bab 2

Romance Series 5867

"Sh*t! What are fu**king you do this?! This will doesn't gonna work!"

Bermaki-makian dan carutan dimuntahkan kepada Qaira. Dia redha dengan hati terbuka. Sudah bertahun lamanya dia berkerja disini tetapi tetap designnya buruk. Mahu diberhentikan tetapi kasihan. Semalaman baby Ara demam panas tetapi mujur ada kawannya, Zeenat yang menjaganya. Qaieda tidak boleh kerana ujian peperiksaan.

"Maafkan saya, bos. Semalam adik saya--"

"Excuse again? Bila u nak berhenti bagi alasan ah?"

"Tapi betul adik sa--"

"No more excuse! Do it again or I terpaksa berhentikan u, okey?"

"O.. O.. Okey.."

Terus fail bersurat itu di ambil lalu menunduk hormat. Qaira terus ke mejanya. Designnya ditilik. Cantik je. Mana ada buruk. Lukisannya tiadalah buruk benor. Qaira mengeluh. Terus dia memandang sebelahnya. Kawan rapatnya, Atina yang sangat kaya dan selalu tak datang. Kalau datang pun bukannya buat ataupun jika bapanya datang sebab kompeni ni milik bapanya tapi kenapa dia kerja? Mungkin kena paksa kot.

Qaira terus membuat tugasannya yang tertangguh. Membuat semula lukisan designnya. Memang dia sangat benci kepada kerjanya tetapi pengorbanan. Demi sesuap nasi, dia kerja bersungguh-sungguh.

-

Lunch. Tapi bukan lunch istimewa baginya. Terus tangannya lekat di pensel dan kertas. Berkali kalinya lukisannya di buat tetapi hancur juga. Terpaksa berkorban lunchnya yang istimewa iaitu ayam masak lemak cili padi. Qaira terus mengambil biskut Lexus di begnya. Untuk breakfast atau kecemasan.

"Beb!"

Qaira terus terbatuk apabila sapaan di bahunya. Terus dia memandang belakang. Alangkah terkejutnya apabila melihat Atina yang berpakaian seksi darurat. Terus dia memeluknya dengan erat.

"Tina.. Kenapa kau lambat datang? Aku nyaris lonely tau"

"Hehehe, tadi bapa aku suruh. Sepatutnya dah sampai pukul 12 tapi aku lunch jap. Nah, burger Subway untuk kau. Favourite kau,"

Pantas bungkusan yang ada burger kegemarannya di ambil. Sungguh dia lapar sekarang. Sekali ngap, nak lagi!

"Wey, tadi aku dengar yang kau kena marah dengan Datin Arassya? Kenapa?"

Untuk kali keduanya, terus dia tersedak dan batuk apabila soalan itu dituju ke arahnya. Qaira terus tersengih tak tahu malu. Atina menggeleng.

"Mana kau tahu?"

"Alah, si budak belagak tulah,"

"Siapa?"

"Ya Allah! Amy atau nama panggilan manjanya, blurrkk. Hahahahahaha!"

Terus terletus tawaan diantara dua sahabat itu. Kemudian ketawa itu terhenti. Qaira pula muka masam semasam cuka. Atina pula susah hati apabila melihat sahabatnya.

"Dah lah tu. Jangan dengar apa diorang cakap. Pekakkan telinga. Butakan mata. Lagi satu, jangan kecil hati sangat dengan datin tu. Lagi pun ini syarikat bapa aku"

"Eish! kau ni. Aku tak sakit hati lah :)"

"Hem.. Okeylah. Aku nak kilat kuku ni"

"Okey!"

-

Qaira terus menutup pintu dengan perlahan. Takut Qaieda dan baby Ara terbangun. Hari ini, dia balik lewat kerna designnya tak menjadi. Macam tadi. Haih, memang menyusahkan. Matanya pula berat sekali dan tak berdaya. Terus dia ke biliknya dan dikunci. Mungkin Zeenat sudah tidur. Pantas dia membersihkan diri dan menyegerakan solat isyak' yang tertangguh akibat tugasannya.

Seusai solat, Al-Quran yang suci dan bersih dipegang juga dibaca. Untuk menyucikan hati, memberi panduan hidup dan menyelesaikan masalah.

Enam minit yang penuh barakah, Al-Quran itu disusun terapi di meja comel Hello Kittynya. Terus telekung di gantung ke penyangkut. Tubuhnya dihempas. Keluhan berat dilepaskan. Penat sungguh hari ini. Jam diting tong pukul 12.30 tetapi masih dia segar.

Telefon bimbitnya diambil. Media Sosial ataupun Instagram dilihat. Gambar yang dipost oleh idola kegemaraannya dilihat.

Wajah kacak. Comel. Senyuman yang mencairkan. Pandai berpuisi. Ayat manis. Itulah daripada Karl Mikael.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience