bab 5

Romance Series 5867

Seminggu yang sangat berlalu tetapi Qaira tetap tidak dapat perkerjaan. Walaupun dapat kerja cleaner, tidak mengapalah kerana dia perlukan. Tetapi tetap tak dapat.

Qaira terus menghirup teh panas yang baru dibuat. Langit yang cerah dipandang. Terbayang wajah arwah ibunya yang tersenyum lebar di langit. Air matanya terus menitis. Setiap kali mengingatkan arwah ibunya pasti dia akan sedih.

Kalau lah ibunya ada, pasti dia tidak akan begini. Pasti ibunya akan menyelesaikan masalah kerana ibunya dulu designer. Dia mahu ikut bidang ibunya tetapi malangnya dia gagal. Banyak kali!

"Mak, Ira tak tahu apa nak buat sekarang,"

Terus dia masuk ke dalam biliknya. Memikirkan masa terkini. Bagaimana dengan adik beradiknya?

:p

"Assalamualaikum! Ira! Oh! Ira!"

Terus pintu itu digoncang dan diketuk. Adab tiada sopan silu. Terus digoncang ketuknya. Rupa cantek lote tapi adab macam hampeh! Beberapa minit kemudian, pintu itu terbuka dengan perlahan. Termuncullah wajah Qaira yang baru lepas bangun tidur. Disebabkan tiada kerja jadi dia tidur lambat kerana sedang mencari kerja didalam laptop.

"Lah, kau rupanya Tina. Aku ingat Kak Nah,"

"Dia pungut hutang sewa rumah ni lagi ke?"

"Haah. Eh! Masuklah, Tina. Aku buat green tea kat kau,"

"Thank you, Ira. You're my bestie!" Terus tubuh ramping Qaira dipeluk erat sehinggakan muncul perasaan hairan dalam diri Qaira. Tidak pernah kawannya begitu nak peluknya. Bukan apa, sebab dia ni kalau bab peluk sesak napas.

"Kenapa tetiber baik siap peluk ni?

Atina terus tersengih. Misinya ingin membawa Qaira ke Mika. Opss! Menjual. Terus tubuh seksi celupnya duduk di sofa dengan lentok tubuhnya. Qaira pula membuat secawan green tea. Hari ini, adik beradiknya tiada kerana bersiar-siar bersama Zeenat.

Seusai membuat teh hijau, Qaira menatang secawan air teh hijau dan biskut buatannya melabuhkan punggungnya ke sofa. Atina terus menyambar sekeping biskut buatan Qaira.

"Kenapa kau kat sini?"

Selesai menghirup teh hijau yang panas, terus Atina berbincang tentang yang dia mahukan.

"Aku dengar kau tak ada kerja,"

Qaira mengangguk.

"So aku ada kerja atau 'jawatan kosong' untuk kau. Lebih baik dari bos lama kau tu,"

"Lebih baik? Kerja? Mana kau tahu semua ni?"

"Aku kan kaya. Syarikat bapa aku mesti banyak berjuta kali ganda. So do i care if my dad have a lot company?"

"Wah, angkuhnya kau!"

Qaira terus menepuk tangan dengan selamba. Atina tersengih sekali lagi.

"Kerja tu kat mana?"

"Oh! Hurmm.. Ermm.. Rahsia!"

"Rahsia?"

Qaira terlopong seketika.

"Ini kerja haram eh? Kau ni kenap--"

"Eish! Kau ni bukan kerja haram. Kerja ni macam PA je. Kau kena usung kau punya bos kau tu. Tapi apa bestnya duit datang beribu berjuta. Kalau kau buat kerja ni, mesti banyak punya duit kau!"

"Oh, tapi sorrylah. Aku tak interesting yeh?"

"Alah kenapa?" Dalam hatinya, membakar-bakar jiwanya apabila Qaira tidak mahu kerja itu. Atina mencuba sekali lagi. Meraih simpati.

"Sebab aku nak usaha sendiri je,"

"Tapi kau tak kesian ke kat adik kau? Terutama sekali Baby Ara yang baru 6 tahun tu. Tak kesian ke? Diorang asyik makan benda simple je. Nasi telur dadar dan kicap. And then terus je sama, kau nak ke?"

Air muka Qaira terus berubah. Memikir jua apa nasib adiknya yang kesusahan. Yelah, adiknya akan SPM nanti. Qaira mengeluh memikir kan itu. Baby Ara pula akan bersekolahan rendah. Qaira mengeluh sekali lagi.

"Okey, aku terima. Berapa gaji tu?"

Terukir senyuman manis di mulut Atina. Fasa pertama selesai. Sekarang fasa keduanya. Beritahu tentang kerja itu. Kena cover tipu sikit.

"Okey. Kerja tu gaji dia RM10K,"

"Fuih! Mak ai. Banyak nya gaji dia,"

"Hehehehe. Memang macam tu. Aku dah tempah special untuk kau. Only you. No resume apa pun. SPM ke Diploma ke Master ke,"

Qaira mengangguk setuju.

"Esok aku jemput kau,"

"Buat apa?"

"Shopping!"

"Tapi aku tak ada duit"

"Takpe it's okey bcs i have a lot money,"

Qaira mengangguk. Untunglah Atina. Memang untung. Tidaklah seperti dia.

:-P

Tommorow • Night

Mika menunggu kenantian yang diimpi-impikan. Air haram itu diteguk rakus sehingga habis. Siapa tahu, 'Sugar Baby' akan sampai. Sudah 2 jam. Mika terus mengeluh berat. Perempuan. Always late. Always. Rambutnya di betulkan. Iphone X dibelek. Bosannya. Melihat perempuan yang elok menari bersama boifrennya. Lupa agama, diri dan keluarga. Hanya kerakusan syaithan dihati.

"Hai, Mika"

Mika terus berpandangan dengan dua orang gadis yang lentok tubuh dan seksi gila. Mika tersengih.

"Wow, Atina? Is this you? You like a--"

"Stop it, Mika. Ni.. I bawa you yang you 'nak' tu"

Terus terpacul wajah seorang gadis comel, cantik dan seksi hingga menampakkan lurah dada. Mika terus terbangun. Sengihan terukir dibibir. Gatal!

Qaira terus membetulkan skirtnya yang hampir terlondeh. Memang tak muat tapi dia tetap pilih. Tengok apa sekarang. Bersemuka dengan bos baru dah kena. Padan muka!

Tetapi apa yang dilihatnya.. Mika. Instafamous yang glamour tu! Ya Allah, berkesempatan bertemu dengan dia!

Baju paras pusat dibetulkan. Rambut panjangnya disisir. Senyuman pula terukir. Inilah tip yang dihadiahkan oleh Atina.

"Wow, Fantastic! What is your name?"

"Qaira Fateeha,"

"Wow.. Nickname?"

"Nickname?"

Atina terus membuat isyarat mata dan mulut kepada Qaira iaitu 'nama panggilan'. Qaira memahami.

"Oh! Ira! Nice to meet you, bos!"

Mika terus kebuntuan. Bos? Apa ni? lengan Atina terus ditarik. Atina terus terikut ikut.

"Apa?"

"Bos? Kau ni biar betul?"

Mika terus tersenyum sinis.

"Aku pedayakan dia. Takut nanti dia tak nak"

Mika terus ke tempat asalnya dan duduk di sebelah Qaira. Bahunya di peluk erat. Qaira mula janggal. Tangan itu ditolak ke tepi. Mika tersenyum sinis. Atina mengeluarkan telefonnya.

"Smile, Ira!"

Qaira terus terkejut. Mika terus terpeluknya dan dekatkan Qaira ke wajah Mika. Matanya dan Mika terus bertentangan. Qaira berdebar dan mulutnya bergeletar. Atina terus mengambil gambar sewaktu itu. Gambar itu disend kepada Mika. Mika terus mengambil telefon dan wink kepada Atina. Atina mencebik benci.

"So Ira. Nilah bos baru kau. Esok kau boleh dah bekerja dengan dia,"

"Err.. Thank you bos. Thanks Atina. Aku balik dulu"

Atina dan Qaira terus beredar dari situ. Mika tersengih. Matanya menilik tubuh ramping seksi Qaira bukannya Atina. Sedap ni kalau 'goreng'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience