BAB 7

Romantic Comedy Series 1653

Jam menunjukkan pukul 4.00 petang dan nampaknya , Iman sedang menunggu kedatangan dua orang sahabat karibnya iaitu Zara dan Malek untuk tiba di perkarangan rumahnya .

"Assalamualaikum !!" terdengar jeritan manusia yang memberi salam.

"Waalaikumussalam..ha sampai pun korang . ingat tak nak pergi dah.." Iman menjawab salam sekali gus memerli mereka berdua.

"Alah..lek la Iman . kira untung kitorang datang tahu.." jawab Malek sambil menguis Huawei p10 kesayangannya itu.

"tak ada untungnya la buat berat kereta aku ja..tambah-tambah kau . dahla berat macam badak" balas Iman sambil menyilangkan tangan pada tubuh kecilnya itu.

"Wey kau Malek..dari tadi aku tengok kau asyik ngadap fon ja..kesayangan buat hal ka ?? haha" kata Zara bernada sindiran.

"Hello..aku berat sebab sado bukannya berat sebab gemuk k..ha yang kau Zara dah kenapa . suka hati la aku nak buat apa pon kau sibuk kenapa ??" jawab Malek acuh tak acuh.

Zara hanya mampu menjulingkan matanya ke atas setelah mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh mulut Malek.

"Dah dah..ni nak pergi ka dak ? dari tadi aku tengok mulut tuh tak pernah nak berhenti . mengalahkan makcik gosip pulak.."

"hehe oke2 jom !" ajak Zara.

"lets go ! Zaril mu tunggu aku datang !! "

"Hah ! poyo ja beruk dua ekor nih"

"WHAT !! " sergah Zara dan Malek.

"Mak!! larii dulu hahaha"

Mereka terus berkejaran sehinggalah Pak Mat , iaitu pemandu Iman datang membawa kereta Alphard untuk dinaiki oleh mereka ke hospital.

"Ha duk kejar-kejar apa lagi tuh ? jom la cepat ." Arah Pak Mat.

" Heheeh sori Pak Mat"

Mereka bertiga masuk ke dalam kereta . Tidak lama kemudian , kereta yang dinaiki terus meluncur laju menuju ke hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience