Bab 8 - Kahwin Paksa

Short Story Completed 5756

Setelah tetamu pulang, Mama Mel, Frieda dan Frieza berbincang mengenai hal yang tadi. Manis terus masuk ke dalam biliknya. Dia rasa terkejut dengan berita yang baru diterima.

"Mama macam mana?" soal Frieda.

"Mama rasa nak terima je. Lagipun Datuk Ghaffar nak tolong keluarga kita." Mama Mel mula tamak dengan tawaran yang ditawarkan Datuk Ghaffar.

"Betul tu ma. Lagipun Manis tu beban je dalam keluarga kita. Lagi elok biar dia kahwin." kata Frieza.

"Mama tahu lagipun Manis tu jackpot untuk kita." kata Mama Mel.

Mereka tersenyum dan mula membayangkan kekayaan yang bakal dimiliki bagai mendapat durian runtuh.

Manis menangis didalam biliknya. Dia tidak menyangka rupanya Mama Mel hanya berpura-pura berbuat baik dengannya. Mereka tahu yang hari ni keluarga Raif datang masuk meminang.

Manis melihat tangannya. "Eh mana gelang aku?" Manis mengelabah. Dia mencari rantai tangan itu dibiliknya. Habis semua laci dan tempat dia selongkar.

"Mana ni?" kata Manis. Dia risau kerana rantai tangan tu pemberian mummy dan daddy. Dia sayang sangat rantai tangan tu.

"Manis.. Manis.." jerit Mama Mel dari luar.

"Ye ma. Kejap." Manis menyapu air matanya dan segera ke ruang tamu.

"Ye Mama Mel." kata Manis sebaik sahaja tiba diruang tamu.

Mama Mel bangun dan mencubit lengan Manis.

"Kenapa lambat sangat?" kata Mama Mel.

"Sorry ma." kata Manis sambil sambil mengusap lengannya.

"Sakitnya. Kenapa Mama Mel suka seksa aku?" soal Manis didalam hati.

"Hei Manis. Tak payah mengelamunlah. Kitaorang ada benda penting nak bagitahu kau." kata Frieda.

"Apa dia kakak? Mama Mel?" soal Manis kebingungan.

"Kahwin." kata Frieza.

"Ye mama setuju nak kau kahwin dengan Raif." kata Mama Mel.

"Mama, Manis tak nak kahwin." ujar Manis. Dia belum bersedia untuk berkahwin. Dia muda lagi. Banyak lagi benda yang dia hendak lakukan.

"No excuse. Kau tetap akan kahwin." perintah Mama Mel.

"No.. I don't want mama. Please. I'm begging." Manis mula menangis. Dia merayu.

Manis tak nak kahwin. Bukan dia tak tahu yang Raif seorang yang liar dari dulu lagi. Kan daddy kawan dengan papa Raif. Dia selalu dengar cerita pasal Raif dari kak Farah pembantu daddy.

"Eh kau jangan nak mengada. Kau beban je dalam keluarga ni. Berkorban sikit." kata Frieza.

"Tapi banyak cara lain untuk berkorban. Manis boleh kerja untuk tanggung keluarga kita." Manis cuba meluahkan buah fikirannya.

"Kerja? Kerja apa? Kau kelulusan pun takde." kata Frieda.

Mereka semua ketawa.

"Dah kau ikut je kata mama. Kalau tak mama pecat Mak Bee kesayangan kau tu." ugut Mama Mel.

"Jangan Mama Mel. Please." dalam menahan sedu akhirnya Manis mengangguk.

"Ye Manis kahwin." kata Manis. Dia terpaksa.

Setelah itu, Mama Mel, Frieza dan Frieda terus melonjak kegembiraan. Mereka tak sabar nak menunggu perkahwinan Manis. Berita ini terus disampaikan pada Datuk dan Datin.

Seminggu berlalu, akhirnya telah tiba untuk persiapan perkahwinan Manis yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Manis tidak ikhlas dan hanya terpaksa. Dia berkorban jiwa dan perasaannya.

"Manis.. Sini.. Pilih baju yang Manis suka." panggil Datin Khalida. Dia menunjukkan katalog pakaian pengantin untuk Manis. Mereka berada disebuah butik pengantin ketika ini.

"Tengoklah." kata Datin Khalida.

Manis pun membelek katalog tersebut. Pakaian pengantin kelihatan sangat cantik. Terdapat pelbagai perincian pada pakaian tersebut.

Tiba-tiba Manis terasa sedikit sedih.

"Kalaulah mummy dan daddy masih hidup tentu mereka happy aku nak kahwin. Tentu mereka tak kan paksa aku." kata hati Manis. Dia sebak.

"Manis.." Datin Khalida memegang tangan Manis.

"Ye datin?" balas Manis.

"Manis.. Panggil mama. Manis kan menantu mama." kata Datin Khalida.

"Okay ma..ma." kata Manis. Manis senang apabila dengan Datin Khalida. Orangnya sangat friendly dan baik sekali.

"So, bride to be nak design macam mana? Tema?" soal Fafa, perancang perkahwinan Manis yang baru tiba selepas selesai berbincang dengan pelanggan yang lain sebentar tadi.

Mereka diberi sedikit masa untuk berfikir dan memilih tema yang sesuai sebelum ini.

Fafa seorang perancang perkahwinan yang terkenal dan eksklusif. Dia memiliki sebuah butik yang dikenali 'Fafa Bride Couture'. kebanyakan orang berada akan mengunakan khidmat Fafa termasuklah Datin Khalida. Selain membuat pakaian pengantin. Fafa juga membuat pelamin pengantin.

"Err.. Manis ikut mama je." jawab Manis. Yang sebenarnya dia pun tak tahu mengenai tema yang sesuai.

"Mana boleh macam tu.. Manis dan Raif yang kahwin. Kamu berdualah kena pilih. Raif..." tegur Datin Khalida.

Raif datang juga hari ni. Cuma dari tadi dia senyap dan hanya bermain dengan telefonnya.

"Ye ma." balas Raif.

"Sini." ajak Datin Khalida. Dia menyuruh Raif duduk disebelah Manis.

Raif pun mendengar kata mamanya. Dia duduk disebelah Manis. Dia membuat muka sedikit.

"So Encik Raif dan Cik Manis tema yang cik berdua nak?" soal Fafa sambil tersenyum.

"Tak kisah. Janji no pink colour." kata Raif.

Manis mengangguk.

"Boleh saya tahu venue perkahwinan nanti?" soal Fafa. Kalau bakal pengantin tidak tahu membuat keputusan biar dia sahaja yang memberi cadangan.

"Dekat hotel. Akad nikah kat rumah sahaja." kata Datin Khalida.

"Maybe boleh tengok yang ni. Pakaian ni semua sesuai untuk majlis Indoor." cadang Fafa.

"Oh." balas Manis.

"Pilihlah Manis." kata Datin Khalida.

"Kalau yang ni?" soal Manis. Dia menunjukkan gaun kembang berwarna turqoise.

"Tak cantik." kata Raif.

"Ni?" soal Manis pada gaun yang seterusnya iaitu gaun dengan potongan duyung.

"Merah? Not my favorite colour. Next." kata Raif. Kalau boleh semua yang dipilih oleh Manis dia tidak akan setuju. Lagipun dia tak nak pun kahwin dengan Manis.

"Habis tu..?" soal Manis.

"Emm. Macam nilah. Apa kata Manis try pakai gaun yang ada since Manis sukakan gaun. Saya ada beberapa design baru yang boleh Manis try on." kata Fafa. Dia perlu mencuba menyakinkan Manis dan Raif. Mereka potiential customer Fafa. Rugi besar kalau mereka tidak menggunakan khidmat Fafa.

"Good idea." kata Datin Khalida.

"Jom Cik Manis." ajak Fafa.

"Pergilah Manis." kata Datin Khalida.

Manis mengangguk dan Fafa membawa Manis ke bilik persalinan.

"Cik Manis tunggu sekejap saya ambil baju." kata Fafa.

"Okay." balas Manis.

Fafa pun mengambil tiga helai gaun pengantin.

"Okay Cik Manis. Ini design paling latest. Belum ada pengantin yang pakai. Antara tiga ni mana yang capture your eyes?" soal Fafa.

"Emm.." Manis berfikir dia membelek ketiga-tiga gaun tersebut.

"This one?" kata Manis. Manis tunjuk sepasang gaun berwarna biru cair.

"Cinderella dress! Good choice. Cik Manis try pakai yang ni dulu." Fafa menutup pintu bilik persalinan. Dia tunggu diluar.

Setelah beberapa minit...

"Cik Manis dah ke?" soal Fafa.

"Em dah." pintu bilik persalinan dibuka.

"Omg Cik Manis cantiknya." puji Fafa ikhlas. Dia terkejut juga dengan penampilan Manis. Nampak cantik sangat. Betul-betul sesuai. Pandai Manis pilih.

"Err.. Tak over sangat ke?" soal Manis. Manis rasa rendah diri.

"Taklah Cik Manis. Perfect dan sangat manis untuk Cik Manis. Mesti Encik Raif terbeliak biji mata." kata Fafa. Lidahnya tidak berhenti memuji.

"Jom tunjuk kat Datin dan Encik Raif. Tentu mereka dah tak sabar." kata Fafa.

"Err.. Saya malulah Cik Fafa." kata Manis. Dia berasa segan pula.

"Ish Cik Manis. Saya kan ada. Lagipun kesian Datin dan Encik Raif dah tunggu lama. Jomlah." ajak Fafa.

Dia dan Manis pun bergerak ke depan.

"So get prepared Datin dan Encik Raif. Tada!" kata Fafa sebaik sahaja Manis munculkan diri.

Manis hanya menunduk malu.

"Cantik." puji Raif. Manis mendongakkan kepalanya.

"See Cik Manis. I told you." kata Fafa. Dia menepuk bahu Manis.

"Cantiknya menantu mama." puji Datin Khalida pula. Manis tersenyum.

"Eh terlupa veil." kata Fafa. Dia mengambil veil dan letakkannya diatas kepala Manis bersama sebuah mahkota berlian.

"So macam mana?" soal Fafa.

"Ya Allah. Cantik sangat." Datin Khalida memeluk Manis.

"Cik Manis are you say yes to the dress?" soal Fafa.

Manis mengangguk.

"Yeay." kata Fafa.

Raif masih terkesima melihat Manis. Dia bagaikan terkena renjatan elektrik. Manis kelihatan sungguh mempesona.

"Kalau dah setuju sekarang bolehlah kita bincang pasal tema pula." kata Fafa.

Manis pun kembali ke bilik persalinan untuk menukar pakaian dan kemudiannya mereka semua mula berbincang. Usai berbincang akhirnya mereka mendapat kata sepakat. Tema yang dipilih ialah tema Inggeris yang bakal dihiasi dengan bungaan segar.

Hari berganti bulan kini tiba masanya Manis dan Raif diijab qabulkan. Mereka dinikahkan dirumah Datuk Ghaffur disaksikan keluarga, sanak saudara serta teman rapat sahaja. Majlis ini tertutup dan sangat eksklusif.

"Abdul Rahman Raif bin Datuk Ghaffar, aku nikahkan dikau dengan Manis binti Mohammad Syahid dengan mas kahwin RM1000 ringgit tunai." kata kadi.

"Aku terima nikahnya Manis binti Mohammad Syahid dengan mas kahwin RM1000 ringgit tunai." sambut Raif.

"Sah." kata tok kadi.

Tetamu yang lain mengangguk. "Sah." kata mereka.

"Alhamdulillah." kata tok kadi.

Dengan sekali lafaz Manis sah menjadi isteri Raif. Tok kadi pun membacakan doa. Doa telahpun diaminkan. Acara seterusnya ialah upacara menyarungkan cincin.

Manis terasa berdebar-debar. Raif hanya tersenyum sahaja. Raif mengambil cincin untuk disarungkan kepada jari Manis.

"Yeay." kata Frieda dan Frieza yang pura-pura gembira.

Manis kemudiannya bersalaman dengan Raif dan Raif mengucup dahi Manis seperti didalam drama. Mereka semua mengambil gambar Manis dan Raif.

"Tahniah." ucap mama dan papa Raif. Raif dan Manis bersalaman dengan papa dan mama.

Usai majlis ijab dan qabul malam itu mereka naik pelamin. Seperti yang dirancang mereka membuat resepsi disebuah hotel terkemuka yang dihadiri seribu ditetamu. Majlis tersebut sangat meriah dan gilang gemilang.

"Yeay lepasni kita kaya balik." kata Frieda.

"Shh. Jangan seronok sangat." kata Mama Mel.

Mereka makan hidang yang disediakan. Semua orang gembira kecuali Manis. Dia sedih bagaikan tidak percaya yang dia sudahpun berkahwin dengan Raif. Semua ini ibarat mimpi buruk bagi Manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience