BAB 1

Romance Completed 2897

"Awak ni Syed Edruce kan??" Tanya Ainul Aishah berkali-kali namun masih dipandang sepi oleh lelaki di hadapannya yang sedikit kehairanan.

"Eh awak siapa pula?’’ tanya lelaki itu kembali masih enggan menjawab pertanyaan Ainul itu.

Amboi, aku tanya dia, dia tanya aku balik pula, ni nak kena makan kaki ke ni?

"Ni Ainul lah. Dah lupa ke?!" ujar Ainul Aishah cuba menyakinkan lelaki itu bahawa mereka saling mengenali namun lelaki itu masih kebingungan.

"Aduh Ainul mana ya? Saya tak kenal la. Mungkin awak salah orang agaknya," Jawab Syed Edruce sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siapa minah ni? Tapi dia akui yang wajah gadis ini saling tak tumpah dengan wajah seseorang.

"Wei Syed, aku ni, Ainul Aishah! Jangan cakap kau tak kenal aku," ujar Ainul Aishah lagi. Bulat mata Syed Edruce jadinya membuatkan hati Ainul bergetar sedikit kerana ketampanan lelaki itu.

"Ainul Aishah?! Kau ke ni??!" Syed Edruce bagai tidak percaya.

"Ye, dah berapa kali aku jawab, aku ni Ainul kawab baik kau tahap ccomolot walau kita memang sumpah tak pernah comolot!! Tapi macam tulah rapatnya kiyta!" Jawab Ainul Aishah cuba meyakinkannya lagi.

"Allahu Ainul!!! Tak sangka jumpa juga kita akhirnya, rindu gila aku dengan kau," Syed Edruce terkejut melihat Ainul Aishah. Sahabatnya dahulu yang dia cari akhirnya bertemu di Stesen Terminal Besepadu Selatan.

"Apapun mari kita duduk kat kerusi tu, kebas bontot aku ni dari tadi berdiri,’’ ajak Ainul Aishah siap melangkah kaki menuju ke kerusi menunggu. Matanya mencuri lihat wajah Syed Edruce dalam diam. Namun tak semena-mena Syed Edruce berkata-kata…

"Apasal pula punggung kau yang sakit, patutnya kaki kau yang sakit. Kau ni memang macamn dari dulu, tak berubah langsung.’’ Kata Syed Edruce menjentik dahi Ainul Aishah perlahan sambil tersenyum malu.

"Amboi, banyak cantik muka kau ketuk kepala aku. Kalau ada apa-apa kat dahi yang licin ni kau tak mampu tau nak bayar kos perubatannya," marah Ainul Aishah. Geram pulak dengan tindakannya. LantasAinul Aishah melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Syed Edruce turut melakukan perkara yang sama.

"Alololo...kau ni. Nak touching lah pulak. Eh, kau pergi mana selama ni? kau tak rindu aku ke? Aku tahulah, aku ni siapa." Syed Edruce mula menarik muka masam. Macam cekodok sahaja tengoknya. Sesekali Syed Edruce ingin juga merasa dipujuk. Tapi, mahukah Ainul Aishah memujuk Syed Edruce?

"Ewah sedap ye, nak salahkan aku pula? Kau tu yang patut disalahkan. Ikut suka kau aje nak tuduh orang," ujar AInul sambil menjuihkan bibir mungilnya.

"Dah, kau kena caritakan aku banyak perkara ni, dari hujung kaki sampai hujung rambut. ujar Syed Edruce. Rindu sekali dia dengan gadis ini. Tinggal kat mana sekarang? Perak lagi ke? Sudah ada boyfriend ke? Ha, ayat terakhir itu janganlah gadis itu jawab ya. Tak sanggup! Memang dahulu Syed Edruce berkawan dengan seseorang. Namanya, Lola Awina. Tetapi hubungan mereka putus setelah dia mendapat tahu bahawa Lola Awina tidak menyukainya dan pada masa itu juga Syed Edruce baru ketahui bahawa hatinya terasa sunyi apabila Ainul Aishah tiada di sisinya. Dia belum tahu itu ialah cinta yang sebenar. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk tidak beritahu Ainul Aishah rahsia hati ini. Biar terbuku dalam hatinya sendiri. Biar dia menanggungnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience