BAB 8

Humor Completed 12073

“Assalamualaikum mak! Nisa rindu…” rengek Anisa seperti anak kecil sebaik menyambut panggilan dari maknya.

“Wa’alaikumussalam, alahai anak mak sorang ni.. tak dan-dan mak nak bagi salam, sabarlah seminggu lagi mak dan ayah baliklah. Macam mana Nisa dekat rumah Mak Long, ada membuli Azim tak?”

“Mak ni… ke situ pulak. Bukan Nisa yang buli tapi abang Azim yang buli Nisa. Nisa benci dia mak.. Nisa tak nak kahwin dengan dia. Dia asyik ketuk kepala Nisa saja, suruh buat itu ini. Kalau hari –hari dia ketuk boleh jadi bonggol unta kepala Nisa ni.” Adu Anisa siap membuat memek muka sekali, seolah-seolah Puan Fauzah dapat lihat keadaannya sekarang.

Puan Fauzah ketawa kecil. “Haa, baguslah tu. Berubah sikit perangai hantu kamu. Tak sia-sia mak menjodohkan kamu dengan dia. Dulu masa kecik kamu buli dia sampaikan terbawa sampai ke tua si Azim tu, fobiakan lipas, katak dan segala macam serangga atau binatang kecil. Sebab tu tak berbini lagi… sekarang kamu kena pulihkan dia.”

‘lipas? Serangga? Fobia? Hah! baru aku ingat dialah yang aku buli dulu sampaikan menangis teresak-esak setiap kali aku usik dia dengan lipas. Kenapalah baru sekarang aku ingat. Bodoh betul aku! Kalau tak dia tak akan berani nak buli aku sejak awal lagi,’ tutur Anisa sendirian tanpa menghirau Puan Fuazah yang asyik bercakap dengannya.

“Mak okeylah kredit dah low ni, jumpa minggu, depan kirim salam dekat ayah nanti. Bye..”

“Aik, bertuah punya budak, aku yang telefon boleh dia kata habis kredit. Nisa… nisa…” ngomel Puan Fauzah dari jauh.

Letak saja telefon Anisa terus berlari keluar. “Tante, kalau Mak Long balik tanyakan saya, cakap saya keluar sekejap ya.” Laung Anisa dari luar.

Terbongkok-bongkok Anisa mengintai seekor katak di tengah padang. Bila terlihat ada sesuatu melompat, dia turut melompat sama akhirnya dia berjaya menangkap seekor katak puru. Dia memasukkan ke dalam beg palstik yang berwarna hitam. Dia tersenyum menyenget. Ada agenda yang harus dia laksanakan.

Tiba sahaja di rumah Anisa terus masuk ke dalam. Azim belum pulang dari sekolah kerana kereta di garaj tidak kelihatan. Anisa melangkah masuk ke dalam bilik sepupunya. Dia membuka pintu bilik air lalu melepaskan katak yang berada di dalam beg plastik melompat keluar. Melompat-lompat katak itu di dalam bilik air Azim.

“Rasakan, nak buli aku sangat, ya. Kenapalah aku tak boleh nak ingat dia yang kena buli dekat aku dulu. Katak. Ya… katak, aku ingat lagi macam mana dia boleh takutkan katak. Masa tu musim tengkujuh, aku suruh dia pegang katak, maklumlah dia budak bandar mana nak kenal katak ni… entah macamana katak itu boleh gigit jari dia. Apa lagi mamat tu, terus lari lintang pukang sambil menjerit. Hahaha… tak sangka pula aku, dia fobia sampai sekarang.’ Anisa tersengih sendirian bila mengenangkan sejarah silam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience