Daddy dah dua tahun kahwin dengan Mama Mel. Rumah tangga mereka bahagia sahaja. Daddy pun nampak ceria sekali. Betul suasana dan jiwa rumah menjadi agak baik. Manis turut tumpang gembira atas perkara itu. Tiada apa yang di harapkan selain itu.
Layanan yang diterima Manis daripada ibu tiri serta kakak tiri Manis adalah sangat baik. Mereka sayangkan Manis. Manis pun sayangkan mereka. Hubungan mereka sangat baik. Keluarganya rasa lengkap kembali. Tapi mummy tetap kekal segar dalam ingatannya. Kasih mummy tiada ganti.
Namun, sejak ibu tiri dan kakak tiri Manis ada. Daddy jadi semakin sibuk dengan kerjanya. Tidak dinafikan kerana perniagaan daddy makin maju. Tetapi hal ini juga disebabkan Mama Mel sentiasa memerlukan perbelanjaan yang besar.
Mama Mel telah meminta daddy untuk menghadiahkannya sebuah cafe. Hal ini kerana Mama Mel mahu memulakan perniagaan. Dia nak jadi berjaya macam daddy. Daddy ikutkan sahaja permintaan Mama Mel kerana daddy menganggap itu suatu idea yang bernas.
Mama Mel dan anak perempuan kembarnya juga sering membeli belah. Mereka gemar berbelanja dengan mewah pada setiap bulan. Ada saja yang mereka hendak beli. Daddy pula tidak kisah asalkan mereka gembira.
Manis pula seperti biasa sahaja. Dia mula sibuk menyertai program sukarelawan. Dia sentiasa ada masa untuk sertai program sebegitu. Dia hanya sambung belajar disebuah kolej tempatan. Baru sahaja masuk dan mendaftarkan diri.
Tetapi suatu hari daddy jatuh pengsan. Manis terus ke hospital untuk melawat daddy bersama Mama Mel dan kakak tirinya. Dia sangat risau. Dia tidak mahu perkara buruk berlaku pada daddy.
Mama Mel dan kakak tiri Manis hanya menangis. Mereka menunggu diluar bilik rawatan bersama Manis. Farah turut berada disitu.
"Kak Farah, daddy macam mana?" soal Manis kepada Farah pembantu daddy.
"Akak pun tak pasti. Doktor tengah check dia." kata Farah.
"Apa yang jadi kak Farah?" soal Manis. Dia gelisah. Dia ingin tahu apa yang terjadi memandang daddy sedang bekerja.
"Akak pun tak tahu. Cuma masa tu akak masuk pejabat daddy Manis tengok dia dah pengsan atas lantai. Terus kakak bawa gi hospital." kata Farah.
"Daddy sakit ke?" kata Manis. Dia risau.
"Entah cuma lately ni Encik Syahid busy sangat. Kadang-kadang akak nampak yang dia macam stress." kata Farah.
Manis mengangguk.
"Manis.. Sebenarnya bisnes Encik Syahid lately ni ada problem. Ada pekerja yang gelapkan duit syarikat. Ada penipu yang cuba nak gagalkan syarikat. Sebab tu dia stress." kata Farah.
"Siapa?" soal Manis. Dia musykil kerana selama ni tiada pula masalah itu.
"Akak pun tak tahu." kata Farah.
Setelah itu, doktor pun keluar daripada bilik rawatan.
"Doktor.. Macam mana?" soal Manis.
"Encik Syahid okay. Cumanya Encik Syahid mengalami masalah tekanan darah rendah. Buat sementara ini dia perlu dirawat." kata doktor.
Manis mengangguk. Dia pun masuk ke bilik yang menempatkan daddy.
"Daddy.. Daddy okay?" soal Manis. Manis memegang tangan daddy.
"Daddy okay. Manis jangan risau." balas daddy.
"Abang tak apa-apa?" soal Mama Mel.
"Tak." kata daddy.
"Daddy Syahid cepatlah sembuh." kata Frieda. Frieza mengangguk.
Daddy hanya tersenyum.
Ring.. Ringg.. Ringg.. Telefon daddy berbunyi. Daddy mahu mengangkat panggilan tersebut. Rakan kerjanya yang telefon.
"Daddy tak payahlah angkat call tu. Daddy kan kat hospital ini. Tak payah risau pasal kerja. Daddy rehat." kata Manis.
"Betul tu abang." kata Mama Mel.
"Takpe.. Mungkin ada perkara penting." kata daddy. Dia pun mengangkat panggilan tersebut.
"Hello." kata daddy.
"Ye saya." balas daddy.
"Apa? Ya Allah." daddy pegang dadanya. Dadanya terasa amat sakit.
"Daddy?" Manis terkejut.
"Manis.. Manis panggilan doktor." kata Mama Mel. Dia panik.
"Doktor.. Tolong.." panggil Manis. Dia tidak keruan. Airmatanya mengalir.
Daddy sedang dirawat oleh doktor. Mereka tunggu diluar. Jururawat kelihatan keluar masuk. Manis rasa takut sangat. Setelah beberapa minit doktor pun keluar.
"Kami dah cuba sebaik mungkin tapi.." doktor menggelengkan kepala.
"Ya Allah, daddy." lutut Manis terasa lemah. Dia sangat terkejut sehingga tidak dapat berkata-kata. Jantungnya bagai nak pecah. Dia terduduk dilantai. Airmatanya mengalir laju.
"Manis.." kak Farah peluk Manis. Dia pun terkejut.
Manis bangun dan masuk ke bilik daddy. Dia menatap wajah daddy buat kali terakhir.
"Daddy.." luah Manis. Dia mengucup tangan daddy.
Setelah itu jenazah daddy dibawa pulang ke rumah untuk dimandikan dan dikafankan. Orang ramai dan keluarga memenuhi ruang rumah Manis. Daddy disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan Islam.
"Takziah Manis." kata Auntie Syaza, sepupu kepada daddy. Manis hanya mengangguk. Matanya bengkak akibat menangis.
Manis serta ahli keluarga yang lain bergerak ke tanah perkuburan. Jenazah daddy ditanam bersebelahan kubur mummy.
"Daddy.. Mummy.." kata Manis. Airmatanya mengalir. Dia kemudiannya pulang ke rumah.
"Manis sabar ye. Sebenarnya akak baru dapat tahu yang syarikat daddy Manis tiba-tiba jatuh muflis. Semua harta akan dirampas." kata Farah.
"Ya Allah." Manis menangis.
"Apa? Jadi kawan dah jatuh miskin." kata Mama Mel. Farah mengangguk kepala.
Share this novel