Ting.. Tong.. Loceng rumah Raif ditekan beberapa kali.
"Eh abang dah balik ke? Awal lagi." kata Manis yang ketika itu sedang mengemas rumah.
Manis pun memakai selendang dan mengambil kunci rumah. Dia pun membuka pintu.
"Eh? Mama Mel, kak Frieda, Frieza. Em.. Jemputlah masuk." jemput Manis. Dia tersenyum.
Mereka pun masuk ke dalam. Mereka duduk disofa ruang tamu. Mama Mel memandang sekeliling sudut rumah Manis. Dia kelihatan mencurigakan.
"Err.. Manis buat air dulu." kata Manis. Dia melihat ibu tiri serta kakaknya duduk rapat-rapat. Macam ada sesuatu yang tidak kena.
Manis membancuh air teh dan dia menghidangkan bersama kek gulung berperisa pandan.
"Jemputlah minum." pelawa Manis.
Mama Mel minum air tersebut. Mereka senyap sahaja.
"Err.. Ma.." kata Frieda. Dia dia menyiku badan Mama Mel.
"Cakaplah ma." kata Frieza pula.
"Err.." balas Mama Mel.
"Mama ada apa ni?" soal Manis. Dia tertanya-tanya dengan kehadiran mereka pada hari ini.
Mama Mel mengeluh sedikit sebelun membuka mulut.
"Sebenarnya kami datang nak minta maaf pada Manis. Kami jahat pada Manis. Kami sangat menyesal atas perbuatan kami." kata Frieda.
"Betul Manis. Mama minta maaf sebab buat Manis menderita selama ni. Maafkan mama." Mama Mel memegang tangan Manis. Dia menangis sedikit.
"Ye Manis. Kakak pun nak minta maaf. Kami menyesal atas apa yang terjadi." kata Frieza dengan nada sedih.
Manis tersenyum. "Sebenarnya Manis dah lama lupakan semua tu. Manis maafkan mama dan kakak." kata Manis. Dia pegang tangan Mama Mel.
Manis berpelukan dengan mama dan kakak tirinya. Mereka memang menyesal atas apa yang terjadi. Mereka tamak dan seksa hidup Manis yang tidak bersalah.
"Terima kasih Manis." ucap Mama Mel. Manis mengangguk.
"Manis.. Macam mana dengan rumah tangga Manis?" soal Mama Mel. Sepanjang Manis kahwin dia langsung tidak mempedulikan Manis kecuali masa Manis kemalangan. Dia tahu yang Raif bukan seorang lelaki yang baik tetapi dia tetap paksa Manis untuk kahwin.
"Rumah tangga kami okay. Abang Raif layan Manis dengan baik." kata Manis. Dia tak mahu menceritakan hal yang lepas kerana perkara itu sudah berlalu. Lagipun Raif sudah berubah.
"Baguslah." kata Mama Mel tapi wajahnya tampak muram.
"Kenapa ma?" soal Manis. Dia dapat rasa ada sesuatu yang Mama Mel sembunyikan.
"Sebenarnya..." kata Mama Mel lambat-lambat.
"Sebenarnya?" soal Manis. Dia ingin tahu.
"Sebenarnya kami datang sini nak minta tolong Manis." Mama Mel mula menangis lagi.
"Lepas Manis kahwin dengan Raif.. Hidup kami kacau bilau." kata Frieda.
"Ye tapi itu bukan salah Manis. Salah kami sebab selalu susahkan Manis dulu. Mungkin balasan untuk kami." kata Frieza.
Manis hanya mendiamkan diri.
"Lepas je Manis kahwin mama jual rumah Manis kepada orang lain dan mama beli sebuah rumah yang lagi besar. Mama ingatkan nak bina hidup baru. Tapi nasib kami malang. Kami kena tipu." cerita Mama Mel.
"Apa? Mama jual rumah Manis?" Manis. Dia terkejut dan sedih sekali.
"Maaf Manis mama yang salah. Tapi ada benda yang mama nak ceritakan." kata Mama Mel. Manis pun mengangguk.
"Mula-mula mama rasa pelik sebab harga rumah yang mama beli tu murah sangat. Tapi mama buat tak tahu je sebab owner rumah tu kata tu rumah lama. Lagipun dia nak pindah. Jadi dia jual je dengan harga murah supaya rumah tu cepat terjual." kata Mama Mel lagi.
"Mula-mula duduk rumah tu memang okay. Rumah tu luas. Barang-barang dalam rumah tu pun serba lengkap. Kami happy tinggal kat situ." kata Mama Mel.
Manis yang mendengar terasa pelik. Apa sebenarnya yang mahu Mama Mel sampaikan?
"Tapi semua tu berubah selepas tiga hari kami tinggal dirumah itu." kata Frieza takut-takut.
"Apa yang berubah?" soal Manis.
"Suasana rumah tu." kata Frieda.
"Hah?" Manis terasa pelik. Dia tak faham.
"Setiap malam kami dengar bunyi orang ketuk pintu bilik stor. Mula-mula kami check takde apa. Kosong je bilik tu. Kami fikir mungkin ada barang yang jatuh. Banyak benda yang jadi. Pili air terbuka sendiri. Lampu terpadam sendiri. Macam-macam lagi." kata Mama Mel.
"Ye masa tu kami fikir mungkin sebab rumah tu rumah lama. Jadi pili dan suis pun kami betulkan. Pintu bilik stor tu pun kami betulkan. Tapi lepas tu gangguan makin kerap. Kadang-kadang dengar macam ada orang kat bilik tu." kata Frieza.
Manis mula merasa takut. Dia pegang lehernya.
"Tak cukup dengan tu. Ada yang lagi ekstrem. Kakak dengar orang ketuk pintu bilik tidur kakak." kata Frieda.
"Masa tu kami cubalah tengok kat pintu tu kot-kot ada ada apa-apakan. Tapi biasa je. Nampak baru je. Tapi Frieza lah dia try ketuk pintu tu. Bunyi ketuk tu tak sama macam yang akak dengar. Jadi akak try ketuk guna pensil, kunci dan yang lain tetap bunyi tak sama. Lepas tu Frieza tak sengaja try ketuk guna kuku dia." kata Frieda.
Frieda memegang lengannya.
"Bunyi itu sama macam yang akak dengar." kata Frieda.
"Ye sejak hari tu kami tahu yang sebenarnya kami diganggu. Jadi kami pun pergi berjumpa dengan ustaz. Tapi.." Mama Mel.
"Tapi apa?" soal Manis.
"Setiap kali nak pergi rumah ustaz tu kami akan sesat jalan. Terpaksalah kami tinggal kat hotel. Tapi takkan nak macam tu selamanya. Kami nak buat sesuatu. Jadi kami jumpa Manis hari ni." kat Mama Mel.
"Kami harap Manis boleh bantu. Carikan kami ustaz. Kami nak belajar solat dan membaca Al-Quran. Kami nak bertaubat." kata Mama Mel. Mereka memang lemah agama. Dulu masa di rumah Manis, Manis selalu sahaja mengaji Al-Quran. Rumah mereka redup dan tenang sahaja.
"Baik ma." kata Manis. Dia bersyukur kerana ibu tiri dan kakaknya mahu berubah.
"Manis hari dah petang. Kami nak balik dulu. Nanti kita jumpa lagi. Terima kasih Manis." kata Mama Mel. Setelah itu, mereka pun pulang.
Manis tinggal sendirian. Bila teringat cerita Mama Mel dia jadi takut. Manis hanya duduk diruang tamu sahaja.
Tiba-tiba.. "Chak!" Raif kejutkan Manis. Manis jerit sekuat hati. Dia tutup mukanya dengan bantal.
"Hei sayang. Ni abanglah. Abang baru balik ni." kata Raif. Dia rasa bersalah pula. Dia saja masuk rumah perlahan-lahan tadi. Sejak peristiwa Raif tampar Manis sebab lambat buka pintu dia jadi sentiasa ingat untuk bawa kunci rumah.
"Abang??" Manis peluk lengan Raif.
"Nape ni?" soal Raif. Dia pelik dengan tindak tanduk Manis.
"Manis takut." kata Manis.
Raif duduk disofa. Begitu juga dengan Manis.
"Kenapa Manis? Manis takut apa?" soal Raif. Dia kebingungan.
"Tadi Mama Mel datang." kata Manis.
"Kenapa dengan Mama Mel? Dia marah Manis?" soal Raif.
"Tak dia tak marah tapi dia cerita dia kena kacau dengan hantu. Manis takut." bisik Manis perlahan.
Raif ketawa. Dia seperti gembira pula.
"Ish abang ni. Ketawa pulak. Orang serius ni." marah Manis.
"Manis tahu apa yang kacau dorang?" soal Raif. Manis menggeleng.
"Abang." Raif ketawa lagi.
"Eh?" Manis terasa pelik.
"Sebenarnya abang pakat dengan orang untuk kenakan dorang. Abang yang kacau dorang." kata Raif.
"Abang ni tak baiklah. Kenapa abang buat macam tu?" soal Manis.
"Abang tahu yang selama ni dorang dera Manis, Mak Bee yang cerita sebab tu abang nak balas dendam. Abang nak dorang berubah. Pastu minta maaf dengan Manis. Abang sedih dorang buat Manis sedih. Rumah Manis abang yang beli. Rumah lama tu pun abang yang jual." kata Raif. Raif bekerja disyarikat hartanah milik papanya. Hal ini memberi kelebihan padanya untuk kelentong Mama Mel dan Mama Mel langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu.
"Ohh.. Tapi yang dorang sesat nak pergi rumah ustaz tu?" soal Manis.
"Oh.. Tu abang komplot dengan driver dorang." kata Raif.
"Abang ni kan." kata Manis. Raif ketawa.
Sejak hari tu Manis sendiri yang tolong bimbing Mama Mel, Frieda dan Frieza untuk solat dan baca Al-Quran. Dia juga dibantu oleh seorang ustazah. Rumah Mama Mel pula Manis minta bantuan Raif untuk adakan bacaan yassin dan kenduri doa selamat.
Mama Mel, Frieda dan Frieza mula rasa tenang kembali. Hubungan mereka dengan Manis pun menjadi rapat. Mereka telah berjanji untuk berubah. Manis rasa amat gembira.
Share this novel