BAB 10

Romantic Comedy Series 1653

Bilik wad 011 itu riuh-rendah disebabkan gelak ketawa mereka . Sudah lama tidak merasakan hari yang gembira seperti ini .

"Ala...hari Jumaat nih aku check out la .. 2 hari ja lagi jangan risau la.. aku pon tak hingin la nak duduk dekat hospital ni lama-lama . bosannnnn " Zaril mula berbicara .

"Hm oke la kalau macam tuh..hah !! em korang nak dengar 1 rahsia tak ? " sambung Zara sambil mengangkat keningnya lalu menoleh ke arah Iman .

"Weh weh Zara kenapa kau pandang aku macam tuh ?? " Iman mula risau dek melihat pandangan Zara kepadanya seolah olah mahu mengenakannya.

" Hah apa Zara ?? beritahu la cepat " Malek mendesak Zara .

"Waktu kejadian tuh kan..dekat hospital kan.....kankankannn..Iman menangis sebab korang..wuu HAHAAH best ja aku tengok . sekali seumur hidup ja tau.." Zara ketawa terkekek kekek sambil memegang perutnya.

Serentak itu Malek dan Zaril memecahkan ketawa mereka. Yala..mana tak gelaknya..diorang semua tak pernah tengok langsung Iman menangis sepanjang usia perkenalan mereka . Aduhh..ini tak ada angin , tak ada ribut , Iman menangis . Maybe ada ribut sikit disebabkan kejadian itu tapi kalau nak dikatakan memang susahla nak tengok Iman nangis.

"HAHAHAAH that was so funny Iman !! " Malek menghamburkan ketawa dengan puasnya.

"Eee aku menangis ja pun . perlu ka jadi isu..mental koyak betul sekor sekor " Iman menarik muka sambil mencebik . Aku menangis ja bukannya aku buat lawak . kalau aku buat lawak boleh la korang gelak . nih aku menangis kot . Iman sempat bermonolog di dalam hati .

" Korang tahu tak . aku risau gila waktu tuh . S.R.S serius !! menangis . aku menangis sebab korang , tahu tak . korang sepatutnya hargai aku sebab risaukan korang bukannya gelakkan aku !" lalu Iman berlari keluar daripada bilik tersebut. Nak buat apa duduk lama lama dekat situ , buat sakit hati ja . baik aku keluar .

"Opps Iman !!" Zara memanggil lalu mengambil keputusan untuk mengejarnya .

Pantas Malek menghalang . "biar aku ja yang pergi kau duduk sini dengan Zaril "

"Em ok"

**

Malek berlari sambil mencari kelibat Iman .Nak dekat 1 hospital dah dia berpusing untuk mencari.

" Uwaaaaaaaaa mana mama.. " kedengaran seperti budak lelaki yang sedang menangis mencari ibunya.

Tiba-tiba Malek melihat kelibat Iman menghampiri budak lelaki tersebut. Pantas dia bersembunyi di belakang dinding..berhasrat agar Iman tidak menyedari kehadirannya.

" Adik kenapa ni??" lantas Iman bertanya.

" Mana mama adik..tadi dia ada dekat sini.." kata budak lelaki tersebut sambil mengesat air matanya .

Iman melihat sekeliling , namun tiada langsung kelibat seorang ibu yang sedang mencari anaknya yang hilang . 'haih mana ni . kesian pulak aku tengok budak ni..'

"Adik nama apa ? adik ikut akak ya ? kita pergi cari mama adik ok ?"

"Ryan" kata budak lelaki itu sambil mengangguk.

Mereka berdua berjalan seiringan untuk mencari ibu kepada Ryan.

Malek yang berada di belakang tiang tadi terus menerpa Iman apabila dia menyedari yang Iman mahu beredar dari situ

" Iman !! tunggu aku !!" Malek berlari ke arah Iman dengan nafas tercungap-cungap.

"Malek ? "

"Haah la aku Malek tak kan orang gila pulak .. penat aku cari kau tahu .."

"Huh tadi nak sangat gelakkan aku . tak guna betul.. "

"Hehe sorry la Iman.."

"Akak..jomla pergi cari mama adik.." Ryan menyampuk.

"Ehh..ha jom2 , kau Malek ? nak ikut sekali tak ?

"Ha jomlah dah alang-alang aku kat sini.."

Mereka bertiga berkeliaran di sekitar hospital sambil mencari kelibat mama Ryan. Sekejap masuk ke kafe , kejap masuk ke kedai , macam-macam tempat diorang pergi..akhirnya masing-masing putus asa untuk mencari..Ryan pun dah kelihatan penat kerana terlalu lama berjalan.

Mereka terdiam sejenak.

" Hah apa kata kita gi kaunter pertanyaan. Suruh diorang buat announcement tentang Ryan nih..nanti senang la mama dia nak cari.. " Iman memberikan cadangan yang bernas .

"Haah laa kenapa kita tak terfikir dari tadi eh ?" Malek juga bingung .. kenapalah dia tak terfikir tentang idea ni..

Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke kaunter pertanyaan.Iman memegang tangan kanan Ryan manakala Malek memegang tangan kiri Ryan.Aeh..macam suami isteri pula haha lagipun orang yang lalu melintasi mereka kesemuanya memandang mereka dengan pandangan yang pelik.Maklumlah muka pun nampak muda tambah pula..seorang hensem , seorang comel , seorang cantik . Memang tak hairanlah bila ada orang tengok sampai macam tuh ..

Setelah 2 minit mencari kaunter pertanyaan , akhirnya sampai juga mereka ..

"Erm hi miss .. saya nak buat pengumuman untuk budak hilang boleh ? " Iman memulakan bicara setelah melihat penyambut tetamu berbangsa cina yang berada di kaunter pertanyaan tersebut .

Penyambut tetamu tersebut mengangkat muka lalu tersenyum . " oh sure , siapa nama adik ya ?"

"Tengku Ryan Putra bin Tengku Darwish" jawab Ryan pantas .

"Umur ? "

"4 tahun" jawab Ryan sambil menunjukkan empat batang jarinya kearah penyambut tetamu tersebut.

"Nama ibu adik ingat tak ??"

"Ingat , Nur Adam Zahra " kata Ryan.

Iman dan Malek hanya melihat . Sungguh tak di sangka bijak sungguh budak lelaki ini .. betapa bagusnya pendidikan yang diberikan oleh kedua ibu bapanya..

Alangkah indahnya jika Iman juga begitu..sejak 4 tahun ibu bapanya bercerai . Kakak dan abangnya di bawah hak mama manakala dia di bawah hak papa..sehingga kini dia tidak dapat mencari malah mengingati wajah mereka bertiga sejak kes penceraian tersebut .

"ok sekejap ya"

Penyambut tetamu tersebut terus menghalakan bibirnya ke arah mikrofon yang terletak pada kaunter tersebut .

'Hai selamat petang , perhatian kepada ibu Tengku Ryan Putra Bin Tengku Darwish , sila datang ke kaunter pertanyaan sebelah utara dengan segera . ulang suara , perhatian kepada ibu Tengku Ryan Putra Bin Tengku Darwish , sila datang ke kaunter pertanyaan sebelah utara dengan segera . sekian terima kasih'

Bunyi penggera pengumuman berhenti.

Tidak sampai 5 minit , kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 20 an sedang berjalan pantas menuju ke kaunter pertanyaan . Wajahbya kelihatan amat risau.Mungkin itu mama Ryan.

'Wajahnya persis Iman' . itu saja yang mampu diucapkan Malek di dalam hatinya .

Sebaik saja wanitu itu melihat Ryan , dia terus menerpa ke arah Ryan .

"MAMA !!! " jerit Ryan sambil berlari ke arah Puan Zahra

Mereka berdua berpelukan di situ.

"Mana Ryan pergi hah ? puas mama cari tahu tak . kan mama dah suruh tunggu dekat kerusi tuh . kenapa Ryan degil tak nak dengar cakap mama ? " Ujar Puan Zahra sambil mengalirkan air mata .. ibu mana yang tak sedih bila hilang anak.

" Ryan ikut makcik lain..Ryan ingat tuh mama rupanya orang lain..hehe sorry mama" jawab Ryan sambil menggaru kepalanya.

Puan Zahra hanya tersenyum melihat anak bongsunya itu . Ryan lah satu-satunya anak yang dia ada selepas kematian anak sulungnya , Tengku Amira ketika berusia 2 tahun akibat demam panas yang melampau.Namun dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberi peluang dia untuk bertemu dengan Ryan semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience