Keesokan paginya.
Iman menilik jam di tangannya yang menunjukkan sudah pukul 8 pagi.
"Ee mana Zara nih..cakap nak teman aku jumpa Malek..nih apa pasal boleh lewat pula..dah kebas kaki aku nih.." Iman merungut dalam hati.Zara memang tak pernah kotakan janjinya kalau melibatkan hal masa.Inilah yang orang asyik katakan,janji melayu.
Zara berlari sepantas kilat bagaikan ada hantu yang mengejarnya.Almaklumlah minah potpet tu pantang kalau orang tak sampai tepat pada masanya. Kalau dia cakap a , a lah jadinya memang tak boleh nak bertolak ansur betul.
"Assalamualaikum !! uncle..Iman ada??" soal Zara setelah melihat Tan Sri Zain yang sedang duduk di bangku sambil membaca surat khabar.
"Waalaikumussalam, ha masuklah Zara, Iman ada tu dalam bilik dia.." Tan Sri Zain menyambut salam Zara lalu menghirup secawan kopi yang dibuat oleh orang gaji rumah mereka, Mak Mah.
Zara berjengket perlahan menuju ke bilik Iman.Kelihatan Iman sedang membuang pandangan ke arah balkoni rumahnya.Seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Apa yang orang tua ni tengah fikir eh ? " Zara bermonolog sendirian.
Dengan perlahan Zara berjalan lalu berdiri di belakang Iman tanpa di sedari oleh gadis itu.
1...2...3
"IMAN!!"
"OH MALEK LAKI IDAMAN !! " oh uh keluar dah latahan Iman yang memalukan dirinya sendiri.Nasib baiklah Zara ja yang ada kalau ada Malek dengan Zaril nih tak tahu la apa nak jadi..
"Acecehhhh..Iman..banyak la kau punya laki idaman!! HAHAHAHAHA lawak laa macam mana la kau boleh terjatuh hati dekat si Malek tu..aku tahulah kau tengah risau pun tapi tak payahla sampai angau.." Zara tak dapat menahan ketawa akibat latahan yang keluar daripada mulut Iman sebentar tadi.
Sungguh tak percaya ada juga sifat keperempuanan dalam diri Iman ni kan.Ingatkan tahu main bola ja..rupa-rupanya ada crush... disebalik dinding yang kukuh ada juga dinding yang retak HAHAHA.
"Kalaulah aku sempat rakam suara kau tadi lepas tu tunjuk dekat Malek serius lepas ni kau dah tak keluar rumah beb!!" sambung Zara lagi
"Wey kau agak-agak ar..aku bukannya sengaja tadi..lagipun aku memang tengah fikir pasal dia...pasal Zaril..bukan dia sorang ja..dah kau main sergah ja tadi nasib jantung aku nih tak luruh kau tahu tak , kang tak pasal ada yang mati kejung kat sini siapa yang nak susah ?? kau jugak kan.."marah Iman sambil menahan malu.
Tembok sebesar rumah agam dan tinggi setinggi gunung everest terpaksa dibina bagi menahan malu yang menimpa dirinya.
"Alah..kau nih aku gurau-gurau ja..itu pun nak ambil hati..chill arr kata anak jantan.."tambah Zara lagi bagi menaikkan api kemarahan Iman.
"Ee dahla kau suka sangat nak sakitkan hati aku..tadi cakap nak teman aku gi rumah Malek..nih dah lewat 30 minit kau tahu tak..kang tak pasal kena berleter lak dengan mamat tuh..ee tak nak aku" leteran Iman membuatkan Zara menutup telinganya dengan kedua-dua belah tangan.
'Alah minah nih berleter la pula..sama la diorang berdua tak habis-habis berleter ja kerja'
"Elleh..cakap jala yang kau tak sabar nak jumpa buah hati intan payung kau tuh" Zara menghangatkan keadaan yang sedia memang panas pun.
"Ah..diam ar kau buat bingit ja telinga aku nih..suara tuh kalau sedap best juga dengar..nih sebiji dengan katak pisang jiran sebelah rumah aku pun HAHA" Iman tersenyum puas. Baginya rakannya ini memang perlu diajar haha .
"Yala-yala aku kalah..kau menang..kau ja yang betul..aku salah.."Zara menyusun ayat-ayat pasrah.
"Sejak bila kita buat pertandingan?? siap ada menang kalah lagi..hadiah mana hadiah?? by the way terima kasih la sebab cakap macam tuh HAHAAHAHAHA.."Iman ketawa dengan penuh kejahatan.'Nak sangat sakat aku kan..HAHA'
"Dahla malas layan kau buat sakit hati ja" Zara membuat gaya seperti kanak-kanak yang sedang merajuk.
"Muka tuh buruk betul !! HAHA dahla nanti lambat pula cepat ar turun " arah Iman
Zara yang berdiri di balkoni hanya menunjukkan muka kasihan seolah-olah minta dipujuk oleh rakannya itu.
"Dah² tak ada masa aku nak pujuk kau, cepat ar turun " celah Iman seolah-olah mempunyai deria yang keenam.
'Tahu-tahu je minah ni..'Zara bermonolog dalam hati. "Ha yalah² aku turun la ni" Zara hanya patuh lalu turun menuruni tangga yang menghubungkan tingkat bawah dan atas di kediaman rumah temannya itu.
Sebaik sahaja mereka turun ke bawah mereka sempat menghidu masakan terulung Mak Mah yang sentiasa menjadi pujaan hati Iman selepas masakan mamanya.
"Hmm..sedapnya bau..Mak Mah masak apa tu ??
"Alahhh..biasa-biasa ja..nasi lemak sambal ikan bilis..macam selalu la Zara"
"Fuhhh!! favourite Zara tuhhh !! " Zara yang teruja itu melompat keriangan.
"Hek ellehh kau..bab-bab makan nombor 1..dah ar tadi cakap nak gi rumah Malek"
"Yala-yala..asal buah hati dia ja mesti nak cepat dahla tengah lapar nih.."Zara merungut seakan-akan anak kecil yang kelaparan.
"Banyaklah buah hati kau .. kita pergi sekejap ja..jap lagi kita balik laa..tak lama pun nak tanya pasal kes haritu ja..dah lama aku bersabar nak dengar benda nih kau tahu tak ? ".
"Baiklah tuan puteri yang ku sayangggg....werkkk" Zara membuat mimik muka seperti ingin muntah setelah mendengar ayat yang dikarangnya itu.
"HAHAAHAH sayang juga kau kat aku kan..hm tak apa lah..Mak Mah nanti kitorang balik , kitorang makan ok ?? simpan tau jangan kasi papa makan sampai licin..masuk batu belah batu bertangkup pula Zara ni nanti..".
"Huhu ada-ada ja kamu ni Iman..ha yela-yela nanti Mak Mah simpankan.." ujar Mak Mah sambil mengacau sambal ikan bilis yang dibuatnya itu.
"Ok lah Mak Mah , kami pergi dulu..Assalamualaikum.." Iman memberi salam lalu beredar ke luar rumah.
"Bye Mak Mah! sayang Mak Mah ! " Zara memeluk belakang Mak Mah.
"OH MAK KAU KUALI MELETOP POM POM POM !! " latahan Mak Mah menjadi bahan ketawa bagi kedua-dua gadis itu .
" HAHAAHAH sory Mak Mah.." .
"Haih macam-macam kamu semua ni..".
Iman dan Zara melangkah keluar dari rumahnya.
"Ha nak pergi mana tu Iman ?? " tanya Tan Sri Zain apabila melihat anaknya yang baru keluar dari rumah.
"Nak gi rumah Malek jap pa..ada benda nak bincang sikit..hehe" .
"Ha yela..jalan tu hati-hati ya Iman , Zara..".
"Ok pa" jawab Iman lalu menyalam tangan papanya.
"Ok uncle..pergi dulu babai ".
Share this novel