BAB 7

Romance Completed 8159

Fasya memberhentikan langkah dan memandang ke arah Iskandar.

“Itulah Riana sekarang Is” Fasya menunjuk ke arah Riana yang sedang termenung jauh menghayati lautan di hadapannya.

Benarlah detak hati Iskandar bahawa wanita itu adalah Riana. “Selama ini aku menanti dengan sebuah penantian yang menyakitkan akhirnya aku bertemu kembali insan yang ku rindui.”

“Semasa kemalangan itu berlaku Riana mengalami kecederaan teruk di bahagian wajahnya, kecederaan itu telah meninggalkan parut di mukanya, di sebabkan kecederaan itu jugalah lelaki yang ingin di kahwinkan dengan Riana membatalkan perkahwinan mereka, dia tidak dapat menerima kecacatan yang ada di muka Riana” Fasya menyambung kembali ceritanya.

“Riana sedih dan berasa hina, dia tidak mahu berhadapan dengan orang lain lagi, lebih-lebih lagi Is, dia takut Is juga jelek untuk memandang wajahnya yang tidak secantik dahulu. Sebab itu dia tidak memberi apa-apa berita dan perkhabaran kepada teman-teman dan juga Is. Di sinilah dia menghabiskan masanya seharian, memandang laut dan masa depannya yang di rasakan gelap.” Terungkailah persoalan yang selama ini di cari oleh Iskandar.

Riana,

Sampai begitu sekali Ria memendam kesedihan dan kelukaan di hatimu Ria, kenapa tidak Ria memberi sedikit ruang untuk Is merasai penderitaan yang Ria alami, Is sangat mencintai Ria, walau apa pun berlaku Ria Is tetap menyayangi Ria hingga akhir hayat Is…

***

“Pergi! Pergi aku tak nak tengok kau, pergi tinggalkan aku sendirian” jeritan dan tengkingan Riana mengejutkan Iskandar, dia tidak menyangka bahawa kemalangan itu merubah sifat Riana.

“Ria, ini Is Ria, sudah lupakah Ria pada Is”Iskandar cuba memujuk.

“Pergi! Aku cakap pergi!pergi!” Riana menyorokkan wajahnya di sebalik selendang yang di pakainya, dia langsung tidak memandang ke arah Iskandar.

Iskandar mencari ruang untuk mendekati Riana.

“Ria mana perginya sifat Ria dahulu, Is rindukan Ria dahulu, orang yang tabah, ceria dan sanggup menghadapi apa sahaja dugaan yang datang”

“Ria ingat tak kata-kata Ria dahulu, setiap orang itu akan melalui ujian dan dugaan yang mana memerlukan kesabaran yang tinggi, biarlah orang memandang rendah pada kita tetapi kita mesti yakin bahawa pandangan orang itu bukanlah sesuatu yang boleh membuatkan kita tersungkur dan terus terjatuh, Ria ingat?” Iskandar mengulangi kembali kata-kata yang mana pernah di ucapkan oleh Riana suatu ketika dahulu.

Hati Riana menjadi sayu, air matanya jatuh menyembah ke bumi. ” Is masih mengingati lagi setiap bait bicara dariku,cintakah lagi dia padaku, dalam kah cintanya padaku seperti katanya dahulu. Ah.. tetapi Is itu dulu sewaktu aku sempurna, sekarang aku tidak sempurna, aku cacat” hati kecil Riana menjerit menahan penderitaan batinnya.

“Ria! Cinta, kasih dan sayang Is pada Ria adalah untuk selama-lamanya sehingga akhir hayat Is. Walaupun Ria tidak lagi sempurna seperti dahulu, itu semua bukan jaminan kebahagiaan cinta kita, setiap kekurangan mahupun kelebihan yang ada pada Ria seikhlasnya Is terima dengan mata hati dan perasaan yang tulus, suci dan demi keredhaan Illahi” Iskandar menungkap kata-kata yang semakin meruntun hati Riana seperti dia tahu apa yang sedang bergolak di hati Riana tika ini.

“Ria, izinkanlah Is untuk menyentuh perasaan Ria, menyentuh hati Ria, membina sebuah mahligai indah kita bersama.” Iskandar benar-benar mengharap Riana akan berlembut dan menerima dia untuk keikhlasan cinta mereka. Semoga Riana membuka sedikit ruang dan melemparkan segala kerendahan diri agar tidak mengorbankan cinta mereka.

Iskandar menanti bicara dari Riana. Harapannya cukup tinggi iaitu untuk bersama dengan Riana.

“Pergilah Is, pergilah, tiada lagi kebahagiaan untuk kita” Riana berkata pelahan lantas bangun mengatur langkah meninggalkan Iskandar. Air matanya berderai jatuh membasahi petang yang menghibakan.

“Ria, Is tetap dengan cinta Is pada Ria! Is sayang Ria!” jerit Iskandar, Riana semakin jauh meninggalkan Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience