BAB 8

Romance Completed 8159

Semakin ramai orang memenuhi ruang rumah, keadaan rumah sesak, sekejap lagi pengantin lelaki akan tiba. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

“Pengantin lelaki dah sampai” Bisikan sebelah mengejutkan Fasya, dia memberi senyuman kepada wanita di hadapannya. Fasya mengatur langkah keluar dari bilik.

“Aku terima nikahnya Nur Riana Balqis Binti Saiful Bahri dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai.”

Lafaz telah terlaksana. Kini Riana sah menjadi milik seseorang iaitu insan yang amat di sayanginya. Fasya mengesat air matanya dia terharu melihat kebahagiaan adiknya. Fasya memanjat kesyukuran agar adiknya itu akan sentiasa beroleh kebahagiaan yang abadi.

“Ria, abang akan sentiasa menyayangi Ria sehingga abang tidak bernafas lagi di muka bumi ini, cinta Ria hanya di hati abang, janji abang pada Ria adalah untuk memberi kebahagiaan pada Ria, abang akan mencintai Ria atas keimanan dan ketaqwaan pada Illahi, moga hubungan ini mendapat keredhaan dariNya dalam jalinan ikatan yang suci”

Satu kucupan hinggap ke dahi Riana, air matanya mengalir jatuh ke pipi. Dia bersyukur kerana Mohd Hariz Iskandar kini menjadi suaminya yang akan membina mahligai suci bersama.

Iskandar memandang penuh kasih kepada Ria.

“Syukur padamu Ya Allah lirikan mata dan senyuman yang pernah menggoncangkan keimanan ku dahulu kini telah menjadi milik yang sah kepadaku. Titipkanlah kebahagiaan kepada kami Ya Allah, jauhilah kami dari perkara yang bisa mendatangkan keburukan kepada kami, lindungilah kami dari godaan syaitan dan pandangan orang-orang yang iri. Semoga kami terus berada di bawah lembayung rahmat darimu Ya Illahi. Amin”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience