BAB 3

Humor Completed 12073

Pulang dari menghantar adik serta adik iparnya, Puan Fauzana membawa Anisa pulang ke rumah. Selama dua minggu dia perlu menjaga anak buahnya, memikul amanah dari adiknya. Puan Fauzana yang sudah menjanda selama 2 tahun kematian suami terpaksa mengambil tempat suaminya sebagai pengurus Kilang Batik di Hulu Langat memandangkan anak lelaki tunggalnya tidak bersedia lagi untuk melepaskan jawatan yang dipegangnya sekarang, seorang pendidik.

“Azim, ke sini sekejap.” Panggil Puan Fauzah sebaik anak lelakinya menapak masuk ke dalam rumah.

“Ada apa ma? Azim penat ni….” keluh Azim sambil melangkah longlai ke arah ibunya. Tali leher dicabut dan butang lengan kemeja di buka lalu disinsing sedikit memberi ruang udara menyapa tubuhnya yang kepanasan.

“Ini Anisa, anak Mak Su kamu, kenal lagi tak?” Tanya Puan Fauzana sambil tersenyum manis. Tidak sabar mahu jadikan Anisa sebagai menantu.

Anisa dari asyik duduk memerhati sekeliling ruang rumah itu, kagum dengan perhiasan dalam rumah itu maklumlah orang Bandar, terus berpaling mengadap sepupunya yang tidak dikenali dengan kening di angkat sebelah cuba mengecam.

Bila mata mereka saling bertatap, wajah Azim tiba-tiba berubah rona. “Perempuan ni…kalu tak silap aku….”

“Nisa, tak kenal lagi abang Azim Kecil-kecil dulu kamu berdua selalu main sama-sama.” Puan Fauzana cuba mengembalikan memori silam antara Azim dan Anisa.

Anisa mengigit jari telunjukknya cuba mengimbas segala ingatan di otaknya tentang lelaki itu, tetapi gagal.“Tak cam sangatlah Mak Long.”

“Mak Long faham, masa tu kamu kecil lagi, tambahan pula selepas abang Azim kamu masuk asrama, kami sekeluarg jaranglah balik kampung. Lepas habis sekolah, abang Azim kamu sambung belajar dekat Sabah, mana nak jumpa-jumpa dah.” Jelas Puan Fauzana.. Anisa mengangguk kecil.

Ceh, tak kenal konon. Masa kecil dulu dekat kampung, hari-hari kau buli aku tak ingat ke weyy… Mama ini pun satu, dah tak de perempuan lain ke nak jodohkan dengan aku. Minah hantu ni juga yang dicari! Ngomel Azim berpanas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience