BAB 10

Romance Completed 2897

"Ainul...aku rindukan kau. Kenapa kau buat aku macam ni? Kau buat aku jadi gila. Tadi kita jumpa, kau tak senyum pun kat aku. Aku nak beritahu kau sesuatu rahsia. Rahsia ini aku namakan rahsia hati. Aku sebenarnya... mencintai kau dalam diam. Tapi aku belum mampu. Aku takut kau tak terima." ujar Syed Edruce seorang diri dalam biliknya. Saat ini, dia merasa resah. Tanpa sedar, kata-katanya didengar Asmat.

Oh, Ainul rupanya gadis yang kau cerita tu, Is. Kenapa kau tak luahkan saja perasaan ni? Mesti kau cemburu dengan layanan aku pada Ainul tengah hari tadi. Aku minta maaf Is. Aku tak tahu cerita yang sebenar. Aku sebenarnya... sudah terpaut dengan Ainul. Tapi, kau jangan risau. Aku akan tolong kau. Monolog Omar dalam hati panjang lebar. Dia akan berusaha menyatukan Syed Edruce dan Ainul Aishah. Omar segera menutup daun pintu bilik Syed Edruce.

Syed Edruce dalam bilik, masih berfikir tentang Ainul Aishah. Hanya nama itu akan terpahat dalam hatinya. Jika Ainul Aishah sukakan Asmat. Dia terpaksa merelakan. Kerana satu sahaja yang dia inginkan, iaitu kebahagiaan Ainul Aishah.

"Hmm, Ainul. Saya ada hal sikit. Saya terpaksa tinggalkan awak dengan Syed Edruce. Lagipun, korang kenal kan? awak tak kisahkan Ainul?" soal Asmat. Kali ini, dia berharap plannya menjadi.

Ainul Aishah yang enak minum jus epal terkejut mendengar kata-kata Asmat. Matanya menilik wajah Omar yang inginkan jawapan. Matanya beralih pula ke arah Syed Edruce yang selamba menyedut milo ais.

Sayang pula kalau tidak habiskan makanan ni. Monolog Ainul Aishah.

"Hm, baiklah." Ainul Aishah memberi kata putus. Lagipun, apa la sangat kalau dia bersama Syed Edruce. Kawan baiknya dan buah hatin yang dia cintai dalam diam.

"Saya minta maaf. Kita jumpa nanti ya." ujar Omar sopan sambil tersenyum senang. Alhamdulillah, plan menjadi. Dia segera meninggalkan mereka berdua yang diam membisu itu.

"Kau ni kenapa diam? Dah tak sabar nak balik? Atau kau nak ikut Asmat?" tuduh Syed Edruce tidak semena-mena. Syed Edruce seperti gagal mengawal perasaan. Mana tidaknya, tadi semasa Omar ada, Ainul Aishah banyak cakapnya. Tetapi sekarang, mereka kunci mulut rapat. Hanya kedengaran angin sepoi-sepoi bahasa.

Ainul Aishah yang mendengarnya, laju sahaja melihat wajah Syed Edruce. Cemburu ke? Maaflah, Syed Edruce. Aku nak sangat bercakap dengan kau tapi mulut aku ni kunci rapat. Monolog Ainul Aishah dalam hati.

Syed Edruce menahan kegeraman dalam hati apabila Ainul Aishah masih belum berkata apa. Dia tidak boleh melepaskan Ainul Aishah kepada lelaki lain. Tak boleh! Dia harus mengambil sekeping hati Ainul Aishah. Dia harus berusaha! Kalau tidak, putih mata la jawabnya.

"Ainul... kau jangan buat tak kenal aku."

Ainul Aishah sengaja mendiamkan diri. Ingin lihat kekalutan Syed Edruce. Arghh!!! rindunya pada Syed Edruce. Tapi Syed Edruce rindukan dia juga ke?

"Ainul... tolong jangan buat saya macam ni." rayu Syed Edruce. Syed Edruce kalut dengan sikap Ainul Aishah yang mendiamkan diri. Kekalutannya begitu terserlah. Mana tidaknya, Syed Edruce sudah menggunakan ganti nama, saya.

Ainul Aishah tidak menjawab juga. Dia tetap mendiamkan diri walaupun saat ini dia benar-benar ingin ketawa sepuas-puasnya. Matanya sibuk melihat orang sekeliling yang enak makan. Hahah!!! tidak tahu nak melihat apa saat ini. Nampaknya, Ainul Aishah turut kalut.

"Ainul... apa salah saya? kenapa awak buat saya macam ni? Awak tahukan yang saya nak Ainul Aishah yang dulu. Awak, cakaplah. Jangan macam ni. Awak buat saya risau." Syed Edruce benar-benar sesak kepala. Ainul Aishah masih belum bercakap.

Ainul Aishah yang tidak tahan meilhat kekalutan Syed Edruce, akhirnya, meledak juga ketawanya.

Wajah Syed Edruce yang risau itu berubah seperti tertelan bom. Merah! Syed Edruce terasa dirinya dipermainkan Ainul Aishah saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience