BAB 7

Humor Completed 12073

Anisa yang sedang membaring membaca novel tersentap lalu berpaling ke arah Azim. “Ya, ada apa?”

“Pergi kemas bilik aku sekarang!” Arah Azim, tegas.

Anisa memandang wajah begis sepupu sekilas kemudian dia menyambung balik bacaannya. Dia sempat berkata sesuatu dengan perlahan tapi boleh didengari Azim. “Buat apa? Sendiri tidur, sendirilah kemas.”

“Aku tak kira, aku nak kau pergi kemas sekarang! Kalau tak…” Azim berhenti seketika kemudian dia menayang laptop pemberian Puan Fauzana kepada Anisa.

“….benda ini aku ambil.”

“Hah? Abang Azim jangan nak buat kerja bodoh. Itu Mak Long bagi pada Nisa!” Protes Anisa lalu bangkit, novel di tangan di tercampak ke bawah.

“Mama bagi sebab kau akan jadi menantu dia, tapi kau belum lagi kahwin dengan aku! Nak benda ni balik, kau kena ikut perintah aku!”

“Jangan haraplah!”

“Oo, jadi kau tak mahulah ya. Baik kalau macam tu laptop ini akan jadi milik aku,” ugut Azim. Dia berpura-pura mahu pergi dari situ.

“Ambiklah Nisa tak hadap sangat benda tu!”bidas Anisa balik, hatinya sudah menangis meroyan.

Azim membalikkan tubuhnya kembali. “Betul ni?” soalnya kembali sambil mencium komputer riba itu.

Anisa bengang. Sesekejap dia memandang laptopnya kemudian memandang Azim silih berganti. Ikutan egonya dia akan rugi, sebab bukan senang orang nak bagi hadiah komputer riba. ‘Argh.. macamana ni.’

“Baiklah, Nisa akan kemaskan.” Akhirnya si Ratu Pembuli mengangkat bendera putih. gara-gara tidak mahu kehilangan benda yang mahal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience