BAB 6

Humor Completed 12073

Anisa memungut longgakan baju kotor lalu dibawa ke luar jendela dengan hati yang panas dia melemparkan semua pakaian kotor itu ke bawah. ‘Baru puas hati aku, kau ingat kau boleh buli aku?! Oh, silap oranglah bro!’ Anisa membebel berlagak sambil menyapu tanganya berkali-kali, kemudian dia menenyeh hidungnya sekilas. Terukir senyuman sinis di bibirnya, tanda dia berpuas hati dengan tindakannya itu. Dengan hati berbunga dia melangkah masuk ke kamar tidurnya.

“Anisaa!”

Azim menjerit sekuat hati. Dia yang keluar mahu mencuci keretanya terkejut besar bila melihat selonggok pakaian kotornya berselerak di laman rumahnya. ‘Tak guna punya minah hantu!’ Ngomel Azim lagi. Dia mengutip semua pakaiannya lalu di bawa masuk ke dalam dan menuju ke bilik Anisa.

“Anissa!” Pekik Azim sambil mengetuk daun pintu berkali-kali.

Anisa di dalam sedang asyik menonton cerita anime jepun kegemarannya sambil memakai earphone di telinga lengkap melangtak aiskrim coklat tidak mendengar pekikan Azim dari luar.

“Ee…panas hati betul dengan minah hantu nilah!” rungut Azim. Tanpa membuang masa dia memulas tombol pintu dengan kasar.

“Anisa!” Panggil Azim lagi, tapi tidak didengari oleh Anisa. Azim menapak menghampiri gadis itu, dia sempat mencapai tudung di birai katil dan melempar tepat ke arah kepala Anisa yang membekanginya.

Anisa tersentap habis terus menjerit. “Makkkkkkkkkkkkk!” Dia lantas berpaling. Mulutnya terlopong sedikit. “Abang Azim …serunya tercungap-cungap serentak itu dia membuang earphone dari telinganya dan terus menyarung tudung dengan pantas.

“Abang buat apa kat bilik saya, dahlah masuk tak bagi salam!” Marah Anisa, dia bangkit tiba-tiba.

“Kau pekak ke? Aku melaung berkali-kali kau buat tak endah. Kau buat apa?”

Anisa mengaru kepalanya yang tidak gatal. “Eh, abang panggil ke? Tak dengar punn…” Anisa tayang muka tak bersalah.

“Kau ni kan…” Azim menahan marah.

Anisa menjelir sedikit. Marah Azim membuak-buak, dia mengangkat tangan mahu menarik tudung gadis belum sempat tanganya mencapai tudung Anisa pantas mengelak. Tak semena-mena di saat mereka masih membuat aksi ‘Ip-Man’, seekor lipas tiba-tiba menyinggah di kaki Azim. Pergerakkan Azim kaku, dia menggeletar tiba-tiba. Dia cuba mengawal fobianya takut di ketahui oleh gadis itu. Tidak sampai sesaat dia terus pecut 100 meter keluar dari bilik itu. Marahnya tidak menjadi gara-gara seekor lipas.

“Kenapa dengan abang Azim tu? Aku baru nak nak membuli…” soal Anisa kehairanan.

“Anisa!” Panggil Azim kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience