BAB 1

Romantic Comedy Series 1653

Iman mengimbau kembali sejarah yang dialami olehnya,Malek,Zara dan juga Zaril.Sejarah itu menjadi satu peristiwa hitam yang tak dapat dilupakan oleh mereka semua.Walaupun sudah 2 tahun berlalu sejak mereka berada di tingkatan 5 namun peristiwa ini tetap menjadi ruangan utama di benak minda fikiran mereka.

2 tahun lalu..

Malek terjatuh pengsan.

Iman menjadi kaget dengan reaksi Malek ."Malek ! Malek ! bangunlah !! Ya Allah... Zara kau tercegat apa lagi dekat situ call la ambulans !! cepat kalau kau tak nak tengok kawan kita mati !!" tengking Iman.

Zara yang sedang terpanar dengan kejadian itu terus terkejut akibat tengkingan Iman .

"Hahh ??!! haaa oke..jap" tangan kanan menyeluk poket seluar untuk mencari telefon pintarnya . Dengan gelabah Zara memegang mengakibatkan telefonnya jatuh ke tanah dan menyebabkan skrin telefon sedikit retak .

"Aduhh..hancur fon aq.."Zara bermonolog.

Iman yang melihat kejadian itu terus merampas telefon Zara.

"Bak sini aq call..lambat arr kau ni..kang x pasal diorang mati baru kau tahu" Iman memarahi Zara.

"Ishh mulut kau Iman..ha cepat la call" arah Zara.

"Sabar arhh.."jawab Iman acuh x acuh.
tut..tut..tut..tut..

"Hello ??" -unknown

"Hello! cik !! cik !! tolong kami !! kawan kami cedera parah !! bantuan diperlukan dengan segera !! " -Iman

"erm kenapa ?? ermm tolong apa ?? kawan sapa ?? sapa cedera parah ?? adik saya oke ka ??!!" -unknown

"aduhhhhh..macam mana boleh tertekan nombor abang Zara pulak ni...time² ni la dia nak buat hal haih.." -Iman bermonolog

"sorii bang silap nombor..hehe cau luhh goodbye !" -Iman

"pahal pulak minah ni.." -abang Zara

"kenapa tuh Iman??" Zara yang melihat celoteh Iman dari tadi mula bertanya.

"Hehe..tak ada lahh aq cuma silap pih call nombor abang kau ja.."Iman tersengih.

"Meh sini aq call..cepat laa "Zara mengambil telefon dari tangan Iman.

"erm hello ?? pihak hospital ka ?? yaa tolong datang ke SMK Taman Jaya sekarang .. ya bantuan diperlukan segera .. 2 orang .. ya baiklah ..terima kasih.. fuhhhh" Zara menghembuskan nafas lega.

15 minit kemudian..

Neno..neno..neno..neno..

Kedengaran siren ambulans yang sedang meluncur laju ke persimpangan jalan sekolah mereka.Mereka tidak mengambil masa yang lama untuk sampai di sekolah tersebut kerana jarak diantara hospital dengan sekolah tidaklah sejauh mana,hanya berjarak dalam 7 ke 10 kilometer sahaja.

Sebaik sahaja ambulans sampai di perkarangan sekolah ,tubuh kaku Zaril dan Malek diangkat lalu diletakkan ke dalam ambulans diikuti dengan Iman dan Zara.

Sebaik saja mereka masuk ke dalam ambulans pemandu tersebut terus meluncur laju menuju ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience