BAB 4

Romance Completed 8159

Sudah seminggu Iskandar di negeri cik Siti Wan Kembang ini, namun dia tidak berputus asa untuk mencari Riana. Petang itu Iskandar mencari ketenangan hati, untuk mengisi sedikit ruang di lubuk hati. Kedamaian tepian pantai yang dirasakan menyentuh perasaannya mengimbau kembali tika bersama Riana dahulu.

“Is betapa dalam cinta Is pada Ria?” Persoalan itu tiba-tiba keluar dari bibir Riana. Riana memandang Iskandar yang sedang asyik memandang tasik di hadapannya.

Iskandar menoleh ke arah Riana lalu mengukir senyuman manis. Kecantikan Riana jelas terpamer di matanya, dari lirikan mata, senyuman Riana benar-benar menggoncang keimanan Iskandar, namun dia mengetahui batasannya sebagai seorang muslim yang bukan muhrim kepada Riana.

“Sedalam-dalamnya” ringkas sahaja jawapan Iskandar. Lalu Iskandar mengalih pandangannya ke tasik kembali.

“Benarkah cinta Is sedalam-dalamnya” Riana sengaja bermain kata-kata.

Iskandar tersentak dengan kata-kata yang keluar dari bibir Riana. Pantas dia memandang Riana kembali, dia merenung ke dalam mata Riana. Benarkah kata-kata itu baru sahaja keluar dari mulut Riana. Adakah Riana tidak yakin akan cintanya.

“Kenapa Ria cakap macam tu, Ria ragu dengan cinta Is pada Ria ke?” terkeluar juga suara hati Iskandar. Sesungguhnya dia sangat mencintai Riana, hanya Riana sahaja wanita yang bertakhta di hatinya.

Riana mengukir senyuman pada Iskandar. Senyuman kebahagiaan dihatinya. Dia tahu bahawa Iskandar memang mencintai dirinya, dia dapat rasakan perasaan kasih, sayang dan cinta Iskandar, sedalam mana cinta Iskandar terhadapnya lebih dalam cintanya pada Iskandar.

“Bukan Ria ragu dengan cinta Is, malah Ria tahu cinta Is adalah cahaya cinta Ria” Riana memandang Iskandar.

“Is sedalam mana pun cinta Is pada Ria, dalam lagi cinta Ria pada Is.” Sambung Riana lagi.

“Is kehadiran Is dalam hidup Ria adalah satu anugerah, cinta Ria tulus setia, kasih Ria tiada tara, Is adalah segalanya buat Ria, cintailah Ria atas keimanan dan ketaqwaan pada Illahi, moga hubungan ini mendapat keredhaan dariNya dalam jalinan ikatan yang suci”

Kesayuan mula bermukim di hati Riana selepas mengeluarkan kata-katanya.

Iskandar memandang Riana dengan perasaan cinta yang semakin menebal dihatinya. “Ria bila tiba saat itu, Ria pasti akan menjadi milik Is selama-lamanya, dalam ikatan yang suci dalam keredhaan Illahi” bisik hati kecil Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience