Bab 10 - Dugaan Rumah Tangga

Short Story Completed 5756

Hubungan rumah tangga Manis semakin hari makin porak peranda. Mereka tidak bahagia. Raif kerap keluar rumah. Kadang sampai tidak balik ke rumah. Manis tidak peduli kerana lebih baik Raif tiada dirumah.

Tetapi hari ini sepanjang hari Raif dirumah. Dia malas untuk keluar. Manis masak didapur pada tengahari itu. Raif yang suruh dia masakkan pasta. Setelah siap dihidangkan, Raif tidak mahu makan pula.

"Aku tak nak makan pasta. Aku nak makan nasi ayam." kata Raif. Dia sengaja menguji Manis.

"Hah? Nasi ayam? Tadi awak kata nak makan pasta." kata Manis. Dia kecewa sedikit. Penat dia masak tadi.

"Nope. Aku nak nasi ayam." kata Raif. Dia tersenyum sinis.

"Tapi.. Mana ada nasi ayam. Mana ada bahan-bahan kalau nak buat pun." kata Manis sambil menunduk. Dia takut melihat senyuman Raif.

"Pergilah beli cepat aku lapar nak makan. Kalau tak aku makan kau." ugut Raif.

"Hah? Okay-okay." Manis mengelabah dan terus keluar rumah setelah memakai selendang.

"Hoi mangga harum Manis." panggil Raif. Sempat lagi dia bergurau dengan nama Manis. Dah macam budak-budak je.

"Hah?" respon Manis.

"Kau ada duit ke?" soal Raif dengan sinis.

"Err.." Manis menggaru pipinya yang licin. Muka Manis nampak sangat cantik dan flawless. Raif ni gay apa tak tertarik langsung pada Manis. Asyik nak seksa je kerjanya.

"Nah." Rafi menghulur sekeping not RM50. Manis ambil duit tersebut dan keluar. Dia takut Raif menggila.

"Haih." keluh Raif. Hatinya tercuit juga melihat wajah Manis yang comel.

Dia duduk disofa sambil menonton televisyen. Tetapi setelah itu dia tertidur seketika. Dia rasa ngantuk pula tetapi kemudiannya dia bangun semula selepas itu.

"Aduh." Raif mengeliat setelah bangun dari tidur.

"Mana budak ni?" soal Raif. Rasa macam dah lama sangat Manis keluar tak balik-balik. Jam dikerling dan menunjukkan jam pukul 2 petang.

"Hah lamanya?" soal Raif.

Loceng rumahnya dia tekan beberapa kali.

"Siaplah kau." kata Raif. Dia dah bersedia nak marah Manis. Pintu dibuka tetapi dia tercengang melihat beberapa orang lelaki dihadapannya.

"Ye?" soal Raif. Dia keliru dan tertanya-tanya.

"Bang isteri abang kemalangan. Dia kena langgar lari." kata seorang pemuda.

"Hah?" Raif terkejut.

"Betul bang. isteri abang ada kat hospital sekarang." kata seorang lagi pemuda.

Raif terus mengambil kunci keretanya dan bergegas ke hospital seperti yang dikatakan pemuda-pemuda tadi.

"Nurse.. Saya nak tanya pesakit nama Manis yang kemalangan tadi." soal Raif kepada jururawat yang bertugas.

"Yang mana satu ye?" soal jururawat tersebut. Pihak hospital kurang maklumat tentang Manis. Memandangkan dia keluar tanpa membawa telefon dan kad pengenalan.

"Yang kemalangan langgar lari di Taman Exora. Seorang wanita. Baru je tadi. Lebih kurang beberapa minit." kata Raif.

"Oh yang tu. Pesakit sedang dirawat. Encik ni siapa?" soal jururawat itu.

"Saya suami dia." kata Raif.

"Kalau macam tu isi borang ni dulu." kata jururawat tersebut. Raif pun mengisi borang tersebut dan berjumpa dengan doktor yang merawat Manis.

"Doktor macam mana dengan keadaaan isteri saya?" soal Raif. Dia risau dengan keadaan Manis.

"Isteri encik tidak apa-apa cuma tangan kanannya patah disebabkan hentakan yang kuat. Hal ini juga disebabkan sebelum ini tangannya pernah retak. Kakinya pula terseliuh. Buat sementara ini isteri encik perlu dirawat dihospital." kata doktor.

Raif pun pergi melawat Manis. Dia pindahkan Manis dari wad biasa ke wad kelas 1. Dia terkilan melihat keadaan Manis. Salah dia biarkan Manis keluar sorang-sorang.

Hampir saban hari dia melawat Manis. Dia setia menjaga Manis dan bermalam dihospital. Walaupun begitu dia masih juga ke pejabatnya. Papa dan mama Raif turut melawat Manis begitu juga mama dan kakak tiri Manis.

Raif termenung dipejabatnya. Dia rasa penat sedikit. Heidi masuk ke pejabat Raif dan mengurut bahu Raif. Mula-mula Raif rasa selesa tetapi kemudiannya Raif terkejut dan menoleh.

"Heidi what are you doing here?" soal Raif.

"Salah ke I nak melawat boyfriend I?" kata Heidi.

"Boyfriend? I'm not your boyfriend." kata Raif.

"Setelah apa yang kita lalui. You kata you bukan boyfriend I?" soal Heidi. Dia kecewa.

"Heidi you sedar tak? I dah kahwin ada isteri. Kita tak pernah declare apa-apa. Kita cuma pergi makan and clubbing tu je. Tak lebih." kata Raif.

Memang dia kaki kelab tapi dia tidak ada hubungan dengan mana-mana gadis. Mereka semua kawan sahaja. Dia juga memang pernah minum air kencing setan tapi tu dulu lepas Manis kemalangan terus dia berhenti. Hal ini kerana setiap kali dia nak minum dia teringat Manis. Jadi dia berhenti terus. Kawan dia pun tahu. Tabiat buruknya juga dihentikan. Jarang dah dijejakkan kaki ke pusat hiburan itu.

"Wife? Hidup lagi dia?" soal Heidi dengan sinis.

"What?" Raif menghampiri Heidi. Heidi menjeling.

"What do you mean, Heidi?" Raif mengoncang tubuh Heidi. Raif dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.

"Hmph!" Heidi melepaskan tangan Raif yang mengenggam lengannya.

"Beberapa hari lepas I nak jumpa you nak ajak you dating. I pergi rumah you. Tapi I nampak perempuan tu. I terus langgar dia." kata Heidi.

"Heidi!" jerkah Raif. Pak! Pipi Heidi ditampar Raif. Heidi terkejut.

"Heidi you dah melampau! Baik you keluar dari sini sebelum I panggil polis." kata Raif. Dia hilang kesabaran. Tergamak Heidi buat macam tu pada Manis?

"Baik! Lepasni jangan harap you jumpa I lagi." kata Heidi. Pipinya sakit. Dia terus keluar. Dia terasa malu dilayan sebegitu. Dia benci pada Raif.

"Encik Raif okay?" tegur Jannah, pembantu peribadi Raif. Dia terdengar bunyi bising dari pejabat Raif.

"Jannah macam mana awak boleh izinkan orang sebarangan masuk office saya? Lain kali make sure inform saya dulu." pesan Raif.

"Baik, saya minta maaf Encik Raif." kata Jannah dengan rasa bersalah. Raif mengangguk dan Jannah pun menyambung semula kerjanya.

"Sigh.." Raif mengeluh berat.

Raif betul tidak sangka. Heidi rupanya yang langgar Manis. Apa yang jadi pada Manis juga berpunca daripada perangai Raif yang suka berfoya-foya dengan Heidi. Dia rasa bersalah. Manis selalu dapat susah bila berada dekat dengan Raif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience