BAB 5

Humor Completed 12073

Hujung minggu, biasa Puan Fauzana memang jarang nak duduk di rumah kerana dia perlu ke kilang untuk memeriksa stok kain. Jadi Azim telah merancang ingin membalas balik segala perbuatan yang telah dilakukan sepupunya itu pada ketika dulu.

Sebaik dia keluar dari bilik untuk ke dapur, dia terpandang kelibat Anisa yang asyik terkekek menghilai di depan televisyen. ‘Tak kahwin lagi dah berlagak ratu. Hrm memang nak kena diajak ni,’ Azim patah balik masuk ke dalam biliknya. Dia mengambil kesemua pakaian kotor lalu di bawa keluar.

“Nah, pergi cuci pakaian ni sekarang!” arah Azim sambil menyua pakaian kotor kepada adik sepupunya.

“Hah?” Persoalan bodoh terpancul di mulut Anisa. Matanya terkebil-kebil memandang Azim sambil mengaru kepala.

“Kau tak de kerja nak buat, kan? Jadi ambil baju ni pergi cuci sekarang.” Arahnya lagi.

“Apa kes abang Azim ni? Tante Dewi kan ada suruh dialah cuci,” dalih Anisa dengan mulut tercebik.

“Kau tu bakal isteri aku, jadi belajar-belajarlah buat kerja rumah cik Anisa oii..” perli Azim.

Darah Anisa sudah menyirap. Dia bangkit dari duduk. “Hello! Saya datang sini bukan nak jadi hamba abdi awak tahu!” Pekiknya bengang sambil mengcekak pinggang.

“Aku peduli apa? Kau ingat kau duduk sini boleh goyang-goyang macam tuan puteri? Oh, tolonglah! Tuan puteri Anisa… dengan mama aku bolehlah kau dilayan manja-manja… tapi dengan aku, jangan harap! Nah! Kau ambil baju aku pergi cuci sekarang! Bidas Azim balik, lalu melempar selonggok pakaian busuknya tepat ke arah muka Anisa.

“Arghhhh! Abang Azim!” Jerit Anisa bila diperlakui begitu.

Azim buat bodoh dengan selamba dia berlalu dari situ dan sebuah ketukan kecil singgah di kepala Anisa yang bertudung itu. Anisa apa lagi. Terus naik angin lalu menjerit memanggil nama penuh lelaki itu.

“Fadzmir Azim!”

Azim buat pekak badak. ‘Ambik kau! Dulu kau buli aku, sekarang aku pula!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience