BAB 11

Romance Completed 2897

"Lawak la, kau ni!" ujar Ainul Aishah setelah dia ketawa puas.

"Awak permainkan saya kan?" soal Syed Edruce menahan marah. Tetapi, dia senang! Adakah ini masanya.

"Mana ada. Sudah lah. Saya balik dulu." ujar Ainul Aishah seraya berdiri untuk meninggalkan Syed Edruce.

Syed Edruce yang kalut melihat Ainul Aishah yang jauh meninggalnya segera ke kaunter dan membayar makanan mereka.

"Ainul, tunggu saya!" jerit Syed Edruce sambil berlari-lari anak mendapatkan Ainul Aishah.

Langkah Ainul Aishah terhenti tatkala bahunya disentuh lembut. Syed Edruce berasa di hadapannya kini.

"Ainul..." panggil Syed Edruce lembut.

Saat ini, hati Ainul Aishah cair dengan panggilan Syed Edruce. Alahai, lembut saja rasa. Matanya memandang wajah Syed Edruce yang berdiri tidak jauh darinya.

"Saya dah tak tahan dengan semua ni. Saya dah cuba cari rumah lama awak. Tapi, jiran kata awak pindah. Masa tu, saya rasa give up. Putus asa sangat-sangat! Ainul... saya rasa ini la masa yang paling sesuai. Saya rasa..." tergagap pula Syed Edruce dibuatnya.

Ainul Aishah yang tidak rasa sedap hati lantas menyampuk kata-kata Syed Edruce. Dia terpaksa meluahkan perasaannya, Dia tidak mahu simpannya lagi. Menyimpannya terasa menyesakkan. Apa pun keputusannya, dia akan menerima dengan redha. Dia tidak mahu mendengar Syed Edruce berkata sebelum dia meluahkan segalanya yang tersirat!

"Is..." panggil Ainul Aishah lembut. Tidak pernah dia bercakap dengan Syed Edruce sebelum ini. Inikah yang dinamakan cinta sejati?

"Ya?" Syed Edruce risau dengan wajah Ainul Aishah yang serius itu. Jantungnya saat ini berdegup kencang.

"Is, Ainul minta maaf... Ainul tak tahu nak kata apa. Ainul dah lama simpan perkara ni. Cuma, Ainul tak tahu yang selama ni Ainul..." belum sempat Ainul Aishah meluahkan perasaannya Syed Edruce menyampuk.

"Ainul... tolong la dengar apa yang Is nak cakap dulu. Is pun ada perkara nak beritahu Ainul..." Ainul Aishah pula menyampuk kata-kata Syed Edruce.

Siapa dahulu yang ingin bercakap sekarang ni. Tiba-tiba...

"Sebenarnya Ainul mencintai Syed Edruce!!!" jerit Ainul Aishah dengan geram. Akhirnya! ayat keramat yang dia simpan berkurun lamanya terluah jua. Kolam matanya berair. Ainul Aishah takut Syed Edruce tidak dapat menerimanya. Ya Allah...

Syed Edruce yang mendengarnya terpaku, terpana! Ainul Aishah mencintai Syed Edruce? Ya Allah...

"Ainul... Saya pun mencintai awak." ujar Syed Edruce sambil memandang mata Ainul Aishah yang berair itu jatuh menitis dengan laju. Rahsia hatinya kini sudah diluah pada Ainul Aishah. Selama ini, baru dia tahu bahawa Ainul Aishah turut menyimpan perasaan yang sama. Ya Allah...terima kasih...

"Terima kasih, Ainul! tapi awak tak ada lelaki lain selain saya kan?" Syed Edruce merasa gugup kembali. Dia risau jikalau Ainul Aishah terpaut pada sahabatnya, Asmat.

Ainul Aishah mengeleng kepalanya lantas tertunduk lalu airmatanya dikesat. Dia mendongakkan wajahnya dan seraya itu pandangan mereka saling tertancap.

"Awak pula? Tak ada calon lain ke? Skandal ke?" tanya Ainul Aishah pula. Terasa kekok menggunakan perkataan saya-awak, tetapi dia harus biasa menggunakan perkataan itu. Bahagia rasanya!

"Tak ada." ujar Syed Edruce merenung wajah Ainul Aishah sambil tersenyum. Selepas ini, dia akan segera open table untuk berdiskusi dengan keluarganya soal memetik Bunga idaman.

Siapa menduga bahawa di sini, di Pulau Sibu telah menjadi tapak pertemuan antara sepasang kekasih yang saling menyimpan hati selepas sekian lama ia terbuku di hati dan kini segalanya sudah terurai. Omar hanya mampu memandang pasangan kekasih itu, di dalam hatinya menitip harapan agar Syed Edruce dan Ainul Aishah saling mencinta hingga hujung nyawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience