BAB 1

Romance Completed 8159

Malam itu Iskandar menanti dengan perasaan gusar, jam menunjukkan tepat pukul 7 malam, tetapi bayang orang yang di nantikannya tidak juga kelihatan. Ingin sahaja Iskandar pergi sahaja dari situ namun hatinya mengatakan dia harus menunggu, hatinya mula berdetik, Menanti? sampai bila? jika orang yang dinantikan tidak juga hadir.

Resah, kecewa, sedih silih berganti memikirkan seseorang yang begitu penting dalam hidupnya. Adakah Riana sudah melupakan janjinya pada Iskandar. Tetapi apa guna Riana berjanji jikalau dirinya sendiri tidak datang memberi jawapan di atas penantian yang menyeksakan Iskandar.

“Is nanti kita jumpa kat tempat biasa pukul 2 ya, Is tunggu Ria kat sana, ada sesuatu yang Ria ingin katakan pada Is” Kata-kata itu penuh harapan menyatakan bahawa perjumpaan itu sangat penting bagi diri Riana.

“Apa sebenarnya yang Riana ingin sampaikan pada ku”. Iskandar memandang jam di pergelangan tangannya. Hampir lima jam berlalu dengan sebuah penantian yang menyakitkan, namun Riana tidak juga sampai.

“Ria cepat lah datang, kenapa Ria buat Is macam ni” Iskandar mula gelisah, sudah berkali-kali dia mendail nombor telefon bimbit Riana, tetapi tiada jawapan.

Dari duduk Iskandar berdiri, perasaannya betul-betul terluka kerana orang yang di nantikan tidak juga kunjung tiba.

Iskandar memandang di sekelilingnya, baru dia sedari bahawa tinggal dia sahaja yang masih setia menanti seseorang di situ. Lantas Iskandar mengatur langkah meninggalkan tempat tersebut setelah dia yakin bahawa Riana tidak akan datang. Iskandar sangat kecewa, kenapa hari ini berakhir dengan sebuah kesedihan.

***

“Entah di mana silapnya, kenapa Riana buat aku sedemikian. Aku menantinya dengan satu harapan. Kenapa berjanji jika tidak dapat menepatinya. saat itu aku rasakan satu kesakitan yang teramat sangat seperti belati menusuk ke dada ku ini. Hari ini sudah masuk sebulan aku tidak pernah bertemu lagi dengan Riana, kata teman-temannya sejak hari Riana ingin bertemu aku dia sudah berpindah ke Timur kerana ayahnya ditukarkan ke sana.

Tetapi kenapa dia tidak menyatakan perkara sebenar, kenapa dia pergi begitu sahaja tanpa mengucapkan sesuatu sedangkan kami sudah berjanji untuk bertemu. Kalau dia betul-betul dalam keadaan terdesak tidak bolehkah dia meluangkan sedikit masa untuk menyampaikan hal perpindahannya.

Riana,

Tahukah Ria betapa sakitnya Is tika ini, tidakkah Ria mengetahui bagaimana sakitnya apabila menanti seseorang, Kenapa Ria pergi begitu sahaja, Is ingin sekali mendengar khabar dari Ria walaupun kita tidak bertemu untuk kali terakhir tetapi tidakkah Ria boleh menghubungi Is walau untuk satu minit.

Hibanya hati ini mengenangkan dirimu. Peritnya untuk Is tanggung membawa memori tika bersama. Ria satu-satunya wanita yang sangat Is cintai, kehadiran Ria benar-benar bererti dalam hidup Is. Ketahuilah Ria, Is tidak boleh meneruskan hidup ini tanpa Ria di sisi Is, kemana Ria menghilang.

Is betul-betul merindui Ria, kembalilah Riana menyerikan hidup Is kembali. Is sangat menyayangi dirimu, Ria adalah segala-galanya buat Is. kini Ria hanya menjadi suatu kenangan yang tidak bisa Is lupakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience