Bab 3 - Pergi Tanpa Rela

Short Story Completed 5756

"Mummy.." Manis mengalir air mata semasa jenazah mummy dikuburkan. Dia sangat-sangat sedih. Kehilangan ini adalah kehilangan yang amat besar sekali. Dia telah kehilangan syurganya.

Iman membacakan talkin dan doa. Manis hanya mampu menahan sebak. Dia tahu tidak baik untuk menangis teresak-esak dikubur. Setelah selesai upacara penanaman orang ramai pun pulang. Mereka mengucapkan takziah kepada Manis.

"Manis sabar ye. Doakan untuk mummy Manis." pesan kak Farah. Manis menangguk. Kak Farah pun berlalu pergi.

Manis masih berada dekat dengan kubur mummy untuk seketika. Dia pegang batu nisan mummy.

"Mummy.." kata Manis. Dia rindukan suara mummy. Rindu dengan kucupan hangat yang selalu mummy berikan. Rindu untuk mendengar nasihat yang mummy selalu ingatkan.

"Sabar Manis." kata Mak Bee. Dia peluk bahu Manis.

Disebabkan kemalangan yang berlaku Manis kehilangan mummynya yang tersayang. Mummy pergi meninggalkan Manis dan daddy tanpa ucap selamat tinggal. Mummy meninggal semasa dikerjakan ke hospital.

Daddy pula patah kaki akibat kemalangan tersebut. Dia terlantar dihospital buat seketika. Daddy telah menjalani sesi terapi bagi mendapatkan kemampuan berjalan semula. Alhamdulillah daddy dapat berjalan semula selepas menjalani terapi tersebut. Tetapi dia tidak begitu gembira.

Pak Din, pemandu mereka pula masih hidup. Cumanya lepas kemalangan itu dia terus berhenti kerja dan pulang ke kampung. Pak Din menjadi tempang akibat kemalangan itu.

Manis pula tidak tercedera semasa kemalangan itu berlaku. Dia rasa terkilan. Kadang kala dia menyalahkan dirinya keatas kematian mummy dan kemalangan yang berlaku.

Manis murung dan tidak ceria macam dulu. Dia suka berkurung dan mengunci diri didalam biliknya. Daddy risau tapi daddy tak mampu buat apa. Daddy pun masih bersedih ke atas kematian mummy.

Daddy dan Manis pun jarang bercakap semasa sendiri. Masing-masing berasa amat sedih. Mereka sentiasa membawa diri masing-masing. Suasana rumah mereka bertukar hiba.

Sungguhpun begitu Manis tetap berdoa. Dia ingat pesan mummy. Dia sentiasa membacakan yassin untuk mummy. Bila dia sedih dia akan membaca Al-Quran.

"Mummy.." hujan gerimis membasahi pipi Manis. Dia biarkan sahaja. Dia menangis sepuasnya. Tiada siapa dapat memujuk Manis kerana insan yang selayaknya telah pun menghadap Ilahi.

"Manis.." Mak Bee masuk ke bilik Manis. Mak Bee risau akan keadaan Manis.

"Mak Bee." Manis menyapu airmatanya.

"Manis.. Jom makan. Mak Bee masakkan sup ayam kegemaran Manis." kata Mak Bee. Mak Bee meletakkan pinggan diatas meja kecil bersebelahan katil Manis.

Dah berhari Manis tahan lapar. Dia cuma minum air sahaja. Dia tiada selera makan.

"Manis tak lapar." kata Manis. Dia menggeleng lemah.

"Manis tak elok tahan lapar. Nanti perut masuk angin boleh jatuh sakit." Mak Bee berharap sangat yang Manis mahu menjamah makanan walaupun sedikit.

"Meh Mak Bee. Suapkan. Buka mulut." kata Mak Bee lalu makanan disuapkan ke mulut Manis. Manis terpaksa buka mulutnya. Dia makan jua.

"Terima kasih Mak Bee sebab jaga Manis." ucap Manis.

"Sama-sama." kata Mak Bee.

"Mak Bee.. Esok kita pergi kubur mummy." kata Manis. Manis rindu mummy. Tak dapat jumpa tapi dapat tengok kubur mumny pun jadilah.

"Yelah. Tapi Manis kena habiskan makanan dulu." kata Mak Bee.

"Baik.." balas Manis.

Keesokan harinya Manis melawat kubur mummy. Dia membacakan yassin dan membersihkan kubur mummy. Dia tanam pokok berdekatan dengan kubur mummy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience