BAB 11

Romantic Comedy Series 1653

"Mama , mama nak tahu tak ? kakak dengan abang nih la yang tolong Ryan carikan mama..penat kami cari sampai lenguh kaki Ryan nih.." kata Ryan sambil menuding jari ke arah Iman dan Malek.

Dengan segera , Puan Zahra menoleh ke arah mereka berdua sambil tersenyum.

"Assalamualaikum , kak" Iman memberi salam lalu berjalan ke arah Puan Zahra.

Iman segera menyalam Puan Zahra . Apabila kulit mereka bersentuhan saja , Puan Zahra merasakan sentuhan yang hangat seperti dirinya begitu dekat dengan Iman . Apakah rasa ini ? Siapakah dia ? inilah soalan yang ditanya-tanya dalam hati oleh Puan Zahra namun rasa itu dibiarkan berlalu.

"Waalaikumussalam , dik terima kasih ya ? sebab jagakan Ryan nih..nasib jumpa kalau tidak , akak tak tahu la nak buat macam mana..dia lah satu-satunya anak yang akak ada ." ujar Puan Zahra.

"Tak adalah kak , itu pun saya lalu ja tadi..nampak Ryan nih menangis..tak sampai hati pulak nak biar macam tuh ja.." balas Iman dengan tenang.

Malek hanya membiarkan dua insan tersebut berbicara . Ryan yang disebelah ibunya juga mendiamkan diri.

"hm tak apalah kalau macam tuh..kamu nama apa ya ?"

"Iman , yang sebelah nih kawan saya , Malek."

"Oh kenalkan, nama akak Zahra , Nur Iman Zahra .Sabtu nih kalau free datanglah rumah kita dinner sama-sama..bolehlah akak balas jasa kamu berdua nih ya tak ?? " lantas Puan Zahra mempelawa mereka ke rumahnya.

"Eh tak apa kak..susah-susah ja.." cepat-cepat Iman menolak pelawaan Puan Zahra. Baginya setakat pertolongan kecil nih , apalah sangat.

"Tak ada susahnya..datanglah..boleh juga borak-borak..kenal-kenal dengan akak..lagipun rumah akak tuh sunyi , penghuni pun 5 orang ja termasuk dengan orang gaji.." kata Puan Zahra.

"Erm.." Iman mengeluh.

"Jangan ridau akak nih bukan orang jahat..tak apa kamu datang ja..ajak lah kawan-kawan yang lain..lagi ramai lagi meriah..Ryan pun ada juga teman untuk bermain , kan Ryan ?".

"Betul ! betul ! betul " ujar Ryan.

"Erm..Malek kau macam mana ? ada plan apa-apa tak hari sabtu nih ?" tanya Iman .

"Aku ok ja..kau ok , aku ok hehe" ujar Malek sambil menggaru kepalanya.

"Ha nah" Puan Zahra menyerahkan sekeping kad yang mempunyai alamat rumahnya.

"Jangan lupa tau , pukul 8.00 malam hari sabtu . Kau orang tak datang , akak merajuk . haha " katanya dalam nada gurauan.

Iman dan Malek sama-sama ketawa kerana terhibur dengan celoteh Puan Zahra terhadap mereka..nama saja ada anak tapi perangai macam diri dia pula yang jadi anak.

" Ada-ada jelah akak nih..oke..kami datang punya jangan risaulah akak." kata Malek.

"Oke cun . kalau macam tuh akak pergi dulu ya ? jom Ryan.." Puan Zahra meminta diri.

Lantas Iman menyalami Puan Zahra . Malek tidak menyalaminya kerana dia masih tahu batas diantara lelaki dan perempuan yang dicegah dalam islam , tambahan pula Puan Zahra nih wanita bertudung .. lain pula dengan Iman . Iman tidak mengenakan sebarang hijab pada kepalanya . rambutnya yang panjang paras pinggang itu sering dilepaskan begitu sahaja .. mungkin hidayah belum sampai lagi..ujar Malek dalam hati.

"Assalamualaikum" Puan Zahra memberi salam.

"Waalaikumussalam" serentak mereka berdua menjawab salam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience