BAB 10

Humor Completed 12073

SEJAK dia tahu Azim fobiakan serangga dan bintang kecil, dia selalu usik lelaki itu dengan patung mainan tikus. Dia sengaja membeli anak patung tikus yang hitam di Ikea. Setiap kali Azim menyuruhnya dia buat kerja rumah dia akan mengeluarkan anak patung tikus di hadapan lelaki itu. Azim apa lagi terus menjerit bagaikan tak ingat dunia. Alahai si Anisa ni, memang minah hantu!

Dek kerana tak tahan dengan sikap king control Azim, Anisa telah merancang sesuatu untuk kenakan abang sepupunya itu. Malam yang sunyi sepi di mana semua penghuni rumah itu sudah masuk tidur, dia merangkak keluar dari bilik. Dia mengambil anak kunci kereta yang sedia tergantung di tepi pintu lalu memasang key chain patung lipas yang dia dapat dari permainan telur-telur pada anak kunci kereta kepunyaan Azim.

‘’Settle!’’ujar Anisa di dalam hati sambil gelak setan perlahan-lahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience