"Kau tak payah la susah-susah nak puji aku. Tak luak pun," Ainul Aishah cuba mengawal debaran hati. Kenapa dengan dadaku ni. Makin kencang aku rasa. Monolognya lagi
"Aku ikhlas la. Buat apa aku nak tipu," ujar Syed Edruce dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Dia benar-benar ikhlas dengan kata-katanya sebentar tadi.
Mamat ni kalau nak senyum pun, jangan la meleret sangat. Buat aku gerun aje tengoknya. Monolog Ainul dalam hati menahan getaran yang tak terkata. Beginikah rasanya jika mencintai seseorang? Ainul Aishah hanya tersenyum tanpa kata. Ikhlas ke?
Ainul Aishah menyeluk tangannya ke dalam beg galas. Mencari cermin yang sudah menjadi temannya di mana-mana sahaja dia pergi. Dia mengeluarkan cermin yang berbentuk love dan melihat wajahnya di cermin. Hmm, cantik jugak aku ni. Puji Ainul Aishah seorang diri. Mula la minah ni nak perasan! pantang puji sikit, kembangnya mengalahkan bunga segar di pagi hari. Ainul Aishah mula membuat posing di hadapan cermin. Pipinya sengaja dikembungkan. Comel la pulak aku hari ni. Mengekek aje Ainul Aishah ketawa.
Kemudian, matanya sengaja dikenyitkan. Haha, lagi la bertambah comel! Ya Allah, tak malunya minah ni. Syed Edruce yang ada di sisi, tidak Ainul Aishah sedar. Mana tidaknya, sibuk posingsehingga terlupa yang dia berada di dalam bas. Sehinggakan bas ini mula berjalan pun, Ainul Aishah belum masih sedar.
Syed Edruce yang aneh dengan sikap Ainul Aishah segera menegur."Ehem..." Syed Edruce berdehem.
Terkejut bukan kepalang Ainul Aishah dibuatnya. Ya la kan, tengah seronok posingsampai terlupa orang di tepi. Hahaha!
"Sudah-sudah la kau nak posing, Ainul. Aku rasa kau ni macam tak betul aje." Syed Edruce menegur sopan. Dia cuba menahan ketawa dalam hati. Tidak sanggup menyakiti hati orang tersayang. Oh! indahnya cinta. Sehinggakan buruk jadinya cantik. Bau kentut pun boleh wangi. Hahaha!!!
Kata-kata Syed Edruce membuat muka Ainul Aishah merona merah. Matanya memandang keadaan sekeliling. Ya la, orang semua memandang aku. Ada yang tersenyum lebar dan ada juga yang ketawa mengekek. Ish, lawak sangat ke? monolog Ainul Aishah dalam hati sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Malu kut!
Ainul Aishah mendongak sikit kepalanya melihat Syed Edruce yang menahan ketawa. Nak ketawa, ketawa ajelah! tak payah la nak jaga hati aku sangat! Hamun Ainul Aishah dalam hati dengan perasaan geram menggunung saat ini. Seperti Gunung Everest yang ingin mengeluarkan larvanya.
Syed Edruce yang sedar Ainul Aishah memandangnya, mula berhenti ketawa. Ainul nampak ke? Mesti Ainul marahkan aku. Ala, ni yang tak suka ni. Rungut Syed Edruce dalam hati.
Eceh! nak cover konon. Monolog Ainul Aishah pantas memberi jelingan maut kepada Syed Edruce. Nah! ambik kau! Tidur lagi bagus. Segera matanya dipejam.
Melihat Ainul Aishah yang memejam mata, hatinya dibalun rasa bersalah. Ingin sekali dia meminta maaf. Arghhh!!! menyesalnya. Rungut Syed Edruce dalam hati sambil matanya tak lepas pandang wajah Ainul Aishah. Cantik! Adakah Syed Edruce akan dapat sekeping hati Ainul Aishah?
Share this novel