BAB 14

Humor Completed 12073

MAJLIS persandingan di adakan secara sederhana di rumah Anisa, ramai tetamu yang bertandang semua bagaikan tidak percaya Anisa akan mendirikan rumah tangga kerana perangai hantunya itu. Membuli kanak-kanak sampai menangis, menjadi hantu pada malam hari untuk mengenakan jemaah surau. Mencuri buah-buahan dan pakaian orang kampung menjadi maianannya. Siapa sangka takdir Allah, Anisa sudah berubah selepas terkejut melihat abang sepupunya yang kini bergelar suaminya demam akibat terlalu fobia dengan katak gara-gara dia.

Dia yang cantik berbaju kebayu merah hati tersengih memanjang, digandingkan dengan abang sepupunya sendiri segak berbaju melayu warna yang sedondon. Gaya jalan diayukan sedikit maklumlah berbaju kebaya tak boleh nak bebas berjalan. Azim asyik terkepit saja dengannya membuatkan dia rasa rimas.

“Abang, ke sana sikit. Nisa panaslah,” marahnya.

“Tak mau! Nisa cantik sangat siapa suruh,” Azim mula nak miang.

Anisa mencebik. “Dulu tak pernah puji pun!” perlinya. Azim tayang gigi.

“Posing! Posing!” Ramai yang sibuk meminta dia dan Azim posing situ sini untuk mengambil gambar. Letih tidak boleh nak cakap

Sedang dia posing sambil memeluk si suami, entah dari mana turunnya seekor labah-labah kecil berwarna kelabu muda hinggap di bahunya. Wajah yang berseri tadi berubah menjadi pucat, bagaikan tiada darah di muka. Badannya mengigil, lidahnya kaku seraya terus pitam.

Azim sempat menangkap tubuh Anisa yang mahu tumbang itu. “Anisa kenapa ni? Soalnya cemas, macam mana tak cemas bila melihat wajah isterinya pucat lesu.

Kecoh majlis itu dengan suara pekikan dari tetamu, terkejut pengantin perempuan tiba-tiba pitam ketika asyik berposing sakan.

Azim mengoncang lembut bahu isterinya. Tanpa disedari, anak labah-labah itu merayap ke tangannya. “Patutlah pitam, ini puncanya… Ingatkan hantu sangat isteri aku ni,” Azim senyum menyenget. Rupanya sikap hantu Anisa ada juga kelemahanya. Memang sesuai mereka ditakdirkan bersama. Pasangan Fobia! Sorang takut katak sorang lagi takut labah-labah. Harap-harap junior mereka nanti lagi berani dari mak dan bapa dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience