BAB 13

Humor Completed 12073

“Mak…ayah… Nisa nak balik kampung. Nisa tak nak duduk sini, Nisa tak nak kahwin dengan abang Azim …” Anisa menangis di bangku halaman rumah sendirian sambil memeluk lututnya.

“Nisa…” seru Puan Fauzana, menyentuh lembut belakang anak saudaranya.

Anisa berpaling, lalu di peluk erat tubuh Mak Longnya itu. “Maafkan Nisa Mak Long, Nisa tak tahu fobia abang Azim teruk sangat.” Rengetnya.

Puan Fauzana membalas pelukan itu. Mak Long faham, bagi abang Azim kamu ruang. InsyaALLAH dia akan maafkan kamu nanti, pujuk Puan Fauzana. Anisa mengangguk perlahan.

Sejak kejadian yang menimpa Azim, Anisa berubah. Dia banyak memdiamkan diri, dari dari bercakap. Perangai hantunya semakin hari semakin hilang. Setiap kali bertembung dengan Khusyari dia seakan mengelak. Rasa bersalah terhadap lealki itu masih bersarang di hatinya. Disebabkan kenakalannya, lelaki itu tak kahwin sampai sekarang, bukan tak laku tapi malu untuk membuat dia suami, setiap kalu terlihat katak terus menjerit, terpegang terus demam waima katak itu katak mainan.

“Mana Nisa, Dewi?” soal Puan Fauzana semasa di meja makan.

“Kat bilik Puan.”

“Panggil dia makan.”

Tante Dewi mengangguk lalu mengatur langkah ke bilik Anisa. “Nong.. nong Nisa! Puan ajak makan.” Panggilnya sambil mengetuk pintu.

Anisa mengelupar sambil memegang perutnya, dia tidak tahu selepas solat isyak perutnya sakit tiba-tiba. Air matanya megalir laju dek kerana tidak tahan sakit.

Bila tidak mendapat sahutan, tante Dewi membuka pintu, matanya membuntang bila meliahta Anisa mengerang kesakitan di katil. “Ya Ampun non Nisa, kenapa ni? Puan!” jerit tante Dewi.

Paun Fauzana dan Azim terkejut, saling berpandangan bila mendengar tante Dewi menjerti sesaat kemudian mereka bangkit lalu ke bilik Anisa.

“Kenapa ni? Ya ALLAH Nisa, kenapa ni?”

“Sakit Mak Long, sakit…” adu Anisa dengan air mata berjuntai turun

“Azim, cepat bawa Nisa ke hosptilal! Arah Puan Fuazana dengan cemas.

Tanpa berfikir panjang Azim meluru mendapatkan Anisa lalu dicempung gadis itu untuk masuk ke dalam kereta. Semasa dia mencempung Anisa, Anisa bersuara dengan nada yang agak lemah

“Sakit..abang Azim …perut Nisa sakit…” rengek Anisa lemah, dahinya berpeluh.

Khusyari menatap wajah yang sedang menahan kesakitan dengan sayu, hati lelakinya tiba-tiba tersentuh.

“Ab..abang Ai..ry..Nisa nak..minta maaf. Andai kata Nisa mati ampunkan Nisa sebab buat abang fobia,” pohon Anisa penuh kesyahduan.

Anisa yang dikejarkan ke hospital terpaksa menjalani pembedahan kecil tanpa menunggu emak dan ayahnya pulang kerana apendiksnya pecah. Pembedahan terpaksa dilakukan dengan kadar segera, Puan Fauzana selaku penjaganya buat masa sekarang cepat-cepat menurun tandatangani dokumen pembedahan ke atas Anisa.

Azim di sebelah katil yang ditolak untuk masuk bilik pembedahan sebak tiba-tiba. “Syyhh..jangan cakap amcam tu, Nisa pasti selamat. Nisa kena hidup sebab Nisa kena jadi isteri abang.” Pujuk Azim cuba menenangkan bakal isterinya.

“Abang….” Seru Anisa sedih.

Khusyari tersenyum pahit. Sedih melihat wajah pucat Anisa. Sebaik Anisa ditolak masuk ke bilik pembedahan Azim bersandar ke dinding sambil meraup-raup wajahnya. Puan Fauzana seakan mengerti perasaan anaknya itu, dia menggosok lembut bahu Azim.

Sejak Anisa menjauhkan diri darinya, dia terasa sesuatu kehilangan. Tiada lagi kedengaran suara gelak tawa gadis itu, wajah yang sentiasa ceria. Dia baru terasa Anisa adalah penyeri hidupnya.

‘Tolonglah selamat, Anisa, Ya ALLAH, selamatkan dia. Anisa abang cintakan Anisa.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience