bab 13

Romance Series 5867

Qaira memandang ke arah langit biru yang cantik dan indah. Tinggal 3 bulan, baby nak keluar. Kini kandungannya sudah mencecah 6 bulan. Kadangkala ada rasa tendang-tendang lepastu pening muntah. Then yang paling penting ialah mengidam. Sanggup Mika mencarinya demi isteri tercinta. Qaira teringat momen dahulu. Ketika dia bertemu Instafamous, yang dia impikan agar jadi miliknya dan kebaboom! Terus jadi! Memang lawak saat itu walaupun keadaannya yang sukar untuk keluar dari neraka (dulu).

Saat awan yang menarik perhatiannya, mula dia teringat akan adik beradiknya dan Zeenat. Pasti mereka tercari-carikan dia. Hati Qaira mula meruntuh. Teringat kisah Dik Eda yang selalu ambil berat. Baby Ara yang pandai sudah berjalan. Zeenat.. Kawannya yang forever ever. Atina.. Walaupun dosanya kepada Qaira, dia tidak akan lupakan sahabat baiknya walaupun salahnya terlalu berat baginya.

Sudah berbulan-bulan rupanya. Sudah masuk Mei ni. Ya Allah, kau temukan aku dengan keluargaku..

"Ayang!"

Tubuh Qaira tiba-tiba dipeluk erat oleh Mika. Suaminya yang tak pernah akan peluk isterinya yang makin berisi ini. Makin berisi, makin berseri-seri jawabnya.

"Baby how? Okey? Rasa nak mengidam apa-apa lagi?"

Qaira mengeleng sambil tersenyum. Kelakar pula dengan gelagat Mika yang risau terlebih. Duenya lambat lagi. Mata suaminya ditenung lagi. Inilah kisah cinta bermula. Dari panahan mata turun ke hati. Ceh! Tiru ayat novel Tundukkan Playboy Itu.

"Ayang ada mengidam satu lagi," kata Qaira.

"Apa dia?"

"Ayang nak jumpa keluarga ayang. Ayang terlalu rindu kat diorang,"

Mika terdiam. Bukan dia tidak mahu tetapi dia tidak bersedia untuk menemukan keluarga isterinya. Melihat isterinya yang makin rindukan keluarganya makin pula dia runtuh hati. Terus tubuh isterinya dipeluk. Dengan lafaz bismillah, maka..

"Okey! Hujung minggu ni kita pergi,"

Qaira terlopong besar. Betulkah apa yang dia dengari ini?

"Jangan lah lopong cam tu je. Masuk lalat kang!"

......

Qaira tergelak kecil. Pelukan itu dihadiahkan terus kepada suami tersayangnya. Arh.. Rasa bahagia menyulami diri. Namun adakah bahagia ini kekal? Qaira mula mengeluh. Kemudian wajah Mika dipandang. Telus dan tulus. Entah akan bahgia ke tidak. Firasat nya mula mengatakan tidak.

:+

Pang!

Pipi Atina ditampar kuat oleh Zeenat. Sungguh Zeenat tidak percaya apa yang Atina lakukan kepada Qaira. Qaira hanya mangsa keadaan! Sanggup Atina mempergunakan Qaira untuk membayar hutangnya kepada lelaki ataupun dikenali sebagai, Mika.

"Tak sangka perangai kau lebih teruk macam ni! Sanggup kau gunakan kawan baik kita tu untuk bayar hutang kau?"

"Aku terpaksa waktu tu! Maafkan aku, Nat. Aku ikutkan perasaan hingga aku gunakan Qaira,"

Atina menangis sekuatnya tetapi dikawal supaya Baby Ara dan Dik Eda tidak mendengarinya. Mujurlah mereka di luar rumah. Sungguh dia menyesal dengan perbuatannya. Pasti Qaira tidak memaafkannya.

"Kenapa kau macam ni, Tina? Kau tak tahu ke perasaan orang yang dianiaya?"

Atina rela dikecam dan dipukul oleh Zeenat. Dialah manusia paling kejam dalam dunia ni. Matanya mula merah-kemerahan. Hidung juga sedut 'cecair' balik.

"Kenapa Tina? Aduh, mana kita nak jumpa Ira ni, Tina?"

"Aku tahu rumah dia, tapi Mika larang aku datang rumah dia.."

Zeenat terus terduduk memeluk lutut. Memang salah Atina tapi dah lepas. Sudah setahun, tetapi tiada khabar berita dari Qaira. Yang last pada hari kehilangan Qaira.

"Tina.. Aku minta maaf, Nat. Aku tak patut aniaya Ira," maaf Atina. Sungguh kalau tahu begini jawabnya sudah lama dia menyerah diri sahaja kepada Mika. Kawan jenis apa dia ni!?

"Aku maafkan,tapi aku cuma nak jumpa Qaira je,"

"Takpe! Bawa Eda dengan Ara masuk kereta sekarang. Kita pergi rumah Mika sekarang,"

"Kau pasti?"

"Ya! Aku nak minta maaf sangat kat Ira. Aku banyak dosa kat dia!"

"Okey! Jom! Eda! Ara! Mari kita keluar!"

Beberapa minit kemudian, Qaeda dan Qiara sudah keluar dengan pakaian yang kemas. Terus mereka ke kereta dan memecut laju ke arah destinasi mereka iaitu...

Rumah Mika

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience