BAB 5

Romantic Comedy Series 1653

3 hari yang lepas,dewan terbuka SMK Taman Jaya

Zaril dan Malek sedang menunggu Iman dan Zara di dewan terbuka sekolah . Kata mereka , dua orang gadis itu mahu ke kelas..Zara tertinggal kerja rumahnya dekat bawah meja..

Mereka berempat sebenarnya mahu melakukan aktiviti study group..dan sekolah merupakan kawasan yang paling digemari oleh para pelajar apabila mahu mengulang kaji atau menyelasaikan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu.

Tapi keadaan di sekolah pada petang ini sedikit lengang kerana hanya beberapa orang pelajar sahaja yang berada di sini..dan pelajar asrama pula sudah pulang ke hostel masing-masing.

"Wey Malek..mana diorang nih..batang hidung pun tak nampak..apatah lagi bekas tapak kaki diorang . hadeh mana nih dah lewat tahu..aq dah la kena balik awal." Zaril merungut . penat tahu tak kalau asyik kena tunggu orang yang tak tepati masa nih..

"Alahh bro..relax la . maybe diorang ada hal kecemasan ka mana kita tahu kan ? tunggu la 10 minit lagi nanti diorang sampai la.."

Malek yang juga kelihatan gusar itu segera menenangkan rakannya.Zaril nih bukan boleh tunggu lama sikit..ada saja yang nak dimarahinya nasib dewan terbuka sekolah nih tak runtuh .

3 minit kemudian...deruan tapak kaki sedang menuju ke kawasan dewan terbuka.

"Wey ril , tuh Zara dengan Iman tak ? tunggu eh aq gi tengok" ujar Malek lalu melangkah pergi meninggalkan Zaril.

"Ha oke2"

Zaril yang sedang ralit melakukan kerja rumahnya itu dirasakan dirinya seperti sedang diperhatikan oleh sesuatu . tanpa berfikir panjang Zaril terus menoleh kebelakang .

Tiba-tiba. "WOII !! " satu sergahan daripada Zaril kepada seorang lelaki yang serba hitam , yang ngerinya..lelaki itu sedang memegang sebilah pisau belati . wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi dengan topi. Hampir saja kepala nya ditikam oleh lelaki itu nasib Zaril sempat mengelak .

Pelik kan ? apa kena dengan orang gila nih ?

Kelihatan lelaki itu mahu menikamnya lagi . Zaril cuba bergelut dengan lelaki itu demi menyelamatkan nyawanya sendiri . Tiba-tiba..

"ARGH !!!! Ya Allah.." tikaman lelaki itu tepat menusuk ke arah perut Zaril..darah yang keluar tidak henti-henti dan membuatkan pergerakan Zaril terbatas.

Malek yang terdengar suara jeritan dari arah dewan terbuka itu terus memecut lari bagi mengenal pasti dari manakah punca jeritan tersebut . jeritan itu kedengaran seperti biasa didengari .

Sampai sahaja di dewan terbuka, Malek tergamam dan terkejut melihat kejadian yang sedang terjadi.

"WOIII !! KAU LEPASKAN DIA SEKARANG !!!! " tanpa menunggu lagi , Malek terus menerkam lelaki itu tanpa memikirkan keselamatannya . Namun demi sahabatnya dia sanggup berbuat demikian.

Setelah menyedari kehadiran Malek , lelaki itu berlari meninggalkan mereka . Malek mahu mengejar tapi apabila memikirkan tentang nyawa rakannya itu , Malek segera membantutkan niatnya .

Zaril yang sedang mengerang kesakitan dibaringkan ke lantai dengan perlahan.

"Wey Zaril !!! kau ok tak ??!! Ya Allah..kau kena tikam nih .. bertahan wey.." Malek kelihatan amat panik sehinggakan dia mengalirkan air mata..pisau yang berada di sebelah Zaril diambil...

'pisau belati? macam pernah tengok ' gumam Malek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience