaorang bernikah kat Thailand dan Qaira dah mengandung 6 bulan," sambung Mika pula dengan penuh selamba.

"APA?!"

Bergabung terus suara Atina, Zeenat dan Qaeda. Zeenat tak percaya. Qaeda menarik nafas dengan perlahan. Sungguh, dia tidak mempercayainya. Kini, tiba masanya Atina meminta maaf pada Qaira.

"Aku minta maaf, Ira. Aku pergunakan kau untuk bayar hutang Mika,"

"Ah! It's okeylah. Aku tak kesah pun. Benda dah lepas jangan ulangi balik," kata Qaira. Sungguh baik hati dan pemaafnya si Qaira. Seperti Bella Astillah yang menerima suaminya sepenuhnya.

"Thank u. I love u so much," kata Atina.

"Hah! Alang-alang dah datang ni, dah nak maghrib ni. Jadi tidurlah kat sini,"

"Tak payahlah susah-susah je,"

Memang jauh rumah Qaira ke rumah Mika. 6 kilometer. Memang sampai lambat sikit kot. Kalau tak jem, tak adalah lambat.

"Tak pe. Eda dengan Ara kan dah start cuti sekolah jadi apanya?"

"Tak payahlah, Ira.."

"Cepat kalau tak aku bunuh kau," ugut Mika.

"Abang!"

Mika tersengih manja. Qaira menggeleng. Mika menggeletek isterinya tanpa sebab menyebabkan Qaira tidak tahan kena geletek depan orang. Zeenat dan Atina tersenyum gembira melihat Qaira dan Atina.

:[]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience