bab 17

Romance Series 5867

Perutnya semakin memboyot. Mana tidaknya. Bulan demi bulan, sedikit sahaja tarikh bersalinnya. Qaira memandang sinaran mentari yang menyuluh wajahnya. Perutnya diusap usap dengan penuh kasih sayang. Tidak sangka. Terlalu cepat dunia ini berputar. Dia dan Mika akan dapat anak. Zeenat pula sudah ada buah hati. Itu pun akan bertunang bulan hadapan.

Qaeda pula dapat tawaran daripada Universiti dan Qiara sudah petah berkata. Alhamdulillah, bertinggi-tinggi rezeki mereka. Qaira tersenyum memandang awan. Seakan awan itu boleh nampaknya.

Setiap kali dia memandang langit, wajah arwah ibunya mula tayang di fikirannya. Qaira menarik nafas. Dia janji dia takkan menangis lagi. Dia sudah redha.

"Bu.. Selamat hari jadi, bu. Kitaorang okey je, bu. Eda dah dapat tawaran, bu. Qiara tu dah pandai bercakap. Selalu aja bercakap dengan kereta. Haha.. Tapi itulah.. Kalau ibu masih hidup, Ira.."

"Kak Ira!"

Qaira memandang belakang. Qaeda.. Qaeda sedang melambai ke arahnya. Haih.. Asal ngan si Eda ni. Lambai semacam.

"Kenapa?" tanya Qaira selepas Qaeda duduk di bangku yang tersedia.

"Saje.. Tengok akak termenung jauh tu.. Rindu suami ke?" usik Qaeda. Qaira pula tersengih malu.

Sememangnya dia merindui suami kesayangannya juga. Sudah 3 hari, Mika pergi atas urusan kerja. Overseas la dikatakan. Qaira memang akan selalu peluk bantal tidur Mika dengan erat. Rindu sangat sampai baju kotor Mika pun tak basuh. Hahahaha. Memang dia teramat rindu.

"Tahula rindu, tapi tak payah berangan lagi" Qaeda sudah bengang apabila melihat akaknya masih berangan. Qaira tergelak.

"Yela yela.."

"yela yela tu apa maksudnya? rindu ke?" usik Qaeda lagi. Terus tangan Qaira mencubit peha adiknya. Qaeda menyeringai kesakitan.

"Sampai hati kakak.."

"Memang sampai hati pun" balasnya dengan selamba.

"Eceh!"

Terus kedua-dua beradik itu tergelak. Seperti hari esok akan sempurna seperti hari ini. Mungkin sempurna. Tapi mungkin tidak..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience