BAB 3

Romance Completed 8159

Lagu “Penantian” nyanyian kumpulan Blackrose benar-benar meruntun jiwa Iskandar, seperti mengiringi kesedihannya tika ini.

”Sepi di kamar ini hanya lilin menerangi
Beginikah seksanya hidup dalam penantian
Ditabir tirai malam ada insan kesepian sendirian
Setiap detik-detik ku lalui
Jiwaku gelisah membisu
Tetap setia menantimu bayanganmu entah dimana

Mengapa harus kita ditemukan kalau akhirnya meresahkan
Apakah aku satu persinggahan pengubat rindu
Kau dahaga
Ku kehausan

Setitik rasa pada bayangan yang tak pasti
Kau nyalakan perasaan mengukir kemesraan
Mungkinkah ada sinar bersama impianku
Dan telah ku duga suasana keindahan seketika
Aku tetap menantimu”

***

Iskandar memang tidak dapat melupakan Riana. Iskandar ingin mencari jawapan di atas kehilangan Riana . “Aku ingin jawapannya” getus hati Iskandar

Setelah cuti semester bermula Iskandar bertekad untuk menjejaki Riana ke Kelantan, tempat seperti yang di maklumkan oleh teman-teman Riana. “Tapi bagaimana aku ingin menjejakinya, sedangkan aku tidak tahu alamat rumahnya.” Iskandar baru sedar bahawa dia tidak mempunyai petunjuk untuk mencari Riana.

“Maaflah Is, aku pun tak tahu alamat tempat tinggal Riana di Kelantan, dia hanya beritahu yang dia nak pindah sahaja tapi dia tak tinggalkan pula alamatnya” Jawapan yang di berikan oleh Syida teman baik Riana betul-betul mengecewakan Iskandar.

“Kenapa Riana tidak mahu orang lain tahu di mana dia tinggal bahkan teman baiknya sendiri. Mungkin ada sesuatu yang Riana cuba sembunyikan dariku.” Suara hati Iskandar berdetik.

“Nun kejauhan aku menitip sebuah semangat untuk mencari cahaya cintaku yang bersemi terus dilubuk hati, walau ranjau datang menyembah ke dalam diri tak ada halangan yang bisa mematahkan semangatku, keikhlasan dan kejujuranku adalah demi cinta sejati aku. Lautan luas sanggup ku renangi, puncak gunung sanggup ku daki. Kerana cinta sanggup ku korban demi kasih yang abadi.” Bisik hati kecil Iskandar

Riana,

Teguhnya hati Is demi mu sayang, percintaan kita bukan di sini sahaja. Is ingin mengapai cita-cita dan impian Is bersama cinta hati Is iaitu dirimu sayang. Saat indah Is bersama Ria menjadikan kenangan yang indah buat Is dan ianya sentiasa di hati. Perpisahan ini bukan untuk selamanya, perpisahan ini adalah penguat untuk cinta kita Ria. Cinta Is hanya untuk Ria sehingga akhir hayat Is

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience