Hari pertama Manis sebagai isteri. Mereka tinggal beberapa hari dirumah Mama Mel.
"Nah. Kau pakai ni." Mama Mel memberi hadiah kepada Manis.
"Apa ni ma?" soal Manis.
"Tengoklah sendiri." kata Mama Mel. Frieza dan Frieda ketawa.
Manis membuka hadiah tersebut dan didalamnya terdapat sehelai baju tidur yang seksi berwarna merah.
"Hah?" Manis terkejut.
"Jangan lupa pakai." kata Frieda. Mereka ketawa dan meninggalkan Manis. Ketika itu Manis didalam bilik tidur. Raif pula entah ke mana.
Pintu bilik berbunyi. Segera Manis baring diatas katil dan selimut seluruh badannya. Hadiah tadi dia baling bawah katil. Dia takut dan mengelabah.
Pintu bilik ditutup dan suis dimatikan. Raif baring sebelah Manis diatas katil yang sama.
"Eh." Segera Manis melompat keluar dari katilnya. Raif bangun dan duduk bersila atas katil.
"What's wrong with you?" soal Raif.
"Awak nak tidur sini ke?" soal Manis takut-takut.
"Yes. Why not? I'm your husband." kata Raif.
"Tapi.. Tapi.." kata Manis. Dia takut.
"Whateverlah. Aku ngantuk nak tidur." kata Raif. Dia kemudiannya baring dan selimut badannya. Manis terpinga-pinga.
"Ish dia ni?" omel Manis.
Hampir sejam Manis berdiri ditepi katil. Dia mahu memastikan Raif betul-betul tidur. Setelah itu dia menghampiri Raif. Dia tengok Raif yang betul-betul sudah tertidur. Manis menarik nafas lega.
Lalu dia pun baring dengan perlahan-lahan dihujung katilnya jauh sedikit dari Raif. Bukannya apa Manis sudah biasa tidur dikatil. Belakangnya akan sakit kalau tidur dilantai. Lagipun biliknya sempit dan tiada sofa. Terpaksalah.
Baru sahaja hendak terlelap tiba-tiba tangan Raif menjalar ke tubuh Manis lalu memeluk pinggangnya. Manis cuba melepaskan pelukan Raif tetapi tidak berjaya. Dia cuba memusingkan badannya dan kemudiannya dia telah mencium dada bidang Raif. Walaupun berlapik dengan pakaian Manis rasa amat terkejut.
"Tolong.. Lepaskan saya. Saya merayu." kata Manis. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan.
"Shh. Jangan bising." Raif merapatkan mukanya kepada Manis. Dalam kepekatan malam diterangi cahaya bulan Raif mengucup bibir Manis.
Pak! Manis menampar pipi Raif. Tindakannya sangat pantas.
"Aduh." akibat terkejut Raif tolak Manis sampai jatuh katil.
"Aduh." kaki Manis terasa sakit akibat jatuh katil. Dia mengurut kakinya yang sakit. Manis ingat Raif sudah mengalah tetapi malangnya tidak. Dia turun katil dan rapat dengan Manis. Manis cuba lari tetapi berjaya ditahan Raif.
Manis hendak menjerit tetapi dia takut. Takut sangat-sangat. Dia panik.
Raif tarik dan membaringkan Manis dikatil. Tangannya menyentuh leher Manis dan dia telah memberi love bite pada leher Manis. Manis meronta tapi tidak terdaya. Dia menangis dan terus menangis akhirnya dia tertidur begitu juga dengan Raif.
Azan subuh berkumandang mengejutkan Manis. Dia bangun dari tidur. Dia cuba untuk bangun tetapi dadanya terasa berat. Dia buka mata dan melihat tangan Raif didadanya. Segera dia angkat tangan Raif secara perlahan-lahan. Dia berjaya dan terus masuk ke bilik air.
Didalam cermin bilik air dia melihat lehernya terdapat kesan love bite. Manis menangis teresak-esak. Dia marah pada Raif. Setelah itu dia pun mandi. Selesai mandi dia keluar dari bilik air. Raif masih tidur. Dia hendak kejutkan Raif tapi dia biarkan sahaja. Dia takut.
Manis pun solat subuh. Setelah itu, dia terus turun ke bawah. Dia tak nak lama-lama dibilik. Dia memakai hoodie bagi melindungi lehernya.
"Eh, Manis awal bangun." tegur Frieda yang turun ke dapur untuk minum air.
"Tak teman suami ke?" usik Frieda. Dia menyiku belakang Manis yang sedang memotong sayur.
Manis diam sahaja dan Frieda kembali ke biliknya semula untuk sambung tidur.
Hari ni Manis akan masak seperti biasa. Sudah menjadi kebiasaannya masak dirumah ini.
"Manis." tegur Mak Bee. Muka Manis kelihatan agak muram.
"Manis okay?" tegur Mak Bee.
"Okay Mak Bee." balas Manis. Dia tidak mahu susahkan hati Mak Bee.
"Sabar ye nak." kata Mak Bee. Mak Bee kesian dengan nasib menimpa Manis. Dari dulu dia hanya bersedih sahaja.
Mak Bee pun membantu Manis. Jam menunjukkan pukul 9 pagi. Kebanyakkan orang didalam rumah sudah pun bangun kecuali Raif yang sedang nyenyak tidur.
"Manis pergi panggil suami kau. Ajak dia makan sekali." ujar Mama Mel yang duduk dimeja makan.
Manis jalan perlahan-lahan keluar dari dapur sambil membawa kueh tiaw goreng. Kakinya masih terasa sakit.
"Manis kenapa kaki kau, jalan macam tu?" soal Mama Mel.
"Manis jatuh mama." kata Manis.
"Jatuh katil ke tu.." kata Frieza. Dia ketawa. Manis menahan malu dan naik ke atas untuk memanggil Raif.
Dia berdebar-debar. Pintu diketuk dan dibuka. Kelihatan Raif yang sedang bersiap. Raif memandang Manis.
"Err.. makanan dah siap. Mama Mel ajak sarapan." kata Manis. Lalu dia tutup pintu dan terus turun tangga laju-laju. Disebabkan kakinya yang sakit, Manis hampir saja tersadung. Tetapi dia bertuah kerana tangannya sempat dicapai Raif. Raif memegang tangan Manis.
"Careful." kata Raif. Dia tersenyum memandang Manis. Manis melepaskan genggaman tangan Raif dan berlalu ke dapur begitu juga Raif.
"Raif duduklah." pelawa Mama Mel.
"Okay auntie." kata Raif.
"Ish. Janganlah panggil auntie. Panggil mama ataupun Mama Mel macam Manis." kata Mama Mel. Raif menjeling Manis yang sedang menghidangkan makan. Raif mengangguk. Dia pun duduk.
Mak Bee meletakkan makanan pada pinggan semua orang termasuklah pinggan Manis. Manis duduk bersebelahan dengan Frieda.
"Manis kenapa duduk sebelah Frieda. Duduklah sebelah Raif suami Manis." kata Mama Mel.
"Ha'ah pergilah." kata Frieda.
Nak tak nak terpaksa juga Manis duduk bersebelahan Raif. Raif membariskan senyuman pada Manis. Manis rasa tidak selesa dan terus menjamah makannya.
Usai makan, ahli didalam rumah Manis sibuk dengan aktiviti masing-masing. Mama Mel dan anak-anaknya akan keluar membeli belah. Mereka bawa Mak Bee bersama. Tinggallah Manis dan Raif sendirian. Awalnya Manis nak ikut tetapi mereka tinggal Manis.
Manis sedih. Dia duduk berdekatan kolam ikan diluar rumah. Dia takut duduk didalam rumah bersama Raif. Dia trauma gara-gara kes semalam.
"Manis!!" panggil Raif. Manis terkejut. Dia tidak berganjak dari tempatnya.
"Manis! Kau pekak ke aku panggil?" kata Raif sebaik sahaja Raif jumpa dengan Manis.
Manis bangun dan berdiri tegak. Raif menghampiri Manis.
"Jangan." kata Manis. Raif tersenyum sinis. Semakin Manis kebelakang semakin rapat Raif datang.
Manis hampir sahaja tergelincir masuk ke dalam kolam ikan. Dengan pantas Raif tarik tangan Manis dan sekali lagi Manis tercium dada bidang Raif. Raif ketawa.
Manis menjauhkan diri daripada Raif. Dia takut.
"Cemerkap. Dah tiga kali aku selamatkan kau." Raif menjentik dahi Manis.
"Aku nak keluar kejap." kata Raif. Lalu dia meninggalkan Manis sendirian dirumah.
"Mummy, daddy tolong Manis. Manis takut.." kata Manis sendirian. Dia menangis.
Sejak dari hari pertama dia berkahwin dengan Raif hidupnya semakin huru hara. Tiap hari pelbagai dugaan yang diterima Manis. Semuanya berpunca daripada Raif. Manis rasa malang bila dekat dengan Raif.
Beberapa hari pun berlalu dan kini dia akan tinggal berdua dengan dirumah Raif setelah bermalam beberapa hari dirumah Datuk Ghaffar.
Raif akan mula bekerja selepas ini dan kembali dengan aktivitinya iaitu berfoya-foya dikelab malam. Raif tidak berubah dan masih macam dulu juga. Cuma masanya diluar agak terhad. Dia takut daddy dapat tahu.
"Masuk." ajak Raif.
"Ni rumah aku. Ni first time aku bawa masuk perempuan kat sini. Kau yang first. Bersyukurlah." kata Raif.
Gulp. Manis menelan air liur kelat. Dia mengangguk melihat Raif.
"Dalam rumah ni ada lima bilik. Kau pilih lah bilik sendiri. Kecuali bilik yang tengah kat atas tu bilik aku. Bilik bawah bilik bibik yang datang balik hari. Tapi aku dah pecat dia since kau ada kat sini." kata Raif.
"Haish. Apa kena mengena aku dengan bibik dia? Raif ingat aku ni bibik ke apa? Tak berhati perut betul." kata hati Manis.
"Kau nak bilik atas atau bawah? Ke sekali je dengan aku?" soal Raif. Dia tersenyum.
Manis yang sedang termenung terus mengangguk.
"Serius?" Raif mengangkat keningnya.
"Hah?" Manis mengeleng kepala pula.
"Kau bilik atas jelah. Sebelah bilik aku." kata Raif dan dia pun naik ke atas begitu juga dengan Manis.
"Beratnya beg minah ni. Bawak batu ke apa?" kata Raif didalam hati semasa mengangkat beg Manis.
"Ni bilik kau." kata Raif. Manis mengangguk. Manis terus mengambil begnya dan mengunci pintu bilik.
"Wow. Biadap." kata Raif.
"Aku keluar." kata Raif kepada Manis. Dia terus keluar dari rumahnya. Hari ni dia akan bersosial dengan rakan-rakannya.
Jam menunjukkan pukul 12.30 minit malam. Manis sudah bersedia untuk tidur.
Ting tong.. Ting tong.. Loceng rumah ditekan beberapa kali.
"Ish. Apa pulak ni?" omel Manis. Dia lihat diluar terdapat kereta ferrari dark blue milik Raif.
"Tak bawa kunci ke?" soal Manis. Loceng rumah ditekan banyak kali. Manis pun segera turun ke bawah dan membuka pintu.
Pak! Raif menampar pipi Manis. "Kau pekak ke hah?" soal Raif. Dia geram Manis lambat buka pintu. Air mata Manis mengalir. Raif masuk terus ke biliknya. Manis menangis sambil mengunci pintu. Dia terasa sangat dengan perbuatan Raif.
Dia menangis sehingga tertidur seperti biasa. Dia sedih. Raif masuk ke dalam bilik Manis. Dia rasa bersalah atas perbuatannya. Dia menyentuh pipi Manis. Lalu mengusap kepala Manis. Manis bergerak sedikit dan Raif terus keluar dan tidur dibiliknya.
Hampir setiap hari Raif dera perasaan Manis. Perkahwinan mereka tidak bahagia. Apabila Raif stress berkerja dia akan lepaskan pada Manis. Manis yang menjadi mangsanya. Manis sedih. Dia mahu lari dari rumah tapi dia takut dan tak mahu memalukan keluarganya.
Manis hanya mampu bersabar dan berdoa agar suatu hari nanti Raif akan berubah dan menyesali perbuatannya. Manis juga tidak berhenti berzikir dan membaca Al-Quran pada waktu lapang. Dia berharap yang rumah tangganya akan bahagia seperti rumah tangga mummy dan daddy. Itu impian Manis sejak dulu lagi.
Share this novel