BAB 7

Romance Completed 2897

Kaki Ainul Aishah menguis-nguis lembut batu-batu kecil di pasir Pantai Cenang ini. Sesekali telinganya kedengaran pukulan ombak yang lembut. Kepalanya mendongak ke langit. Melihat langit pekat tanpa bintang sedikit pun. Mungkin ingin hujan. Desis Ainul Aishah dalam hati. Dia jalan berpeluk tubuh. Agak sejuk malam ini sehingga terasa ke tulang sum-sum.

Sudah sekian lama Ainul Aishah tidak berjumpa Syed Edruce sejak peristiwa di Stesen Bas Taiping. Terasa bodoh sekali dia membiarnya begitu sahaja. Sepatutnya dia perlu mengambil nombor telefon bimbit Syed Edruce. Tapi sekarang, tidak tahu dia di mana. Ingin sekali Ainul Aishah berjumpa dengan Syed Edruce. Dia lantas menghenyakkan punggung di atas pasir. Sesekali melepaskan keluhan berat.

"Kenapalah, aku bodoh sangat tinggal dia macam tu saja?" soal Ainul Aishah sendiri sambil tangannya mengambil ketulan batu kecil lalu dilemparkan ke dalam laut. Pup! pup! pup! bunyi ketulan batu.

"Bodoh betul la kau ni Ainul..." ujar Ainul Aishah terus-menerus menyalahkan dirinya. Matanya meliar memandang air laut yang kehitaman. Ya Allah, ya Tuhanku... bantulah hambamu ini. Doa Ainul Aishah dalam hati. Ainul Aishah mengambil keputusan untuk kembali berdiri dan pulang ke rumah Mak Su. Tak tertahan rindunya buat Syed Edruce. Tetapi, sampai bila dia harus begini? Sampai bila rahsia hati ini dapat Ainul Aishah menanggungnya?

Ainul Aishah sekarang berada di Langkawi, ambil keputusan untuk bercuti beberapa hari di sini untuk menghilangkan tekanan sementara cuti masih belum tamat. Selalunya, sebelum sebulan cuti tamat, Ainul Aishah akan pulang ke universiti untuk membuat persediaan awal sebelum masuk semester baru. Sifatnya lain daripada orang lain. Buat sesuatu kerja pasti hendak semuanya segera! Tidak mahu menangguh sesuatu yang boleh dilakukan. Pelikkan? Sampai sebulan? Hahaha, ikut suka dia lah! Hahaha...

"Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku selalu ingat muka dia? sedangkan aku dengan dia cuma berkawan. Tak mungkin aku suka dia. Impossible!!!!" jerit Ainul Aishah sepuas-puas hatinya di pantai. Tidak semena-mena membiarkan hati aku jatuh cinta terhadap Syed Edruce. Mengingatinya membuatkan aku gila. Tetapi untuk aku melupakannya, membuatkan aku lagi bertambah nak gila. Ya Allah... monolog Ainul Aishah resah.

"Cik... are you okey?" ujar Omar yang datang menegur Ainul Aishah. Mana tidaknya, pelik melihat seorang gadis yang menjerit di pantai seorang diri. Takut pula gadis itu membuat aksi terjun ke dalam laut malam-malam sebegini. Tak pasal-pasal esok dengar berita seorang gadis bunuh diri. Arghhh!!! tak mahu dia perkara itu terjadi.

"Kau siapa? jangan ganggu aku. Aku tak ada apa-apa nak bagi kat kau. Kau jangan ganggu aku. Tolong!!! perogol!!! tolong!!!" jerit Ainul Aishah menonong. Saat ini, Ainul Aishah benar-benar ketakutan. Mana tidaknya, malam semakin pekat. Itulah bahananya bagi orang yang degil macam Ainul Aishah yang barani-berani kucing datang ke pantai seorang diri. Matanya meliar melihat keadaan sekitar. Lelaki yang menegurnya itu masih berada dekat di sisi. Tiba-tiba matanya menangkap sebatang kayu.Ainul Aishah lantas mencapai dan memukulnya dengan sekuat hati tanpa belas kasihan sedikit pun.

"Aduh, sakit!!! tolong jangan pukul saya...sakitlah, awak! Arghhh!!!" Omar meraung minta dilepaskan. Sakitnya tidak terkata. Inikah balasannya apabila ingin menolong?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience