BAB 6

Romance Completed 8159

“Pada hari yang Riana berjanji untuk bertemu dengan Iskandar adalah hari terakhir Riana di Kuala Lumpur kerana kami sekeluarga akan berpindah ke Kelantan kerana Abah mempunyai projek di sana.” Fasya memulakan cerita sebenar di sebalik kehilangan Riana yang sekian lama di nantikan oleh Iskandar.

Fasya bangun berjalan ke hadapan menghadap pantai yang indah di hadapannya. Iskandar menanti sambungan cerita tersebut.

“Sebenarnya Is, pada hari itu Riana ingin menyampaikan perkhabaran yang mungkin akan mengejutkan Is” Fasya mengatur ayat supaya ceritanya itu jelas di pendengaran Iskandar.

Iskandar tersentak, perkhabaran apa yang di maksudkan itu.

“Maksud akak?” ringkas soalan Iskandar, dia tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut apakah perkara itu.

“Is, selain hal perpindahan kami sekeluarga, ada sesuatu yang lebih penting yang ingin Ria sampaikan” Fasya berhenti seketika, Iskandar menanti dengan kegelisahan.

“Riana akan di kahwinkan, semua persiapan telah di lakukan ” Iskandar tersentak sekali lagi dengan cerita Fasya, bagaimana semua ini boleh berlaku, Iskandar bingung apakah ertinya semua ini, sedangkan Riana bercinta dengannya mengapa perlu di kahwinkan dengan orang lain.

“Riana pun tidak tahu hal rancangan perkahwinannya, semua di uruskan oleh Abah dan Mama, lelaki yang bakal di kahwinkan dengan Riana adalah anak kawan baik Abah sendiri. Apabila Riana mendapat tahu perancangan itu, dia sangat terkejut dan cuba membantah, tetapi Is tahulah bagaimana perangai kedua ibu bapa kak Fasya sendiri kan” Fasya memaling mukanya ke arah Iskandar.

Iskandar memang tahu perangai kedua ibu bapa Riana, walaupun dia tidak pernah bertemu dengan mereka, tetapi Riana selalu bercerita mengenai abahnya yang tegas.

“Jadi kenapa Riana tidak datang pada hari yang kami janjikan tu” Iskandar inginkan kepastian

“Riana memang ingin pergi berjumpa dengan Is, tapi pada hari itu abah mendapat tahu dan menghalang Riana untuk pergi.Petang itu kami terus bertolak ke Kelantan”

“Habis tu kenapa Ria tak cuba untuk hubungi saya kak” Iskandar mula geram dan marah dengan apa yang berlaku. Cinta Ria padanya adalah cinta palsu, “Riana sengaja membuat aku menderita sedangkan di sini dia bahagia dengan lelaki lain” hati kecil Iskandar bersuara dengan perasaan marah yang membuak.

“Dalam perjalanan, kami sekeluarga terlibat dengan kemalangan, kereta yang kami naiki terbalik, kaki akak patah, Abah dan Mama akak cedera parah, tetapi Alhamdulillah kami selamat”

Iskandar terkejut mendengar tentang kemalangan tersebut.

“Ria pula macam mana kak?” Iskandar bertanya cemas. Walaupun sebentar tadi Iskandar begitu marah dengan Ria tetapi apabila mendengar tentang kejadian itu, dia dapat rasakan bahawa sayangnya pada Ria membatasi perasaan amarahnya.

“Syukur Ria juga selamat “

“Jadi sekarang Ria dah berkahwin?” Iskandar inginkan jawapan untuk pengakhiran cerita. Mungkin cintanya telah di takdirkan sedemikian, jodohnya dengan Riana hanya sampai di sini.

“Perkahwinan itu tak jadi” Untuk sekian kalinya kejutan demi kejutan berlaku kepada Iskandar.

“Kenapa?”

“Mari Is” Fasya tidak menjawab persoalan yang di utarakan oleh Iskandar malah dia mengajak Iskandar menyusuri pantai pergi ke suatu tempat.

Iskandar hanya mengikuti langkah Fasya, walaupun dia ingin tahu jawapan pada soalannya sebentar tadi. Di saat Iskandar mendongak memandang hadapan, matanya terpaku pada seseorang nun jauh di hadapan. Wanita yang berbaju kurung berwarna biru lembut dengan selendang menutupi sedikit wajahnya seperti Riana iaitu insan yang amat di sayangi dan dirinduinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience