BAB 5

Romance Completed 8159

Angin yang menerjah kuat di mukanya mengembalikan Iskandar ke dunianya sebenar. Iskandar baru sedar bahawa semua itu adalah kenangannya dahulu, adakah dia dapat mengecapi kebahagiaannya seperti dahulu lagi. Mengapa sukar untuk dia melupakan Riana dalam hidup dia, begitu banyak memori dia bersama Riana mungkin itulah menjadi kesukaran baginya untuk melupakan Riana walaupun sudah empat bulan dia tidak mendengar khabar Riana.

Iskandar mengatur langkah menyusuri pantai Irama iaitu salah satu pantai yang cantik terdapat di negeri Kelantan. Pandangan Iskandar terpaku pada dua pasang lelaki dan perempuan yang jauh dihadapannya, seperti dia sangat mengenali wanita itu. Iskandar mengatur langkah laju menghampiri wanita itu, semakin dekat semakin dia pasti bahawa wanita itu adalah orang yang dikenalinya.

“kak Fasya!” jerit Iskandar

Wanita itu dan pasangannya menoleh ke arah Iskandar. Iskandar tersenyum lega, memang benar wanita itu adalah kakak Riana. Iskandar yakin dia akan memperolehi jawapannya kini.

“IsIskandar ya?” Fasya bertanya

“Ya kak, akak masih ingat pada saya?” hati Iskandar melonjak keriangan.

Tiba-tiba wajah Fasya berubah sayu, Dia tahu lelaki di hadapannya adalah kekasih adiknya Riana. Iskandar perasan akan perubahan wajah Fasha.

“Kenapa kak?” Iskandar lantas bertanya. Fasya hanya menggeleng kepala.

“Kak, Riana apa khabar?”Perasaan Iskandar tidak sabar untuk mengetahui perkhabaran Riana, dia terlalu merindui kekasihnya itu. Iskandar yakin cintanya pasti akan bersemi kembali.

Fasya hanya menyepikan diri, wajahnya di palingkan ke arah lain. Iskandar gelisah melihat kelakuan Fasya seperti ada sesuatu yang disembunyikan.

“Apa yang berlaku sebenarnya mengapa Kak Fasya tidak ceria apabila aku bertanyakan tentang Riana, apa yang disembunyikan kepada aku” Saat ini Iskandar dihimpit pelbagai persoalan di benaknya.

“Ya Allah aku memohon kepadamu jauhilah aku dari perkhabaran yang tidak elok. Lindungilah aku dan orang yang aku sayangi dari perkara buruk . Berilah kami sedikit ruang untuk mengecapi kebahagiaan. Hambamu ini adalah seorang insan yang lemah, mempunyai banyak kekurangan dan kesilapan pada mu Ya Tuhanku, berilah pertolongan kepada ku, sesungguhnya engkaulah Tuhan yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.”

Petang itu Iskandar pulang dengan satu persoalan, dia tidak mengetahui perkhabaran Riana, kak Fasya hanya memberitahu bahawa Riana tidak seperti dahulu. Apa yang terjadi, apa yang di maksudkan oleh kak Fasya. Hati Iskandar bergolak tidak sabar untuk menunggu hari esok. Kak Fasya memberitahu esok dia akan menceritakan segalanya kepada Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience