BAB 2

Romantic Comedy Series 1653

Iman sedang jalan mundar-mandir di hadapan Zara dengan keadaan yang risau.Mana tak risaunya kawan sendiri kut yang kena bukannya orang lain.

"Dahla Iman..aku pun risau juga..cuba kau duduk sebelah aku ni..aku pun dah naik takut tengok kau sekejap ke sana sekejap ke sini daripada tadi.." Zara cuba memujuk Iman.

"Hm oke.." lalu Iman duduk di atas kerusi sebelah dengan tempat Zara.

"Ha macam tu la" Zara menyejukkan keadaan.

"Tapikan Zara..aku takut..aku takut terjadi apa-apa kat diorang tu..apa aku nak jawab dekat mak bapak diorang ?? family diorang ?? awek diorang macam mana ?? buntu aku Zara.." dengan perlahan air mata Iman tumpah membasahi bajunya.

Zara yang melihat keadaan itu menjadi kaget.
'Tak pernah-pernah aku tengok Iman nangis ni..' Zara bermonolog dalam hati.

"Dahla..kita doakan yang baik-baik buat diorang..kau jangan cakap macam tu..doa biar diorang selamat..pasal mak bapak dengan family diorang tu kau jangan risau aku dah uruskan..kalau pasal awek diorang tu biarkan jela..diorang tak penting" Zara cuba menasihati Iman.

"hmm okelah kalau macam tu..series aku gitau..aku dah tak ada siapa-siapa dah selain papa aku dengan korang.." ucap Iman.

"Takpa Iman..stay strong..aq akan selalu ada untuk kau..kau jangan sedih² eh ?? " pujuk Zara lagi.

"Thank you Zara kau lah sahabat dunia akhirat aku" Iman mula mengukir senyuman.

"Ya, kau pun" Zara membalas senyuman Iman.

Mereka berdua berpelukan disitu.

Tiba-tiba pintu wad kecemasan terbuka.Mereka berdua lingkas berdiri.

Doktor yang bernama Aina itu menyoal "Siapa ahli keluarga Zaril dan Malek??"

"Kami ! "serentak Iman dan Zara menjawab.

"Oh oke..buat masa ni keadaan mereka stabil.Malek jatuh pengsan mungkin kerana dia masih terkejut dengan kejadian tersebut,sebaik saja dia sedar,dia boleh pulang..manakala Zaril akan ditahan di wad biasa selama 5 hari "Doktor Aina memberi keterangan.

"Luka dia macam mana doktor ??" Zara menyoal kebingungan.

"Pasal tu kamu jangan risau..Zaril bernasib baik kerana tikamannya tidak begitu dalam..buat masa ni mereka ok ". Doktor Aina mengukir senyuman.

"Alhamdulilah..syukur Ya Allah.."serentak mereka mengucapkan syukur.

"Baiklah kalau macam tu saya pergi dulu ya" Doktor Aina meminta diri.

"Baiklah doktor terima kasih"Iman mencelah.

"Ya terima kasih doktor" Zara menyambung.

"Sama-sama"balas Doktor Aina sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

5 minit kemudian.

Deruan tapak kaki memenuhi ruangan laluan ke wad kecemasan.

"Iman !! Zara !! mana Zaril ?? Dia oke ?? Ya Allah selamatkanlah anakku.."Bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh Puan Rosnah kepada Iman dan Zara.

"Ya Allah..Nah..bawalah mengucap sama..jangan asyik ikut sangat hati tu.." Tuan Warith menenangkan isterinya.

"Iman..Zara..macam mana keadaan Malek ?? dia oke ka ??" Datin Sofia menyerpa Iman dan Zara.

"Ha Malek macam mana ?? nasiblah hari ni tak ada meeting"Dato' Ridzwan mencelah.

Iman dan Zara yang seperti pening-pening lalat akibat soalan yang ditanyakan oleh ibu bapa kedua-dua rakan mereka itu kembali sedar.

"Chill pakcik makcik..diorang oke.. doktor baru ja keluar tadi..dia kata keadaan diorang stabil..Malek dah boleh balik hari ni dan Zaril perlu ditahan di wad untuk empat hari "Iman menerangkan secara lanjut sepertimana Doktor Aina menerangkan kepada mereka sebentar tadi.

"Haah..pakcik dan makcik jangan risau eh ?? " Zara mencelah bagi menenangkan keadaan.

"Alhamdulillah..."serentak mereka berempat mengucapkan syukur.

"Macam mana benda ni boleh jadi?? " tanya Puan Rosnah kepada Zara.

"Entahla Zara pun tak tahu makcik..sampai ja dekat dewan sekolah Zara tengok Zaril dah berdarah..Malek pun macam kaku..tak apa nanti Zara dengan Iman try cakap dengan Malek" terang Zara dengan selanjutnya.

"Oh baiklah..terima kasihla..Iman..Zara..sebab bawa Malek dengan Zaril ke sini..kalau lambat tu tak tahulah nak jadi apa.."ujar Puan Rosnah dengan lemahnya.

"Itulah makcik,pakcik nasib kami sampai awal..niat asal nak buat study group ja..tapi keadaan dah terbalik pula.." Iman mencelah yang sedari tadi hanya mendengar perbualan antara Puan Rosnah dengan Zara.

"Ha Iman,Zara...kamu pergilah pulang dulu..nanti mak ayah kamu risau pula..dah semalaman kamu duduk disini nanti ada apa-apa makcik call kamu..ok? " arah Datin Sofia

Mereka berdua kelihatan letih sehinggakan timbul perasaan bersalah dan kesian di dalam lubuk hati Datin Sofia.Dia juga berasa bersyukur kerana mereka dikurniakan anak yang mempunyai rakan sebaik Zara dan Iman.

"Tapi makcik.." Iman teragak-agak.

"tak ada tapi-tapi..dah kamu balik rehat dulu..kesian makcik tengok kamu berdua ni..nanti kamu datang la balik..lagipun Malek dah boleh balik so datang sini kita jenguk-jengukkan Zaril jala.." Ujar Datin Sofia sambil memegang bahu Iman.

"Hm kalau macam tu kami balik dulu la ya" Iman berkata lalu bingkas bangun daripada kedudukannya.

Mereka berdua bersalaman dengan Datin Sofia dan juga Puan Rosnah.

"Assalamualaikum" serentak mereka memberi salam.

"Waalaikumussalam"keempat-empat mereka menjawab salam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience