Bab 8

Horror & Thriller Completed 2916

                                 Aini tak tahu bila dia terlelap. Malam pertama di rumah sewa baru yang begitu menyeramkan. Dia perlu mencari seorang rakan untuk menemaninya di rumah ini, kalau dia nak terus tinggal di sini. Itu yang Aini fikir selepas bangun pagi ini.

                      "Ain! Nak pergi kerja ke tu?" Mak cik Kiah menegur Aini bila melihat Aini pagi ini. Kelmarin tak nampak pula kelibat mak cik Kiah. Semalam pun rumah mak cik Kiah sunyi sepi saja.

                          "Ya mak cik. Semalam mak cik tak ada di rumah ke?" Aini membalas pertanyaan mak cik Kiah dengan pertanyaan juga.

                          "Semalam? Eh..ada saja mak cik di rumah. Cuma pagi kelmarin, mak cik pergi rumah anak mak cik. Lepas Isyak baru mak cik balik." Mak cik Kiah berkata sambil tersenyum ramah. Aini sudah menjatuhkan kepalanya berkali-kali.

                      "Err..sewa rumah macam mana mak cik? Nak kena bayar sekarang ke?" Aini bertanya ragu-ragu. Macam tak seronok pula, tinggal dalam rumah orang tapi belum bayar apa-apa lagi.

                        "Cukup bulanlah Ain bayar. Daripada rumah tu kosong saja. Mak cik ni tak kisah sangat pasal duit sewa tu. Kalau ada orang nak tinggal di rumah ni, sekurang-kurangnya mak cik ada juga jiran." Aini tersenyum lagi mendengar kata-kata mak cik Kiah. Niat untuk bertanya mengenai gangguan-gangguan yang dialaminya dilupakan begitu saja. Bukan senang, nak jumpa rumah sewa tanpa deposit. Lagi pun, rumah ini dekat dengan tempat kerjanya.

                         "Oo..terima kasihlah mak cik. Saya pergi kerja dululah mak cik, kalau macam tu." Aini meminta diri dan mula melangkah naik ke atas motornya.

                        "Ain dah sarapan? Kalau belum, marilah sarapan dulu." Mak cik Kiah bersuara lagi. Aini mengeleng perlahan.

                        "Tak apalah mak cik. Saya sarapan kat tempat kerja nanti." Aini menolak dengan lembut.

                             "Hati-hati pergi kerja. Jangan sampai jumpa dengan pembonceng motor tanpa muka tu lagi!" Mendengar saja suara seorang lelaki, Aini berpaling pantas.

                              "Ehhh..awak buat apa di sini?" Aini bertanya kalut. Lelaki di belakangnya hanya mengangkat bahu dan melangkah ke arah belakang rumah sewa Aini.

                               "Awak!" Aini melaung kuat. Lelaki yang memakai T shirt putih dan seluar hitam itu hanya berkalih sepintas lalu sebelum meneruskan langkahnya semula.

                        "Mak cik Kiah! Siapa lelaki tu?" Aini mengajukan pula soalan untuk mak cik Kiah yang seolah tercengang dengan gelagat Aini tadi.

                           "Siapa Ain?" Soalan Aini berbalas soalan semula.

                           "Yang tegur saya tadi. Mak cik tak nampak ke?" Aini bertanya lagi. Mak cik Kiah ada di depan rumahnya. Sedangkan lelaki tadi ada di tepi rumah sewa Aini. Entah dari mana dia muncul?

                            "Siapa tu Ain?" Mak cik Kiah terus menyoal. Kali ini Aini pula yang tercengang. Takkanlah di awal pagi ini dia berkhayal lagi? Aini terus memerhatika langkah lelaki itu yang semakin menjauh. Kakinya pijak tanah ke tak? Ehh...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience