Bab 5

Horror & Thriller Completed 2916

****

                     Malam menjelang tiba. Aini yang keletihan kerana mengemas di siang hari tadi sudah merancang untuk tidur awal malam ini.

                       Walaupun ada perasaan cuak untuk terus menetap di rumah ini, Aini ingin berfikiran matang dan menganggap gangguan yang dialami siang tadi hanya khayalannya semata-mata. Waktu Maghrib tadi pun, ketika membersihkan diri dan mengambil Wudhuk, hati Aini sudah berdebar-debar bila tubuhnya terasa panas. Seakan ada sesuatu yang ada disampingnya dan memerhatikan setiap gerak lakunya.

                       Katil bujang yang ada di biliknya, sudah ditukar cadarnya. Langsir biliknya juga sudah ditukar. Sebelum Aini merebahkan tubuh di atas tilam, Aini memasang surah Al-Baqarah yang telah dimuat turun ke dalam telefon bimbitnya. Kata ustaz, surah Al-Baqarah adalah salah satu surah yang dibaca bila ada gangguan makhluk-makhluk halus.

                         Selain dari itu ayat-ayat Rukyah juga, mungkin dapat membantu. Dalam fikiran Aini menerawang, Aini terlelap juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience