bab 4

Romance Series 5867

"I terpaksa cakap macam ni.. But.. Ow.. You are fired"

Qaira terkejut. Kelu. Kedu. Semua berbaur perisa. Marah tiada guna. Sedih sudah terjadi. Gembira tak payah jumpa datin ni! Tetapi bagaimana dia mahu menyara hidupnya? Adiknya? Dik Eda pula akan berlanjut ke kolej. Qaira mengeluh. Kemudian dia terus memandang bekas bosnya.

"Terima kasih kerana berhentikan saya. Terima kasih tunjuk ajar walaupun saya tetap tidak reti dengan bidang ini. Saya harap pekerja seterusnya ini lebih baik daripada saya. Selamat tinggal, bos," Terus dia keluar dari bilik pejabat itu. Esok dimana tuju arahnya? Dimana saraan hidup keluarganya?

Pantas dia mengemas semua peralatannya. Dan pasti semua memandang remeh kearahnya kecuali Atina dan Badrul.

"Ira, bye bye eh. kita jumpa lagi :)"

Atina pula tidak hadir kerana tidak sihat. Qaira redha. Biarlah. mungkin inilah takdir hidupnya. Terus kotak itu diangkat dengan berhati-hati. Sebelum itu dia memandang pejabat itu. Air mata teguh setia menurun. Bye bye uollss..

;_(

Two Weeks Ago..

Atina dengan penuh seksi dan bergaya berjalan ke pejabat. Belum berpunya tetapi cuma mahu bergaya. Ramai juga mahu request jadi girlfriend tetapi tak mau. Tak ada selera. Datuk pun sama. Apakah lagi ahli politik. Memang kena hentuk kepala. Nyanyuk sangat!

Tiba-tiba dia terhenti apabila melihat tempat Qaira diganti oleh seorang lelaki cina bercermin mata nerd. Atina tergamam. Terus dia ke Badrul. Pasti dia tahu kerana mereka adalah sahabat sejati.

"Assalamualaikum encik Badrul!"

"Waalaikumussalam! Puan Atina Ayaria Fenna Binti Fakhrul Din?"

"Hei hei! nama daddy aku jangan main eh?"

Terus Badrul tergelak sipi. Atina terus menanya soalan kepada Badrul.

"Hah! Mana Ira?"

"Berhenti kerja"

"Hah! Bila?" sungguh tergamam wajah Atina apabila mendengar sahabat baiknya diberhentikan kerja. Tak guna punya pompuan tua koporat!

"Tiga minggu lepas. Itu pun seminggu tu diberi chance tapi gagal,"

"hishh.. Pompuan tu!"

"Dah dahlah. Kau tak payah nak lawan ayam dengan dia. Biarkan dia je!"

:/

Rumah banglo setingkat itu di pandang oleh Atina. Suasana panas terik membuatkan kulitnya mengeluarkan titis peluh dan membanjirinya. Atina terus ke pintu dan mengetuknya.

"Assalamualaikum! Ira! Oh Ira!"

Selepas percubaan kali kelima mengetuk, wajah seorang gadis remaja timbul. Terus mereka berpelukan. Melepaskan kerinduan.

"Kak Tina! Lama tak jumpa akak!"

"akak pun. Laa.. Dah SPM eh Eda?"

"Eh Haahlah. Dah, jomlah masuk!"

Atina terus masuk dengan berhati-hati kerna kasut tumit tingginya. Terus dia melihat Qaira yang berkain batik dan berbaju kurung sedang membuat masakan. Disitu dia juga terjumpa Zeenat. Kawan lamanya. Kalau nak tahu, Qaira, Atina dan Zeenat ialah kawan baik. Siap ada nama Qaitina. Macam nama orang pula.

"Nat! Dah lama tak jumpa kau!"

"Eish! Kau makin cantik eh sekarang. Dulu chubby bambam!"

"Hehehehe"

Zeenat dulu yang berambut free hair sekarang alim bertudung. Kalau Qaira dengan Atina, tak. Sebab bukan malas, Qaira kata nak pakai lepas kahwin. Kalau pihak Atina, emmm, tunggu tua atau tenat baru nak pakai kot.

"Hah! Tina! Alang-alang kau dah ada ni, aku masak ni. Gulai ayam dengan udang goreng kunyit. Bishe bishe je"

"Wah! Sedapnya wey!"

Blushing pula si Qaira. Terus Atina tertimbul kata daripada Mika.

'Aku nak kau carikan aku Sugarbaby'

Tengok rupa paras Qaira, seksi. Muka dah comel lote cuma pemakaian. Tak tu sangat. Kena bagi cop seksi dulu! Terus dia muncul dengan misinya.

Misi untuk memberikan Qaira kepada Mika!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience