Bab 14 - Cinta Selamanya

Short Story Completed 5756

"Sayang.." panggil Raif. Dia rasa rindu pada Manis setelah seharian bekerja. Hubungannya dengan Manis semakin bahagia. Raif dapat merasakan kebahagian rumah tangganya.

"Sayangku Manis...." panggil Raif. Dia mencari Manis disekeliling rumah.

"Mana sayang ni?" bisik Raif.

Raif pun masuk ke dapur.

"Chak!!" jerit Manis. Serentak itu Raif terkejut. Dia tertolak Manis.

"Alamak sayang." kata Raif. Memang apabila Raif terkejut dia akan tolak apa sahaja didepannya termasuklah orang.

Manis merajuk. Dia masuk ke dalam bilik air. Dia mahu mencuci tandas. Lantai tandas disental kuat-kuat.

"Haih.. Teringat masa dulu-dulu." kata Raif sambil menyandar didinding tandas. Dia melihat Manis.

"Kalau sayang marah, sayang memang suka cuci toilet kan?" kata Raif. Dia perasan yang bila Manis marah atau tak suka dengan sikap Raif, Manis akan mencuci tandas. Dari dulu lagi Manis macam tu.

"Suka hati saya. Tak payah menyibuk." balas Manis. Dia terasa dengan Raif. Sampai hati Raif tolak Manis. Nasib baik Manis tak jatuh tersembam.

"Nah sayang guna ni." Raif menghulurkan sabun pencuci lantai kepada Manis. Boleh pula Raif main-main time macam ni.

"Ish!" Manis keluar dari tandas. Dia nak merajuk. Dia meninggalkan Raif.

"Aduh sakit perut. Alamak terminum clorox pulak. Dunia nampak gelap. Nak pengsan." kata Raif.

Manis menahan ketawa. Lalu dia tergelak. Dia meluru ke arah Raif.

"Gila." kata Manis. Dia mencubit pinggang Raif.

"Aduh." kata Raif. Raif meletakkan kedua-dua tangan di atas bahu Manis. Dia memandang Manis dan tersenyum.

"Sayang marah abang?" soal Raif.

Manis menggeleng. "Tak.." kata Manis. Dia merangkul pinggang Raif. Mustahillah Manis nak marah pada Raif sebab benda kecil. Manis dah betul-betul 'fall in love' lah pada Raif.

"Sure? Tapi tadi kenapa merajuk?" soal Raif.

"Saje je." kata Manis.

"Nakal." Raif menjentik hidung Manis. Tak kuat pun. Jentik manja je.

Manis menyentuh hidungnya. Raif pula melutut didepan Manis. Manis pelik melihat Raif.

Raif mengeluarkan sebentuk cincin berlian lalu berkata "Sayang.. Will you be my wife for the rest of my life?"

"Eh?" respon Manis.

"Say yes please.." rayu Raif. Lututnya mula rasa sakit.

"Yes! Yes!" kata Manis. Raif pun menyarungkan cincin tersebut pada jari Manis dan memeluknya. Manis rasa terharu sangat tak sangka Manis dapat merasa bagaimana dilamar seseorang. Walaupun yang lamar sudahpun menjadi suaminya.

Raif membisik. "Happy birthday sayang."

"Eh hari ini bukan birthday Manis." kata Manis.

"Abang tahu.. Walaupun abang lambat 3 bulan 15 hari. Abang tetap nak wish jugak. Sorry lambat.." kata Raif. Dia baru je dapat tahu mengenai hari jadi Manis.

"Takpelah bang. Lagipun time tu kita tak kahwin lagi." kata Manis.

"Yeke?" Raif memegang muka Manis dengan kedua-dua belah tapak tangannya.

"Yelah." kata Manis. Raif pun mengucup dahi Manis.

"Sayang, jom dating." kata Raif.

"Dating? Jom!" kata Manis.

"Okay.." Raif tarik tangan Manis.

"Eh abang.. Takkan nak dating pakai macam ni?" soal Manis. Dia pegang baju kelawarnya.

Raif tergelak. "Jap eh." Dia pergi mengambil sesuatu.

"Nah pakai ni." Raif memberi sebuah beg kertas pada Manis.

Manis melihat isi dalam beg tersebut. "Mana abang dapat ni?" soal Manis. Wajahnya bertukar merah.

"Err bawah katil rumah awak." kata Raif. Dia tersenyum nakal. Dia perasan pada malam pertama dibilik Manis, Manis telah membaling sesuatu bawah katil tersebut. Apabila dia beli rumah Manis dia periksa barang tersebut.

"Eii.. takkan saya nak pakai ni pergi keluar?" soal Manis. Dia simpan semula baju tidur yang pernah dihadiahkan oleh Mama Mel.

"Alah lupa.. Ni pakai dating tengah malam-malam nanti." kata Raif.

"Gatal." kata Manis.

"Nah ni yang betul." Raif memberi sebuah lagi beg kertas pada Manis. Didalam beg tersebut ada sehelai gaun warna biru.

"Cantiknya." puji Manis.

"Yes cantik macam sayang. Cepat pergi siap. Abang pun nak siap." kata Raif.

Setelah selesai bersiap mereka pun menuju ke sebuah restoren. Mereka duduk disuatu sudut. Raif bawa Manis untuk candle light dinner.

"Nah sayang." Raif memberi rantai tangan kepada Manis. Rantai tangan yang mummy beri dulu.

"Gelang saya.. Abang yang curi rupanya.." kata Manis. Puas dia cari rantai tangan tu rupanya ada pada Raif.

"Bukan curi.. Pinjam." kata Raif. Dia memakaikan rantai tangan itu pada pergelangan tangan Manis.

"Thanks abang." ucap Manis.

"Welcome." balas Raif.

"Kenalkan, nama saya Abdul Rahman Raif bin Ghaffar. 26 tahun. Boleh panggil saya abang." kata Raif. Dia menghulurkan tangannya.

"Hmm.." balas Manis. Dia mengecilkan matanya.

"Okay.. Saya Manis binti Mohammad Syahid. 24 tahun. Boleh panggil saya sayang." kata Manis. Dia sambut huluran tangan Raif.

Raif melepaskan tangan Manis.

"So sayang bila birthday awak?" soal Raif.

"Hmm.. Bukan abang dah tahu ke? Sebelas hari bulan May. How about you abang?" kata Manis.

"Lapan belas Ogos." kata Raif.

"Oh.. Hari jadi abang esok." kata Manis.

"Kebetulan en? Abang tuntut hadiah malam ni tau." kata Raif.

"Abang ni.. Next question please." kata Manis. Dia malu.

"Okay.. Favorite colour sayang?" soal Raif.

"Blue, white and black." kata Manis.

"Nice.. Like my car." kata Raif. Dia maksudkan ferrari birunya.

"Favorite colour abang?" soal Manis.

"Same like yours. Cuma I like green too." kata Raif.

"Favorite movie sayang?" soal Raif.

"Pee Mak." kata Manis. Dia tersenyum.

"Wow. Filem seram." kata Raif.

"Hehe tu my second favorite movie. My first favorite movie is... Ours." kata Manis sambil membuat mini love.

"Ya Allah sweetnya bini abang." puji Raif.

"So favorite movie abang?" soal Manis.

"I like not only to be loved, but also to be told I am loved." kata Raif.

"Eh? Panjangnya tajuk. Cerita apa tu tak pernah dengar pun." kata Manis.

"Oh cerita pasal kahwin paksa. Sorang laki hensem ni dia kahwin dengan sorang perempuan cantik. Mula-mula dia seksa isteri dia. Tapi dia menyesal dan dia jatuh cinta kat isteri dia tu. So dia pun luahkan lah perasaan. Dia sayang sangat kat isteri dia. Romantik gila mamat tu and lepastu happy ending." kata Raif. Padahal itu bukan tajuk filem tapi sebuah quotes.

"Eh?" balas Manis. Raif ketawa. Melihat Raif ketawa Manis pun turut ketawa.

"Okay-okay. Next question. Why do you love me? Sebab apa? Sejak bila?" kata Manis.

"Emm tough question." kata Raif.

"Bagitahulah cepat." gesa Manis. Dia tak sabar nak dengar.

"Takde sebab." balas Raif. Serious je muka.

"Huh? Takde sebab..?" Manis buat muka sedih.

"Sayang.. I was about half in love with you by the time we sat down. Every time you do something pretty… I fall half in love with you, and then you know where you belongs to." ucap Raif.

"Abang memang tak boleh bagi bagitahu sebab abang jatuh cinta pada sayang. Alasan ada tapi banyak sangat. Abang cinta sayang sebab abang cintakan sayang. Bila tu.. Hm.. Abang jatuh cinta dengan sayang masa first time abang jumpa sayang. Tapi masa tu belum confirm lagi tapi lepas kahwin dan tengok sayang hari-hari. Ahh.. Hati abang cair sayang." kata Raif panjang lebar.

"I choose you as my love and I love my choice." kata Raif lagi.

Manis mengalirkan airmatanya. "Terima kasih abang." kata Manis. Dia terharu.

"Sama-sama. Dahlah jom makan." ajak Raif.

Sepanjang malam itu mereka berbual mesra. Pelbagai kisah mereka kongsi bersama. Manis gembira sangat. Dia bersyukur yang akhirnya dia dikurniakan suami yang sangat sempurna dimatanya. Dahlah kacak, segak bergaya pulak tu.

Begitu juga dengan Raif. Dia bersyukur kerana dikurniakan isteri yang cantik macam Manis. Dia betul-betul maksudkan hasratnya untuk buat Manis jatuh cinta padanya setiap hari.

Mereka gembira sangat malam tu. Bagi Manis malam tersebut adalah malam yang paling manis dalam hidupnya. Kenangan malam ini akan disimpan dalam memori hidupnya. Dia harap jodoh dia dan Raif kekal sampai jannah.

"Sabr isn’t easy. Sabr is tiring but it will worth it in the end. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas pinjaman yang paling bermakna ini. Aku bersyukur." kata hati Manis.

~ Tamat ~

Share this novel

Acik
2021-06-12 10:30:48 

sungguhpun cerita pendek tapi menarik..tahniah penulis.


NovelPlus Premium

The best ads free experience