bab 19

Romance Series 5867

"A..Apa?" Datin Hartijah sudah ternganga besar apabila mendengar kisah daripada Nicholie. Air matanya juga mengalir kerana mengenang perangai anak lelakinya. Tan Sri Mukhriz sudah terduduk diam. Tangannya digempal-gempal.

Deena juga tidak tergerak badannya. Terkaku. Terdiam. Terkelu dan terkedu. Hati mereka terus sakit. Tidak sangka perangai adiknya seperti perangai nya.

Tan Sri Mukhriz mengusap belakang isterinya yang tersedu sedan menangis. Dia juga kesal dengan dirinya kerana dia tidak tahu langsung perbuatan Mika ini.

"Auntie.. Say..Saya pun tak tahu macam mana nak nasihatkan dia. Bila saya suruh dia berhenti, dia hentak saya. Dia maki saya, Auntie! Saya sakit tahu tak, Auntie? Auntie, tolong.. Saya tak mahu Mika jadi sebegitu. Demi Allah.. Auntie.." Nicholie juga menangis tertapi berlakon. Dia mahu berlakon sampailah Qaira dapat dihapuskan.

Datin Hartijah menangis lalu melutut depan Nicholie.

"Auntie minta maaf, Holie. Auntie tak sangka perangainya sebegitu. Auntie gagal jadi ibu yang baik untuk Mika.."

"Auntie.. Saya tak mahu perempuan gila tu jadi isteri Mika. Tolong Auntie.. Saya mahu Mika ada masa depan cerah.." Nicholie memeluk tubuh orang tua itu.

"Auntie janji.. Auntie janji perempuan tu takkan bersama dengan Mika"

Senyuman psiko Nicholie mula ditayangkan. tetapi dalam senyap. Akhirnya, orang tua ini jatuh dalam perangkapnya. Sudah dibocor, kini plan kedua.

Hapuskan Qaira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience