BAB 9

Romance Completed 2897

Terangkat bahu Ainul Aishah dengan jerkahan Mak Oda Di. Eii, macam ibu sebijik! sikit-sikit nak menjerit. Kutuk Ainul Aishah dalam hati.

"Ajwad, hang duk buat apa kat luaq tu? Tak reti nak masuk rumah ka ha? Malam-malam macam ni pun masih nak main. Tak reti sabaq nak tunggu besok?" jerit Mak Oda Di memanggil anak bongsunya. Hai, ini sorang lagi. Kalau tak dipanggilnya sampai esok dia sanggup main.

Pak Su Izham dan Ainul Aishah dari jauh hanya menggeleng kepala melihat isterinya yang semakin garang itu. Tetapi di sebalik kegarangan itu terselit jua sifat penyayang. Ainul Aishah segera masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk untuk menunaikan fardhu isya' sebelum tidur.

"Awak lagi!" ujar Ainul Aishah dan Omar serentak. Saat itu, orang sekeliling memandang pelik ke arah mereka. Manakan tidak, terjerit di tengah orang ramai.

"Awak buat apa kat sini?" soal Omar tersenyum. Tak sangka dapat berjumpa dengan Ainul Aishah di sini. Memang kecil dunia ni. Allahuakhbar...

"Saya nak beli coklat kat kedai HIG tu. Lapar coklat pulak rasanya." beritahu Ainul Aishah ramah sambil matanya memandang Omar yang segak mengenakan t-shirt berkolar itu.

"Oh, saya pun nak pergi HIG jugak. Kawan saya tunggu kat sana. Nak beli coklat. Maklumlah, dekat HIG tu banyak coklatnya. Boleh tapau bawa balik." ujar Omar ramah. Hai, kenapa aku ramah semacam pulak ni? soal Omar sendiri dalam hati.

"Oh, jomlah kita pergi sekali." pelawa Ainul Aishah tersenyum sambil melangkah bersama setelah Omar setuju untuk pergi berjalan bersamanya.

"Hai, bro... lama tunggu?" soal Omar kepada sahabatnya yang benar-benar membuatkan Ainul Aishah terkejut.

"Hai, lama jugak..." kata-kata Syed Edruce terhenti tatkala matanya melihat seseorang yang benar-benar mencuri hatinya selama ini. Sekian lama dia mencari Ainul Aishah, akhirnya jumpa juga mereka di Langkawi. Sesuatu di luar jangkaan!

Omar pelik melihat kelakuan Syed Edruce dan Ainul Aishah. Mereka seperti kenal antara satu sama lain dan mata mereka bagai menyembunyikan sesuatu. Sesuatu yang amat berat. Mereka seperti ingin meluahkan sesuatu. Tetapi, apa?

"Ehem." Omar berdehem.

Ainul yang mendengar Omar berdehem lantas tersedar. Syed Edruce turut tersedar. Ainul rasa gugup. Tidak tahu berkata apa. Kelakuan mereka tidak seperti dahulu yang sentiasa ceria. Sentiasa bercakap itu ini. Berkongsi cerita dan sebagainya. Tetapi sekarang ini, mereka bercakap melalui pergerakan mata. Hanya mereka berdua yang memahami.

"Kau kenal Ainul ke Is?" soal Asmat.

Syed Edruce tidak menjawab tetapi memandang wajah Ainul Aishah. Kemudian, dia melihat Omar sambil menggangguk kepala. "Dia kawan baik aku. Lama dah kami tak jumpa. Sebab tu aku rasa kekok aje." seloroh Syed Edruce tersenyum. Kau apa khabar Ainul? Kau pergi mana selama ini? Soalan itu tidak mampu terkeluar. Hanya terkumpul dalam mulutnya. Dia benar-benar rindukan Ainul...

"Oh, dah kenal rupanya. Eh, mari kita cari kedai makan. Boleh la kita bual-bual. Boleh kan, awak?" pelawa Omar seraya bertanyakan Ainul Aishah. Inginkan kepastian.

Syed Edruce saat itu dicalit rasa cemburu dengan layanan Omar terhadap buah hatinya. Sopan semacam sahaja Omar melayan Ainul Aishah.

Ainul Aishah yang masih tegang dengan keadaan ini lantas setuju sahaja dengan Asmat. Ya, Allah... adakah ini dinamakan cinta dariMu Ya Allah...

Syed Edruce sengaja menyuruh Omar dan Ainul Aishah berjalan dahulu. Sengaja meninggalkan mereka berdua bersama. Menanah hatinya apabila mereka gelak ketawa bersama. Tetapi kenapa Ainul Aishah besamanya tidak seceria ini? Arghh!!! sabar wahai hati...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience