Bab 6 - Derita Anak Tiri

Short Story Completed 5756

Setahun berlalu, sejak kematian daddy sikap Mama Mel dan kakak tiri Manis mula berubah. Mereka jadi bencikan Manis. Mereka paksa Manis membuat semua kerja. Manislah tukang masak, tukang kemas dan semua yang ada Manis kena buat. Manis bagaikan seorang hamba dirumah ini.

Mama Mel pecat semua orang gaji dirumahnya. Dia tidak mampu membayar gaji mereka semua. Dia perlu berjimat. Oleh sebab itu, Manis yang menjadi mangsa.

Manis juga dipaksa pakai baju yang buruk kerana semua bajunya diambil Frieda dan Frieza. Mereka suka dengan baju Manis yang mahal serta berkualiti tinggi. Baju lama mereka Manis yang pakai.

Walaupun daddy Manis dah muflis mereka masih tinggal dirumah yang sama kerana rumah ini sudahpun dipindahkan hak milik. Rumah ni menjadi milik Manis. Kereta pun sama. Itu sahaja peninggalan daddy. Yang lain semua kena sita. Universiti mummy pula adalah kerjasama daddy, mummy dan adik-beradik mummy. Jadi adik-beradik mummy yang uruskan. Manis masih pemegang saham terbesar diuniversiti tersebut.

Mama Mel pula dapat sebuah cafe. Cafe tu daddy yang bagi masa awal perkahwinan mereka dulu. Cafe itu sahajalah harapan mereka sekeluarga. Dari Cafe itulah mereka mendapat wang. Mama Mel uruskan cafe tersebut bersama anaknya.

Tetapi walau begitu malang nasib Manis dia masih gembira kerana ada Mak Bee. Mak Bee ketua orang gaji dirumahnya. Manis yang merayu agar Mak Bee tidak dipecat. Hal ini kerana satu-satunya keluarga yang Manis punya sekarang adalah Mak Bee. Mak Bee jaga dan asuh Manis sejak dari kecil lagi. Dia sangat sayangkan Mak Bee.

Mak Bee pun dah anggap Manis macam anaknya. Mak Bee tak pernah berkahwin. Jadi dia sangat sayangkan Manis. Dia sanggup bekerja dan tidak dibayar gaji kerana gajinya dulu sangat banyak. Lagipun dia tidak tahu hendak ke mana. Dia nak lindungi Manis.

Untuk menghilangkan rasa sedih, Manis menunaikan solat-solat sunat. Dia juga selalu membaca Al-Quran. Bila dia membaca Al-Quran hatinya tenang sangat-sangat.

"Oi Manis. Basuh baju aku ni. Ingat basuh pakai tangan. Baju ni mahal." kata Frieda. Dia baling bajunya ke Manis. Manis mengangguk faham.

Lalu dia pun membasuh baju Frieda. Setelah itu baju itu disidai diluar. Manis pun masuk ke dalam untuk memasak. Seiring dengan cita-citanya menjadi seorang chef. Dia praktikkan kemahirannya didapur. Dia dipaksa berhenti belajar oleh Mama Mel. Tak dapat sambung belajar pun takpelah.

"Manis nak masak apa hari ni?" soal Mak Bee.

"Emm.. Masak gulai ikan tongkol, sayur campur dengan sambal telur." kata Manis. Mama Mel yang suruh masak macam tu.

"Oh.. Mesti sedap. Mak Bee tolong ye." kata Mak Bee. Mak Bee membantu memotong sayur dan mencuci ikan.

"Terima kasih Mak Bee." ucap Manis. Dia gembira bila ada Mak Bee disisinya. Mak Bee pun mengangguk.

"Manis!!" jerit Mama Mel. Dia rasa macam nak marah.

"Ye Mama Mel." kata Manis.

"Baju aku dah gosok belum?" soal Mama Mel.

"Err.." balas Manis.

"Aku dah kata semalam kan gosok baju aku." Mama Mel tunjal kepala Manis. Manis tersentak.

"Dah pergi gosok baju aku sekarang. Jap lagi aku nak keluar." perintah Mama Mel.

Manis mengosok baju Mama Mel. Sambil gosok dia menangis. Dia sedih sangat dengan sikap Mama Mel dan kakak tirinya. Setelah selesai kerjanya dia kembali ke dapur.

"Manis!" jerit Frieda.

Manis terkejut dan dia terlepas pinggan dari tangannya. Pinggan tersebut pecah.

"Manis!" jerkah Mama Mel.

"Eii.. Kau ni menyusahkan betul. Kenapa kau tak pecah je semua barang dalam rumah ni. Biar kita merempat bawah jambatan." bebel Mama Mel. Dia pulas telinga Manis.

"Aduh.. Aduh.. Sakit mama. Manis minta maaf." rayu Manis. Telinganya terasa sakit. Manis menangis.

"Puan tolong jangan buat Manis macam ni.." rayu Mak Bee.

"Alah Mak Bee ni kecohlah." kata Frieza.

"Kesian Manis. Nasib kau serupa macam cinderella. Hahaha." kata Frieda.

Manis hanya mampu menangis. Dia tak boleh buat apa. Dia takut kalau Mama Mel halau dia keluar dari rumah ini. Kemana lagi dia nak pergi?

"Hei Manis. Mana kau sidai baju aku?" soal Frieda.

"Kat luar.." kata Manis.

"Hah? Kat luar?" Frieda keluar dan mengutip bajunya.

"Mama!" jerit Frieda.

"Nape?" soal Mama Mel.

"Tengok ni baju Frieda kotor. Manis buat." kata Frieda. Baju Frieda jatuh ke tanah masa Manis sidai. Dia lupa menggunakan penyepit baju.

"Haish! Manis." Mama Mel tampar pipi Manis. Dia sudah naik darah. Dia geram dengan sikap cuai Manis.

Manis menangis. Pipinya terasa pijar. Tangannya menyentuh pipinya. Selama ini mummy atau daddy tak pernah naik tangan pada Manis. Cubit pun tak pernah. Mereka sayang pada Manis. Tapi Mama Mel..

"Kau ni memang tak guna. Kau pergi masuk bilik sekarang. Jangan keluar sampai esok pagi. Kau tak payah makan hari ni." kata Mama Mel.

Manis terus masuk ke dalam bilik kecilnya. Dulu bilik dia besar tapi Frieza yang ambil bilik tu. Kesudahannya Manis terpaksa mengalah dan tidur dibilik ini.

"Mummy.. Daddy.." Manis menangis melihat foto mummy dan daddy.

"Manis nak ikut mummy, daddy. Manis rindukan mummy, daddy." Manis memeluk foto tersebut. Dia baring sambil menangis dan akhirnya dia tertidur.

Tok.. Tok.. Mak Bee mengetuk pintu bilik Manis.
Manis bangun dan membuka pintu.

"Mak Bee masuklah." kata Manis.

"Manis.. Mak Bee bawa nasi. Kita makan sama-sama." kata Mak Bee.

"Tapi.." kata Manis.

"Takpe mereka dah tidur. Lagipun ni nasi lebih. Manis kena makan." kata Mak Bee. Dia prihatin kepada Manis.

Mak Bee menyuapkan nasi ke mulut Manis. Manis gembira dan bersyukur dengan adanya Mak Bee. Mak Bee sama macam ibu pari-pari yang sentiasa membantu Manis.

"Terima kasih Mak Bee." ucap Manis.

"Sama-sama." kata Mak Bee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience