"Ainul... bangun Ainul. Kita dah sampai ni," Syed Edruce mengoncang bahu Ainul Aishah perlahan yang tidur enak di bahunya. Tidak sampai hati ingin mengganggu lena Ainul Aishah. Tapi, tidak sanggup dia membiarkan Ainul Aishah seorang diri. Tak pasal-pasal jadi benda yang bukan-bukan. Manusia sekarang bukan manusia macam dahulu. Sekarang ini, manusia lebih kejam! lebih kejam daripada binatang.
Ainul Aishah yang masih dalam keadaan separuh sedar lantas membuka sedikit mata. Terpisat-pisat dibuatnya. Ainul Aishah yang melihat wajah Syed Edruce, terus menyambung tidurnya kembali.
"Hm, tak boleh jadi ni." ujar Syed Edruce seorang diri sambil kepalanya sibuk memikir bagaimana ingin mengejutkan Ainul Aishah yang tidur mati ini. Tiba-tiba...
"Ainul Aishah!!! bangunlah...sakit kau tahu tak bahu aku ni." jerit Syed Edruce di tepi telinga Ainul Aishah. Memang tidak ada cara lain. Hanya ini sahaja cara yang boleh pakai sekarang ini.
Seperti terkena kejutan elektrik Ainul Aishah bangun. Matanya memandang sekeliling. Kosong! cuma ada aku, Syed Edruce dan driver bas yang memerhati aku. Monolog Ainul Aishah dalam hati.
"Kat mana sekarang?" soal Ainul Aishah sambil menggosok matanya. Terlalu mengantuk gamaknya.
"Kau rasa?" soal Syed Edruce kembali. Sengaja ingin mengusik Ainul Aishah. Ingin sekali Syed Edruce mengambil nombor telefon Ainul Aishah. Tak apa. Sabar wahai hati. Syed Edruce cuba mengawal dirinya.
Ainul Aishah memerhati sekeliling. Eh, macam kenal ja tempat ni. Ni bukan kat Taiping ke? Gumam Ainul Aishah dalam hati dan tiba-tiba...
"Yeah!!! dah sampai," ujar Ainul Aishah lantas mengambil beg dan menggalas secepat mungkin. Tidak sabar ingin berjumpa dengan ibu dan abah di rumah.
Syed Edruce yang berada di sisi Ainul Aishah hanya memerhati. Tidak terkata apa dengan kekalutan Ainul Aishah. Tak ingat ke dia kat aku? Seronok saja nak balik rumah? Ainul...jangan kau buat aku macam ni. Monolog Syed Edruce resah.
Ainul Aishah yang ingin meninggalkan Syed Edruce, tiga ratus enam puluh darjah dia pusing balik
mengadap Syed Edruce.
Syed Edruce saat itu gembira tak terkata. Ingin sekali dia melompat keriangan.
"Thanks, ya beb...Aku gerak dulu. Assalamualaikum." ujar Ainul Aishah dengan gembira dan segera meninggalkan Syed Edruce. Saat ini, mata Ainul Aishah hanya mencari kakaknya, Amirah Safalina. Tak sabar rasanya ingin berjumpa ibu dan abah. Dia tidak tahu, Syed Edruce tercengang dengan tingkahnya.
Dari jauh, Syed Edruce memandang Ainul Aishah. Ingin sekali dia memanggil Ainul Aishah, tetapi jarak mereka sekarang agak jauh. Syed Edruce menghela nafasnya apabila melihat Ainul Aishah mula masuk ke dalam perut kereta. Tak apa, Ainul... aku akan cari kau di rumah. Tunggu aku! monolog Syed Edruce bagai ingin mendapatkan semula semangat yang diambil Ainul Aishah.
Share this novel