Hari Jumaat , jam 10 pagi .
" Assalamualaikum , bro..tengah buat apa tuh ?" tanya Malek.
" Waalaikumussalam . pack baju arh harini aku nak balik dah tak kan kau lupa pulak aish " balas Zaril.
" Ada pulak kau cakap aku lupa . aku tiap-tiap hari asyik fikir tau and ini menunjukkan aku ialah seorang kawan yang setia haha am i right ? nih aku datang pun nak jemput kau lah..pagi-pagi lagi aku dah terpacak depan rumah kau sebab nak ikut mak ayah kau sekali gi hospital." terang Malek dengan panjang lebarnya.
" Ha yelah.."
"Eh mak ayah kau mana ? tadi diorang kata nak pergi wad kau dulu.. nih aku dah datang tak ada pulak" soal Malek kebingungan.
Sebelum masuk ke wad Zaril , Malek meminta diri untuk ke tandas sebelum ke sana manakala Puan Rosnah dan Encik Warith kata mereka akan menunggu Malek di wad Zaril..bila Malek masuk ja diorang tak ada .. nasib Zaril ada lagi..mahu taknya kalau diorang tinggal dia dekat hospital nih..tak pasal terpaksa balik jalan kaki dah la dompet pun tak bawa yala diorang bukan pergi mana pun..nak jemput Zaril balik ja . Tapi tak kan mereka sanggup berbuat demikian..yala mereka bukanlah kejam mana..Malek dah anggap keluarga Zaril seperti keluarga dia sendiri.
" Ahh ayah aku pergi daftar keluar dekat kaunter sana .. mak aku pulak pergi tandas entah apa pulak yang dia buat dengan tudung tuh dari tadi asyik bising pasal tudung tak jadi..haihh perempuan..perempuan..nasibla Iman dengan Zara jenis tak pakai tudung..kalau tak mau berdarah telinga aku asyik dengar ja diorang membebel pasal tudung "
"HAHAHAAHHAHAHAHA" mereka sama-sama ketawa . Mentang-mentang Iman dengan Zara tak ada dekat situ , suka hati ja diorang nak mengumpat..tah tersedak dah masing-masing.
"Wey , haritu kan waktu aku gi kejar Iman tuh..kami ada serempak dengan sorang budak nih..dia sesat so kami tolonglah carikan mak dia..fuh nasib jumpa jugak and sebagai balasan dia ajak kitorang dinner dekat rumah dia..dia cakap ajaklah kawan-kawan yang lain..kau nak ikut tak ? " terang Malek.
" Hm Zara ikut tak ? "
" Haih kau pantang betul ! haha "
" tak la nanti kalau Zara tak ikut , aku tak ada partner arh kau tak apa la ada Iman "
" Erk gatalnya kau.. aku bagitau Zara kang .. mau tenganga mulut tuh HAHAHA " ujar Malek sambil meletuskan gelak tawanya dihadapan Zaril.
" Bagitau arr aku tak kisah pun..mana tahu sangkut ka hahaahahaha aku jugak yang untung . Jarang oo kau nak tengok aku bahagia "
" kira selama nih tak bahagia la..tuh yang lain-lain nak letak mana ? harap ja nampak baik tapi buaya aish apa nak jadi dengan kau nih "
" Yang lain-lain tuh tinggal jala .. hilangkan diri dari radar .. alahh setakat hilangkan bosan ja , tak apa kau jangan risau slow slow aku insaf ler ok ?"
"Yala kau punya insaf . so nak ikut tak ? Zara on dah.." ujar Malek sambil menjongketkan kening lebatnya.
"Bila ? "
" Esok pukul 8 malam , amacam ? "
" On !!"
" Kelia laa !! hahaha "
**
" Wey , Zaril keluar hospital hari ni kan ? " soal Iman .
" Haah .. kenapa ? "
"saja nak tanya pasal kawan sendiri..tak boleh ka ? or..kau jealous ? haha "
" Apo kebondo nyo kau aduh..tak ada masa la nak jealous dengan kawan sendiri "
" Oh Zara kau lah sahabat dunia akhirat aku haha tak rugi aku pindah sekolah nih " ujar Iman sambil meluru memeluk Zara .
"eh poyo la kau" kata Zara lalu membalas pelukan Iman.
Teringat waktu diorang mula-mula kenal sewaktu Iman baru berpindah ke sekolah tersebut.
"Bangun !!! selamat pagi cikgu !! " ucap Kamal merangkap ketua kelas 3 Emerald kepada Cikgu Fizah yang merupakan guru kelas dan guru Bahasa Melayu kelas tersebut .
" Selamat pagi murid-murid..duduk semua . Oke harini kelas kita akan menerima seorang pelajar baru dari SMK Dato' Syed Omar . Silakan masuk.." ujar Cikgu Fizah sambil menggamit tangan ke arah pelajar tersebut.
"Wuuuuuuuu " ujar mereka. Yala budak dari sekolah pandai kut..mesti orangnya pandai juga kan.
Pelajar tersebut mengorak langkah memasuki ke dalam kelas tersebut. Perempuan rupanya..sekali pandang fuh..segak tuh memang tak terkata la..pelajar perempuan berikat tocang ekor kuda..tinggi kira-kira 162 cm..badan slim bak model..pelajar lelaki memang tak payah cakap la..kalau boleh , nak meleleh air liur tuh.Pelajar perempuan pula , ada yang tersenyum-senyum ada yang terbisik-bisik yang bagi jelingan maut pun ada..aduh
"Iman , kamu boleh perkenalkan diri " ujar Cikgu Fizah.
"Hai ! selamat pagi semua..nama saya Nur Iman Zahra Binti Tan Sri Zain. Selamat berkenalan , harap semua dapat beri tunjuk ajar." kata Iman sambil tunduk tanda hormat .
Semua pelajar bersorak keriangan tambah pula pelajar lelaki..tak payah cakap gatal tuh memang tahap kronik dah..
"Baiklah Iman , kamu boleh duduk di meja kosong kat belakang tuh and get ready untuk class saya." Ujar Cikgu Fizah sambil menunjukkan tempat duduk kosong yang berada betul-betul di belakang Zara dan bersebelahan dengan tempat duduk Malek dan Zaril.
Ketiga-tiga mereka menghadiahkan senyuman yang manis semanis-manisnya kepada Iman..yala sapa yang tak suka ada budak baru dalam kelas..cantik pula tu..
" Hai ! saya Zara , selamat berkenalan " kata Zara sambil menghulurkan tangannya ke arah Iman.
" Hai..selamat berkenalan juga" balas Iman dengan tersenyum keriangan .
'Yes ! first dah dapat kawan .. so lepas nih tak payah la aku risau lagi..'
" Aish kau nih Zara potong line betul la aku baru nak bertindak , kau dah start dulu " Malek yang berada di sebelah membuka bicara .
" Haha nampak sangat kau tuh lembap " kata Zara sambil ketawa terkekek kekek risau juga kalau-kalau tertangkap dengan Cikgu Fizah tak pasal dapat malu dengan 1 kelas tambah-tambah budak 2 ekor tuh..
" Ish mulut tuh aku sumbat dengan cili kang ha..selembap lembap aku..aku lagi pandai dari kau lah hahahaha"
" Perasan ! "
" Wey korang dah la aku cepuk sekor-sekor satgi ha..dah la Cikgu tengah mengajar tuh .. ha tengok Iman tuh..blur dah aku tengok.. bawa la sedar sikit yang diri tuh dah tua bukannya budak-budak lagi " nasihat Zaril.
"Hehe sorry boss ! by the way Iman , eden Malek " Ucap Malek .
" Dan saya Zaril , nice to meet you "
" Nice to meet you too " balas Iman
" Friend ? " ujar Zara sambil menghulurkan tangannya ke arah Iman bagi menunjukkan kehormatan sebagai rakan .
" Em..i will think about it "
Zara dah menunjukkan muka cemberutnya begitu juga Malek dan Zaril.
" Hahaha it is a joke guys..come on..don't be so serious..of course la nak"
"Yeah ! aku dapat kawan perempuan tak adalah bosan sangat..asyik kawan dengan lelaki ja muak dah tengok muka hahaha "
" Sampai hati eh kau Zara " kata Zaril.
" Ish macam budak kecil tadi kata sangat dekat aku .. kau pun sama ja hahaah gurau jala itupun nak merajuk"
Mereka berempat menghamburkan tawa dengan perlahan risau takut tertangkap dengan Cikgu Fizah akan perbualan mereka.
Begitulah cara perkenalan mereka dengan Iman..dari hari ke hari hubungan mereka berempat semakin akrab bak kata pepatah , 'bagai isi dengan kuku.'
Senarai di bawah merupakan biodata Zara , Malek dan Zaril .
Nama diberi , Muhammad Ryan Malique bin Dato' Ridzwan Malique
Panggil , Malek.
Umur , 17.
Hobi , bersenam .
Cita² , Pensyarah . mungkin tak akan tercapai sebab dia akan mewarisi syarikat papanya . (one day)
Perwatakan , love to making fun on people . nakal . gila-gila gituu haha . sahabat yang setia .
Nama diberi , Nur Zara Ilyana binti Yaakub
Umur , 17 tahun
Hobi , melukis
Cita² , arkitek
Perwatakan , friendly . pendengar setia . ceria .
Nama diberi , Zaril Ikhwan bin Abdul Warith
Umur , 17 tahun
Hobi , ikut Malek pergi bersenam sama-sama .
Cita² , bomba (ingin mengikut jejak ayahnya)
Perwatakan , bijak . kuat membebel . a bit nerd haha . sahabat baik Malek .
Share this novel