BAB 2

Romance Completed 2897

"Sekejap...sekejap...sebelum itu, better aku tanya kau dulu sebelum aku jawab semua soalan kau." ujar Ainul Aishah menyampuk cakap Syed Edruce sambil matanya liar melihat pergerakan orang yang lalu-lalang di hadapanku. Ramai pula Ainul Aishah lihat orang hari ini. Selalunya tak macam ni. Ya la kan, hari ini hujung minggu. Mestilah ramai orang.

"Apa dia?"

"Macam mana kau tak boleh kenal aku?" Ha!!! itulah soalan pertama yang muncul dalam kepala otak Ainul Aishah sekarang ini.

Syed Edruce tidak menjawab soalan Ainul Aishah malah dia mendekatkan wajahnya kepada Ainul Aishah. Tidak tahu kenapa dengan dirinya. Mungkin terkejut melihat perubahan Ainul Aishah. Tambahan pula, hatinya sudah lama terpaut dengan Ainul Aishah. Cuma Ainul Aishah sahaja yang tidak tahu.

Terkejut bukan kepalang Ainul Aishah dengan tindakan Syed Edruce. Ish, mamat ni. Apahal pulak? Ainul Aishah pantas melarikan wajahnya daripada Syed Edruce terus-menerus merenung. Nak mati ke apa mamat ni? Tak pasal-pasal kena tangkap basah di stesen bas. Errr, tak mahu la aku! Monolog Ainul Aishah dalam hati.

"Kau ni apa hal? duk renung-renung aku dari tadi. Kau nak mati erk?" gertak Ainul Aishah dengan geram.

"Kau nak tahu kenapa aku tak kenal kau tadi?" soal Syed Edruce seakan berteka-teki. Tidak tahu perasaannya saat ini. Bagai tidak boleh digambarkan.

"Kau ni, aku tak suka la nak berteka-teki macam ni. Buat saspens kau tahu tak!" Ainul Aishah mula menarik muka empat belas. Malas betul la aku dengan mamat ni. Gumam Ainul Aishah dalam hati dengan geram.

"Hahaha...aku nak mengusik sikit pun tak boleh. Kau ni sensitif betullah!" tutur Syed Edruce dengan senyuman meleret. Suka sekali hatinya melihat Ainul Aishah merajuk.

Ainul Aishah yang melihat Syed Edruce mula rasa tidak kena. Rasa gugup mula mencengkam dalam diri. Tidak tahu kenapa. Syed Edruce mula mendiamkan diri. Ainul Aishah turut begitu. Kenapa masing-masing mendiamkan diri?

"Hm, tak pelah kalau kau tak nak jawab. Hmmm, aku pergi beli tiket dulu lah. Takut habis pulak nanti," Ainul Aishah mula mengangkat punggungnya untuk berdiri, lantas mencapai beg dan menggalasnya di belakang.

Terasa bagai orang asing pulak. Ainul Aishah yang ingin melangkah tiba-tiba terhenti seketika. Dia mengerutkan dahi sambil matanya tepat memandang anak mata Syed Edruce. Ya, Allah... perasaan apa ni?

"Kenapa?"

"Hmmm, aku pun nak beli tiket jugak ni," beritahu Syed Edruce sambil mencapai begnya lalu disandang bahu kiri. Dia turut merasa kekok dengan situasi sekarang. Tegang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience