BAB 2

Romance Completed 8159

Semakin hari Iskandar dapat rasakan perubahan pada dirinya, Iskandar tidak lagi seceria sebelum ini. Iskandar tidak tahu bagaimana lagi harus dia lakukan untuk kembali pada dirinya dahulu. Yang jelas semangat dan kegembiraan Iskandar telah berlalu sejak Riana pergi dari hidupnya.

Teman-temannya memahami mengapa dia jadi begitu tetapi kadang-kadang mereka bosan dengan sikap Iskandar, meratapi seseorang yang menghilang begitu sahaja.

“Kau ni Is macam tak ada perempuan lain kat sini, bunga bukan sekuntum, ramai lagi yang boleh kau dapat” Itulah kata-kata yang seringkali di keluarkan dari teman- temannya. “Bunga bukan Sekuntum”

Iskandar merasakan bahawa teman-temannya tidak memahami hati dan perasaannya, Walaupun Riana bukanlah satu-satunya wanita yang ada di atas muka bumi ini. Tetapi Rianalah wanita yang betul-betul memahami diri Iskandar yang sentiasa bersama saat suka dan duka, sukar untuk Iskandar mencari wanita semulia hati Riana.

Riana lah yang banyak membantu dirinya ketika dia memerlukan seseorang. Kata-kata Riana bisa menenangkan hati Iskandar di saat kelukaan, kesedihan bertamu di hatinya. Masih segar di Ingatannya bagaimana Riana cuba menenangkan perasaannya yang ketika itu sangat marah dan sedih apabila orang lain menidakkan kemampuannya untuk menjadi salah satu ahli pasukan debat fakulti.

“Is, setiap orang itu akan melalui ujian dan dugaan yang mana memerlukan kesabaran yang tinggi, biarlah orang memandang rendah pada kita tetapi kita mesti yakin bahawa pandangan orang itu bukanlah sesuatu yang boleh membuatkan kita tersungkur dan terus terjatuh” kata-kata itu menyentuh hati Iskandar.

“Dalam dunia ini juga Is pelbagai ragam manusia yang boleh kita lihat, kadang kala kita tidak dapat duga apa perasaan orang terhadap kita, walaupun kita merasakan bahawa apa yang kita lakukan adalah sesuatu kebaikan, namun orang sering manyalah tafsirkan kebaikan yang ingin dilakukan oleh kita.

Setiap orang memiliki sikap negatif dan sentiasa memandang buruk kepada setiap orang yang bercakap jika percakapan atau perbuatan itu tidak kena pada pandangannya. Namun kita jangan biarkan sahaja dengan melihat, menunduk kepada orang-orang sedemikian, kita harus memandang ke arah positif, bangkit dan tunjuk kepada mereka bahawa tafsiran mereka itu silap, serta membawa mereka untuk melihat apa yang sepatutnya ada pada fikiran mereka.”

Hati Iskandar tersentuh dengan kata-kata Riana.

Sejak itu Iskandar sangat mengkagumi Riana, setiap bait bicara Riana adalah suatu mutiara yang berharga untuk dirinya. Riana adalah lambang seorang wanita yang mulia. Budi pekerti dan hati sanubarinya sangat tulus. Pemergiannya sangat dirasai oleh Iskandar kerana Riana bermakna dalam hidupnya, penyeri dan penenang kepada Iskandar.

“Ria! Is betul-betul tak dapat melupakan Ria. Is sangat mencintai Ria. Kembalilah Ria, janganlah biarkan Is terus menderita merindui Ria. Ria! Is sangat merindui Ria, merindui gurau senda Ria dan senyuman manis Ria. Kembalilah untuk mengecapi kebahagiaan bersama Ria, marilah menjalin kembali ikatan cinta suci kita, akan Is ambil Ria sebagai permaisuri hati Is, Is sangat merindui Ria”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience